Salam Reformasi 25-03-2001 SAMY VELLU DAN ISU
KG MEDAN Dalam keluaran The Star 25-03-2001, Samy sekali lagi mengatakan bahawa insiden di Kg Medan bukan hasil perbuatan rakyat tempatan tetapi perbuatan orang luar. Samy turut memaklumkan bahawa golongan India yang di serang adalah pendokong MIC. Samy seterusnya membawa insiden Kg Medan untuk dikaitkan dengan Lunas dimana MIC tewas dalam pilihanraya kecil tersebut. Sekarang SIAPA YANG CUBA MEMANASKAN ISU INI? Samy Vellu nampak untuk cuba mengkaitkan isu Kg Medan ini dengan perbuatan pembangkang dan mengatakan bahawa serangan ini nampak disusun. Ini adalah satu kenyataan JAHAT Samy Vellu dan perlu dipandang serius. Samy Vellu seakan tidak mahu melepaskan isu ini kerana isu ini mampu digunakan untuk menjejas kredibiliti pembangkang dengan tohmahan terancangnya. Komentar meminta satu
tindakan khusus diambil oleh Barisan Alternatif untuk menghalang Samy
dari terus menggunakan isu ini tanpa memperdulikan apa risiko bermain
dengan isu perkauman ini. Komentar |