Ternyata terdapat beberapa pihak yang
tidak memahami kenapa kami menolak tuntutan suqiu dalam membicarakan hak-hak
keistimewan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia. Kami ulangi iaitu:- HANYA DALAM MEMBICARAKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN
MELAYU(BUMIPUTERA) sahaja yang kami tolak! Kenapa kami tolak? Kerana terdapat
beberapa tuntutan suqiu yang JELAS bercanggah dengan prinsip-prinsip
perlembagaan.
Kami memahami bahawa sebahagian besar daripada tuntutan-tuntutan Su Qiu
tidak kena mengena langsung dengan kedudukan Bumiputera atau sistem kuota
Bumiputera. Tumpuan memorandum Su Qiu yang diumumkan sebelum pilihanraya umum
1999 adalah tentang keadilan sosial, pembahagian kekayaan negara, pembenterasan
rasuah, sistem kehakiman yang bebas, media yang tidak dikawal oleh Eksekutif,
dan pilihanraya yang adil, antara perkara-perkara yang lain.
Itulah sebabnya, keempat-empat parti gabungan Barisan Alternatif dalam
kenyataan rasminya bertarikh 19 Oktober 1999 menerima sebahagian besar daripada
tuntutan Su Qiu. Tetapi, pada masa yang sama, BA dengan jelas dan jitu, menolak
tuntutan-tuntutan Su Qiu yang bertentangan dengan asas-asas Perlembagaan
Malaysia. Khususnya, BA menolak tuntutan Su Qiu tentang pemansuhan perbezaan
Bumiputera bukan-Bumiputera dan sistem kuota etnik.
Lalu kami ULANGI SEKALI LAGI bahawa kami menolak tuntutan suqiu dalam
membicarakan hak-hak keistimewan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia. Baca kembali petikan kenyataan kami di bawah:
Kami, pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi dengan ini sebulat suara MENOLAK
TUNTUTAN/RAYUAN SUQIU dalam membicarakan hak-hak keistimewaan Melayu dalam
resolusi/rayuan yang mereka kemukakan. Suqiu gagal melihat/menjaga sensitiviti
masyarakat Melayu dalam mereka mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu (Bumiputera)
yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kegagalan mereka ini menjadi
asas penolakan kami.
Dan mari kita baca dan renung-renungkan pula kenyataan beberapa pemimpin yang
JELAS SELARI dengan kenyataan kami.
Kami berpegang teguh kepada manifesto Barisan Alternatif yang mendukung
prinsip musyawarah dalam membuat sebarang keputusan mengenai dasar Barisan
Alternatif mahupun dasar negara. Kami berpendapat bahawa Suqiu, atau mana-mana
pertubuhan, berhak menyuarakan pendapat dan tuntutan mereka tanpa sebarang
tekanan mahupun paksaan oleh mana-mana pihak. Mereka bebas untuk bersuara, asalkan
tidak melanggar Perlembagaan Negara.
Malah kenyataan dari media rakyat firaun 2020 yang telah membuang links kami
dari laman mereka turut selari yakni tidak akan melanggar Perlembagaan Negara.
Baca dan teliti kenyataan mereka di bawah ini:
"pengelola laman web MAHAFIRAUN 2020, menyeru semua penyokong Reformasi
agar bertenang berikutan tindakan beberapa laman web mendesak Suqiu agar
menarik kembali sesetengah tuntutan mereka yang dibuat menjelang pilihanraya
umum1999.
"