DOUBLE STANDARD

 

Selepas Pak Abu meletak jawatannya. Maka bergemalah kokokkan-kokokkan ayam UMNO. Maka mereka berbicaralah soal fitnah, surah layang dan DNA. Tetapi kali ini kokokkan yang kedengaran lain sungguh dengan kokokkan ketika DSAI dipecat dulu. Lagipun perbezaannya DSAI kena pecat sebab dia tidak bersalah dan Pak Abu pecat diri sendiri sebab dia memang salah pada pandangan mata kasar.

 

    Kokokkan yang paling dinanti-nantikan adalah dari ayam tua, Mahadey. Tapi kokokkannya hanya kedengaran sedikit sekali, sumbang pulak tu berbanding kokokkan ketika mengulas surat layang yang hinggap DSAI. Dia kata kes Abu Hassan ditutup sebab Pak Abu sudah letak jawatan. Amboi! senang saja tutup kes. Tetapi ingatan kepada Pak Abu, Mahadey bisa bukak kes bila-bila masa terutama jika Pak Abu berhajat nak bersabung dengan dia. Kenapa Mahadey tidak berkokok soal Moral dalam kes Pak Abu ini? Pak Dollah pula kata tak perlu bagi Pak Abu buat ujian DNA sebab tuduhan kepada Pak Abu hanya melalui surat layang dan ianya adalah fitnah. Ewah! ewah! Pak Dollah lupa ke, dulu masa DSAI terima surat layang lain aje kokokkan korang. Korang kata DSAI kena buat ujian DNA untuk membersihkan diri. Dan DSAI berani menyahut cabaran itu, terbukti itu semuanya FITNAH. Jadi dalam kes Pak Abu ini belum terbukti ianya fitnah sebab Pak Abu bukan sahaja gagal memberi penjelasan kepada rakyat malah tidak berani buat ujian DNA. Lagipun surat layang itu bukan datang dari pihak pembangkang tetapi dari dalam UMNO sendiri. Takkan anda sanggup mengatakan bahawa ahli UMNO memang suka buat fitnah, itu bukan seperti yang anda semua selalu kata. Anda semua selalu menuduh pihak pembangkang suka menabur fitnah. Jadi lebih baik anda buktikan dengan ujian DNA yang perlu dibuat di dalam dan luar negeri. Kalau tidak, ahli-ahli UMNO perlu buat penilaian semula, siapakah yang suka fitnah?

 

    Sebelum itu, kami mahu Abu Hassan juga ditangkap dibawah ISA kerana DSAI dipenjarakan secara percuma lebih dari 7 bulan sebelum hakim buat penghakiman. Walaupun penghakiman yang dibuat bukan berlandaskan bukti. Buktikan ketelusan kerajaan.

 

    Saya tertarik dengan komen Dato' Khalid Yunus yang mengatakan Kerajaan kehilangan LAGI pemimpin kerana Fitnah dan surat layang. Apa maksud lagi, siapakah yang LAGI itu selain Pak Abu. Sudah tentu DSAI. Walau bagaimanpun belum tahu lagi Pak Abu itu mangsa fitnah atau tidak. Untuk pengetahuan Dato', kalau Menteri UMNO disiasat, tiada seorang pun yang akan selamat. Tetapi apa nak buat, kerajaan berteraskan Rasuah beginilah.

    Secara kesimpulan kes Pak Abu ni membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO terutama Mahadey dan Dollah pening kepala. Apa tidaknya, bagaimana nak jawab pada media. Nak komen lebih-lebih takut bercanggah pulak komen waktu musibah menimpa DSAI. Sebab itu kita lihat bila Mahadey beri komen suaranya tak selancar komen pada DSAI. Saya nak dengar Mahadey kata biar Pak Abu bersihkan nama dia di Mahkamah. Saya juga ingin tahu samada Mahadey sudah siasat dan sudah punya bukti kukuh atau tidak. Kalau benar dia sudah ada bukti kukuh bahawa Pak Abu tidak bersalah, dia HENDAKLAH memberi cuti kepada Pak Abu dan MEMINTA Pak Abu menarik balik keputusannya. Takkan Ling Liong Sick boleh Pak Abu  apanama ...tak boleh kot.

Sekian

 

AURA