Selamat Kembali Kepada Fitrah Suci Bersih

Oleh Wartawan Detikdaily

Kematian Detik,disusuli tragedi malang buat Wasilah,rupanya membawa rahmat tersendiri.Meskipun ramai teman teman terpaksa mengundur ,kerana kesempitan kewangan,namun Penerbitan Pemuda tidak boleh dibiarkan mati begitu saja.

Dengan semangat yang masih menyala,kami teruskan juga berjihad melalui pena.Masyarakat pembaca tentu sekali terus meberi dokongan.Makalah Makalah politik dalam bentuk tabloid menghidangkan satu persembahan baru,ia lebih mesra- pembaca berbanding majalah.Mungkin ruang kosong yang disediakan Harakah selepas penerbitannya dikurangkan banyak mebantu kami.

KDN dan menterinya tentu sekali tidak senang dengan perkembangan ini.Namun kami,setiap pihak ada tugas dan agenda masing masing.Rampasan,tekanan dan mengheret ke mahkamah adalah lumrah yang perlu ditempuhi.Tetapi,usaha menuntut konkongan terhadap media dibebaskan belum pun melepasi era awalan.

Apa pun,menjelang Aidilfitri serba hening dan kudus ini,kami warga kerja Penerbitan Pemuda - Ahmad Lutfi Othman,Dinsman ,Mohammad Nor Abdul Samad,Yusri Yusof,Zabidi Morad Dan Rosliza Morad memohon jutaan maaf di atas sebarang kesalahan dan kesilapan disamping mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri ".Semoga ramadhan yang dilalui dengan ketekunan beribadah dan pengabdian kepada-Nya dapat menyuburkan lagi daya yang meneguhkan lagi istiqamah berdepan pelbagai cabaran


"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"