Salam Reformasi
29-03-2001
PENGALAMAN KOMENTAR BERBORAK DENGAN MEREKA LANGSUNG TIDAK NAMPAK
SENARIO POLITIK YANG SEDANG BERLAKU.
Mungkin inikah yang dikatakan mereka yang langsung buta lantas
memikirkan hanya apa yang nampak dan diketahui melalui media arus
perdana. Dalam polimek dengan seorang hamba Allah ini, dia masih
mengekalkan konsep tertutup dan mengatakan "biarlah", itu
politik kita tidak campur. Biarkan PAS dan UMNO bergaduh. Hamba ini cuba
menegakkan isu ekonomi yang katanya jelas tidak nampak sebarang indikasi
merundum. Kalau ianya merundum, Kerajaan Malaysia akan memastikan agar
tidak ada kebuluran berlaku. Sebarang isu sehinggalah perubatan Anwar di
bidasnya. Katanya "operation" yang bakal dilalui boleh dibuat
di Malaysia dan tidak ada hak Pakar Perubatan Jerman itu mengatakan
bahawa doktor di sini kurang kepakaran. Malangnya mereka lupa sekiranya
"operation" di luar negeri lebih rendah risikonya maka itulah
yang akan kita usahakan sebagai manusia yang mahukan perubatan terbaik
untuk orang yang disayangi. Apa pun mereka terus-menerus menolak
PAS dan Barisan Alternatif. Mereka apabila berbicara tentang isu Anwar
Ibrahim dan tuduhan liwat, mereka tidak mahu campur.
Mereka tidak mahu berbicara tentang isu Anwar, apa yang mereka katakan
ialah isu Anwar itu tidak cukup kuat untuk menolak kerajaan. Apakah isu
sebegitu :- fitnah, mencabul keadilan, korup yang menjangkiti sehingga
ke Ketua Hakim Negara, tindasan kepada rakyat yang berhimpun secara aman
yang semuanya timbul dalam isu Anwar itu tidak cukup kuat?
Kalau isu itu tidak cukup kuat dan belum lagi dapat menjana kemenangan
apa pula halnya dengan isu air naik, EPF salah guna wang, pembelian
harga Mas tinggi dan royalti. Apakah itu mampu membawa perubahan?
Sebenarnya mungkin kita harus memberi penjelasan yang lebih mengenai isu
Anwar dan kepincangan yang jelas nampak rintitan dari isu Anwar Ibrahim.
Contoh mudah, andai kita tidak melakukan demo aman, masakan kita tahu
betapa "brutal"nya polis kepada kita yang hanya mahu suara
kita didengari dan mahu menuntut perubahan.
Hamba Allah tadi
sebenarnya mewakili rakyat yang masih tidak nampak apa yang sebenarnya
berlaku. Mereka hanya nampak apa yang terpapar didada surat kabar dan
media TV yang di gunakan sebagai bahan kempen Barisan Nasional.
Kita fikirkan
KOMENTAR
|