Politik
'mulut busuk' Rais Yatim
Sebagai
seorang yang lahir dalam adat pepatih Negeri Sembilan, Bahasa Rais sungguh
tersusun dan mengkagumkan. Indah dan tenang kita mendengarnya. Tetapi kepada
mereka yang tahu, apa lagi pernah terlibat dengan perjanjian mengenai royalti
minyak tentu merasa mual dan loya dengan gelagak serba tahu Rais Yatim itu.
Pada saya, segalapenjelasan Rais itu walaupun ada benar, tetapi ia berbau
politik yang keluar dari mulut busuk politik Rais.
Rais
telah begitu sekali merestui dirinya digunakan oleh kerajaan Persekutuan untuk
membuat penjelasan bagi mengesahkan tindakan ke atas Terengganu. Keseluruhan
penjelasan itu bukan bersifat liberal ataupun ingin mencari titik temu sebenar,
sebalik satu taktik atau acara untuk mengabui mata rakyat. Penjelasan Rais
tidak tidak lebih daripada satu usaha menegakkan benang basah ataupun cuba
menyusun cermin yang telah pecah.
Kerajaan
Umno/BN memberi beberapa alasan kenapa wang royalti itu terpaksa ditarik balik
dan kaedah baru diperkenalkan. Panggilan royalti juga ditukar sebagai wang
ihsan. Tindakan itu jelas dibuat semata-mata kerana politik. Ada beberapa sebab
kenapa penarikan itu dibuat dan pembayaran cara baru diperkenalkan.
1.
Kerana Umno kalah di Terengganu.
2.
untuk mengagalkan dan sabotaj kerajaan Pas Terengganu.
3.
Untuk memelihara broker dan pemimpin-pemimpin(kronis) Umno Terengganu.
Inilah
3 faktor kenapa royalti itu ditarik balik. Sekiranya Umno masih menang dan
berkuasa di Terengganu royalti itu akan berterusan dan kaedah pembayaran juga
tidak diubah. Pengubahan dan panggilan juga tidak dilakukan. Tetapi kerana Pas
telah menguasai Terengganu maka ia terpaksa ditarik balik dengan serta merta.
Tujuannya
tidak syak lagi bagi mengacau kerajaan Pas Terengganu. Seperti mana yang diakui
Rais sendiri, apabila royalti itu ditarik balik maka Pas tidak akan dapat
memenuhi janjinya didalam manifesto. Harapan Umno apabila Pas tidak dapat
memenuhi janjinya, rakyat Terengganu akan marah kepada Pas. Dan ketika itulah
Umno akan menangguk ai air keruh.
Kesimpulannya,
apapun alasan dan hujah tindakan itu adalah berniat jahat. Penjelasan Rais
Yatim itu tidak dapat mengabusi tanggapan rakyat bahawa Umno memang kianat.
Percubaan Rais untuk menghalalkan tindakan itu juga tidak berjaya. Kita ingin
tanya sekiranya Terengganu tidak berhak menerima royalti itu kerana minyak
dihasilkan dari luar kawasan perairan Terengganu, kenapa 22 tahun lalu
Terengganu mendapat royalti itu? Dan kenapakah negeri-negeri lain terutamanya
Kelantan dan Pahang tidak mendapat wang ihsan berkenaan.
Sebahagian
petikan Politik 'mulut busuk' Rais Yatim dari majalah Mahathir Gila Minyak.