PROGRAM BLACK 14 bukan sebab
musabab mereka di tahan atas Akta ISA. Siri penangkapan mereka berbau
politik dan bukan berasaskan keselamatan negara yang tergugat. Program
Black 14 telah dilancarkan dengan baik. Tidak ada sebarang kekecuhan
berlaku semasa penyerahan memorandum tersebut. Akan tetapi penangkapan
terus dilaksanakan. 1. Program Black 14 diadakan dengan hanya menghantar memorandum ke SUHAKAM pada pukul 10 pagi. Pukul 10 pagi adalah waktu berkerja. Logiknya kalau kita mahukan angka kehadiran yang tinggi kenapa kita buat pada 14hb April 2001 jam 10 pagi sedangkan kita tahu waktu itu adalah waktu kerja? 2. Program Konvensyen
Ekonomi Pemuda Barisan Alternatif di adakan pada hari yang sama jam 2.00
petang di Petaling Jaya. Lihat scan dokumen pembatalan permohonan
penggunaan dewan. (Scan
Dokument) Adalah tidak masuk akal andai kita mahu melaksanakan program besar-besaran maka kita adakan pada waktu berkerja dan kita adakan dua program berbeza. Datuk Abdullah Ahmad
Badawi mengatakan bahawa polis ada cukup bukti penglibatan mereka mahu
menggulingkan kerajaan namun dengan segala bukti yang cukup mereka tidak
dihadapkan ke mahkamah malah di tangkap di bawah Akta ISA yang
membenarkan mereka di tahan tanpa mereka dapat membuat pembelaan
secukupnya. Komentar
|