SALAM REFORMASI
23-03-2001
BADAN PENCEGAH RASUAH DAN PUNB. APA DAH JADI?
Salinan BON yang "gah" di temui oleh PUNB masih tersorok
dalam kabinet di pejabat Badan Pencegah Rasuah. Ketua Pengarah yang
senantiasa memuji tindakan cekap dan pantas BPR dalam memperolehi semula
BON tersebut kini semakin diam. Apa dah jadi? Mungkin dalam arus Kg
Medan isu BON ini tidak nampak bermakna. Bukan susah mahu meneliti siapa
yang punya angkara dalam menjual BON Malaysia. BPR pernah memaklumkan
bahawa beberapa pegawai dari PUNB telah disoal-siasat tetapi setakat ini
satu kenyataan masih belum wujud dalam isu ini.
Komentar mempersoalkan kembali kewibawaan BPR. Jangan sampai kita
lebelkan BPR sebagai hanya pandai menangkap ikan bilis sahaja sedangkan
angkara yang lebih besar, BPR turut serta menunggu "green
light" dari Dr Mahathir. Kalau inilah senarionya maka BPR tidak
lagi menjadi badan yang bebas dan berkecuali. Dengan itu pula maka
rasuah perlu juga parlimen kategorikan sebagai rasuan okay dan rasuah
tak okay. Isu BON berbillion-billion diambil sebagai rasuah
"consented" dan isu rasuah lesen terbang "unauthorized
corruption" dan seluruh BPR akan turun kerumah-rumah yang
beribu-ribu untuk mencari pelaku rasuah lesen terbang.
Sungguhpun begitu BPR akan membuat alasan bahawa isu BON PUNB masih
dalam tahap "building up case" atau sedang membina pertuduhan
atau kes. Alasan ini tidak konkrit kerana tempat perlakuan jenayah dan
dari mana jenayah itu berpunca telah dikenalpasti.
Apa pun kita tunggu,
tak hari ini, bulan depan, tak bulan ini tahun depan, tak tahun ini
bertahun-tahun akan datang.....sama seperti PERWAJA STEEL.
Komentar |