KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

05.06.2000

FIKIRKANLAH

….Malaysia negara hebat

….Hindarilah dari huru-hara

…Bersyukurlah kepada kerajaan

…..Kedudukan orang Melayu akan tergadai

·        Sebenarnya, banyak kegagalan dalam pemerintahan BN, Cuma ia didiamkan media

·        Sudahkah kita lupa mengenai kempen inflasi sifar yang gagal mengawal harga barang? Sebaliknya kempen itu yang menjadi sifar.

·        Sudahkan kita lupa kegagalan mengurus bekalan air di Lembah Kelang sehingga menyebabkan catuan air.

·        Demikian juga dengan wabak Coxsakcie dan JE/Nipah yang menyebabkan kematian lebih 100 orang.

·        Kita sudah tentu tidak lupa skandal BMF dan Perwaja

·        Terengganu, negeri kaya dengan minyak, hampir sama kadar kemiskinan dengan Kelantan.

 

BN DAKWA KONONYA NEGARA AKAN HURU-HARA JIKA BN TEWAS

·        Memang benar akan huru-hara jika BN tewas.Tetapi yang akan mengalami huru-hara ialah Mahathir dan kroni-kroninya serta mereka yang terlibat dalam penyelewenggan dan rasuah.

·        Kestabilan dan kesinabungan negara bergantung kepada jentera perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan. Mana juga parti yang memerintah,perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan yang sama akan dikekalkan. Perubahan yang ingin dibawa oleh Barisan Alternatif ialah mengubahkan parti yang memerintah supaya sistem pemerintahan lebih adil dan telus.

·        Jika BA yang menang, sudah tentu ia tidak akan memulakan huru-hara. Siapakah yang akan memulakan huru-hara….???

·        Perubahan parti memerintah di negara lain tidak pula menyebabkan huru-hara. Kenapa pula kononnya akan berlaku di Malaysia.

 

BN DAKWA  KONONYA PEMBANGKANG MENYEBABKAN HURU-HARA

·        Rekod menunjukkan kejadian-kejadian keganasan dalam sejarah negara ini dilakukan oleh segelintir ahli UMNO

·        Pembunuhan Dato Taha di Gemencih oleh Menteri UMNO

·        Pembunuhan penyokong PAS pada tahun 80an semasa pilihanraya kecil Lubuk Merbau oleh samseng UMNO

·        Ketua Pemuda Keadilan Perak dipukul oleh 5 orang samseng Pemuda UMNO pada Ogos 1999

·        Seorang ahli Pas di Pasir Salak telah dijumpai mati Sept lalu dengan kesan lebam setelah bertengkar dengan sekumpulan ahli UMNO.

·        Seorang Ketua Cawangan UMNO di Pahang telah menggunakan senapang RELAnya untuk menembak bendera keADILan semasa satu program ceramah keADILan.

 

BN DAKWA KONONYA, RAKYAT PERLU BERSYUKUR KEPADA BN YANG TELAH MEMBERI PELBAGAI BANTUAN

 

·        Manafaat yang diberikan bukan dari poket menteri BN tetapi dari duit cukai rakyat

·        Pemimpin BN yang patut bersyukur kerana diberi kepercayaan rakyat selama ini. Malangnya, kepercayaan ini dikhianati dengan pembaziran,peyelewengan dan rasuah.

·        Kerajaan yang bersih dari rasuah dan peyelewengan akan dapat memberi manafaat yang lebih kepada rakyat teramai.

·        Tujuan perubahan yang diperjuangkan oleh BA ialah untuk memastikan kekayaan negara memberi manafaat terbanyak kepada rakyat teramai.

·        Rezeki dari ALLAH, pemimpin hanya pemegang amanah.

 

 

 

BN DAKWA KONONYA, kepentingan Melayu akan tergadai jika BN tewas

 

·        Kedudukan dan kepentingan Melayu diperuntukan dan dijamin perlembagaan negara dan bukan sekadar dasar BN sahaja. Parti-parti Alternatif memberi komitment mendokong perlembagaan yang setia ada.

·        Mustahil Anwar Ibrahim dan Fadhil Noor akan mengadaikan kepentingan bangsa. Merekalah yang selama ini memperjuangan bahasa,agama dan nasib orang Melayu termiskin.

 

BN DAKWA KONONYA,  Mahathir berjaya menjadikan Malaysia negara hebat

 

·        Bolehkah dikatakan hebat jika 1,200 buah sekolah masih belum mendapat bekalan letrik.

·        Data DBKL menunjukkan 255 kampung setinggan di Kuala Lumpur

·        Bolehkah dikatakan hebat jika syarikat yang membina Menara Petronas ialah Syarikat Jepun dan Korea, arkitek dan jurutera yang merekabentuknya ialah dari Amerika. Penjajahan asing?

·        Bolehkan dikatakan hebat kerajaan yang tidak mampu menjamin kualiti rumah murah untuk rakyat termiskin.

 

BN DAKWA KONONYA,  Mahathir berjaya memulihkan ekonomi

·        Apakah makna pemulihan jika harga barangan terus meningkat sedangkan harga sawit dan getah menurun.

·        Apakah makna pemulihan jika siswazah sukar mencari kerja

·        Apakah makna pemulih jika mereka yang mendapat manafaat dari projek kerajaan hanya segelintir syarikat kroni sahaja.