KEPIMPINAN PEMUDA BA, BANGUNLAH...

Hampir 3 minggu pemimpin kanan keADILan dan aktivis-aktivis telah di tahan dalam ISA dan hampir setiap hari isteri-isteri tahanan merayu agar suami-suami mereka dibebaskan. Tapi nampaknya segala rayuan tidak diindahkan oleh PDrM malah tiada sebarang berita pun tentang keadaan tahanan ISA.

Pada siapa lagikah hendak kita mengadu...............?

Pada siapa lagikah hendak kita mengharap................?

Kepada pemimpin-pemimpin BA (PAS,keADILan,PRM & DAP) serta Pemimpin-pemimpin NGO yang sentiasa melaung-laungkan perkataan "KEADILAN" buatlah sesuatu agar kita dapat mendengar sekurang-kurangnya para-para tahanan ISA berada dalam keadaan selamat fizikal & mental.

Saya sungguh sedih kerana pada hari Jumaat (20/4/2001) lalu di jangkakan satu solat Hajat akan di adakan di Masjid Negara.Ramai yang menunggu untuk sama-sama menyertai Solat Hajat itu tapi hampa kerana tiada siapa yang hendak mengimamkan solat hajat itu.Kalau pun Ustaz Badrulamin dijangka mengimamkan solat hajat itu tetapi telah di tangkap terlebih dahulu takkan lah tiada pemimpin-pemimpin lain yang sanggup bersama-sama rakyat mengadakan solat Hajat itu.Ini suatu petanda yang kurang baik bagi rakyat jelata seperti saya.

Wahai pemimpin-pemimpin BA, Bangunlah dengan semangat yang kental mari kita sama-sama sekali lagi mengadakan Solat Hajat besar-besaran pada Hari Jumaat.Beritahu sahaja InsyaAllah, rakyat jelata dari para petaninya, pemandu teksinya, pemandu basnya, peniaganya sehinggalah ahli-ahli Koporat yang menentang akta zalim ISA dan menyintai KEADILAN akan datang beramai-ramai menunaikan solat hajat memohon kepada Allah agar mereka yang dizalimi akan dilindungi oleh Allah.

Takbir...........

anti-kezaliman