UMNO/BN MUSA HITAM DAN PERHIMPUNAN
 
Bila terbaca Ruangan Awang Bisik-bisik melalui Utusan On-Line, rasa loya dan
meluat tiba-tiba melanda diri. Kemudian terdengar pula di TV3/4 Pak Lah
berkata Perhimpunan Haram pasti menimbulkan kekacauan. Dan yang menjadi
mangsa terbaru adalah Pengerusi Suhakam, Tan Sri Musa Hitam.
 
    Mula-mula saya cuba mengatur sistem pemikiran berdasarkan hujjah-hujjah
agama. Apakah definisi Haram atau Halal sesuatu perhimpunan ini. Jadi saya
kaitkan dengan kenyataan pemimpin UMNO bahawa negara kita adalah negara
Islam kerana Negara-negara Asing beranggapan demikian (Bukan pengiktirafan
Allah!). Maknanya jika demikian Halal atau Haram sesuatu perhimpunan itu
pastilah berlandasarkan undang-undang sebuah negara Islam. Setelah
pening-pening lalat memikirkan kesinambungannya, otak waras saya menjadi
tidak waras. Lalu bersandarkan ilmu logik yang Mahathir selalu ajar saya
mendapat jawapannya. Perhimpunan Haram adalah perhimpunan Aman yang
dianjurkan oleh rakyat atau parti pembangkang dan tidak memiliki permit dari
pihak berkuasa iaitu PDrM dan Kementerian Pak Lah. Manakala Perhimpunan
Halal adalah perhimpunan yang dianjurkan oleh Kerajaan BN/UMNO walaupun
tanpa permit atau secara tepatnya tidak memerlukan permit. Perhimpunan Halal
ini termasuklah berhimpun di seluruh Bandaraya menyambut ketibaan Alaf Baru
dengan dibekalkan minuman keras percuma bertan-tan. Perhimpunan ini juga
termasuk perhimpunan mengampu Kerajaan, ianya dianggap perhimpunan atau
demonstrasi Halal walaupun melibatkan bebudak sekolah yang dibekalkan baju
kemeja T BN seperti yang Ibrahim AlKataki pernah anjurkan. Kemudian saya
cuba memikirkan maksud kata-kata Dollah Bedawi, Perhimpunan Haram pasti
menimbulkan kekacauan. Saya tersangatlah setuju. Kekacauan yang ditimbulkan
oleh pihak berkuasa, media-media pengampu dan kaki-kaki Ampu. Jadi untuk
mengelakkan perhimpunan menjadi kacau ianya perlulah dihalalkan. Perhimpunan
Haram ini akan jadi Halal jika mendapat permit dari pihak berkuasa. Yang
menjadi masalahnya kerana pihak yang menuduh itulah yang berkuasa
mengeluarkan permitnya. Jadi jelaslah bahawa kekacauan itu berpunca dari
Menteri dalam negeri dan pihak PDrM. Kerana mereka tidak mahu menghalalkan
perhimpunan Aman Rakyat. Saya tidak mahu menyentuh soal Perhimpunan Aman
menjadi kacau apabila pihak PDrM mengganas, itu semua orang sudah tahu.
Kalau tak percaya, suruh mereka buat demonstrasi. Suruh Mahathir buat satu
perhimpunan raksasa yang Halal di Dataran Merdeka, kerah seluruh ahli UMNO
turun, lepas tu tembak dengan kimia.
 
    Apabila rakyat mempersoalkan soal demokrasi dan kebebasan bersuara.
Mereka menubuh SUHAKAM dan melantik Tan Sri Musa Hitam sebagai pengerusi.
Dan hasilnya Musa Hitam memikul tanggungjawab itu dengan baik selaras dengan
kehendak perlembagaan dan rakyat. Kini mereka pula menghantam pegawai yang
mereka lantik gara-gara Suhakam mebenarkan Perhimpunan Aman. Mereka kata
tindakan Musa Hitam tidak sesuai dengan sosio politik Malaysia. Saya setuju,
jika sosiopolitik yang dimaksudkan ialah Politik UMNO. UMNO hanya juara di
Media tapi anjing kurap di Parlimen. Pemimpin UMNO lebih suka bercakap di
Media tetapi akan menyorok macam kura-kura tua bila di Medan Parlimen.
Pemimpin Agung mereka yang kununnya menjadi Wira Dunia Ketiga,
rupa-rupanya...AHHH malu nak sebut. Bodohnya UMNO ini kerana menyingkirkan
Pemimpin Besar yang mereka ada untuk mempertahankan seekor kambing tua.
Tidakkah mereka lihat bagaimana ANWAR berhujjah di Mahkamah? Tidakkah mereka
melihat bagaimana Mahathir LARIIII dari Mahkamah?. Saya ingin melihat suatu
hari nanti ketika Mahathir  dihadapkan keMahkamah, beliau sendiri berhujjah
mempertahankan diri bukan Gani Patail, Bukan Mohtar Dugong. Waktu itu saya
ingin melihat demonstrasi dan Perhimpunan Haram yang diketuai oleh
Hishamuddin Onn (kalau ada). Dan saya ingin melihat Awang Selamat
mempertahankan prinsip Demokrasi seperti yang dihujjahnya hari ini.
 
 
AURA2000