LAPORAN POLIS MENUTUK PENAHANAN
PEMIMPIN PARTI keADILan NASIONAL DAN AKTIVIS REFORMASI DI BAWAH ISA DAN
MENDESAK PEMBEBASAN SEGERA.
Bahawasanya kami (nama seperti
dilampirkan) sebagai warganegara yang bencikan kezaliman dengan ini ingin
membuat satu laporan membantah penahanan 8 pemimpin keADILan dan aktivis
reformasi di bawah ISA.
Penahanan ini adalah tidak sah terutamanya penahanan 7
orang yang awal kerana jelas berdasarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri,
Abdullah Ahmad Badawi di mana beliau mengeluarkan kenyataan kepada media
(dilobi parlimen) yang disiarkan oleh media arus perdana bahawa beliau belum
lagi mendatangani surat mengarahkan penahanan di bawah ISA. Walhal pada masa
itu Ketua Polis Negara (KPN) telah pun menyatakan penahanan ini di bawah ISA.
Apakah KPN mempunyai kuasa melakukan penahanan di bawah ISA ?
Penahanan kerana andaian
(semata-mata) bahawa akan berlaku kekecohan dan keganasan melambangkan sifat
ketidakprofesionalisma Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementrian Dalam
Negeri (KDN) dalam menjalankan tanggungjawab.
Tuduhan yang dibuat khususnya
melalui kenyataan media PDRM bertarikh 11 April 2001 adalah palsu semata-mata
serta berniat jahat.
Jelas tidaka ada sebarang
perancangan mengulingkan kerajaan secara militan serta menggunakan kekerasan
dengan mengunakan bahan letupan dan senjata seperti yang dituduh. Perjumpaan
Jawatankuasa secara sulit juga tidak wujud kerana setiap kali perjumpaan akan
diadakan sidang media menjelaskan perihal perbincangan yang berlansung dan
semua ahlijawatankuasa itu diisytiharkan. Adakah ini melambangkan ia perjumpaan
sulit.
Tuduhan liar seperti mengunakan
guru-guru silat serta mendapatkan pengarauh sebilangan anggota keselamatan
tidak masuk akal dan sekali lagi tidak berasas dan berniat jahat. Kami menuntut
pihak polis menyatakan bukti kukuh yang dikatakan oleh Norian Mai,KPN sebagai
mempunyai bukti.
Kami pasti semua penahanan ini
bermotifkan politik semata-mata kerana jelas Program Penyerahan Memorandum 14
April yang dikatakan perhimpunan ganas satu pembohongan KPN.
Walaupun selepas aktivis
reformasi, NGO, parti politik (khususnya keADILan) dan perbagai pertubuhan
membuktikan program 14 April berjalan dengan aman satu lagi tangkapan di buat
keatas pemimpin keADILan yang berpontensi dan berpengaruh ( Dr. Ust. Badrul
Amin ).Ini menguatkan lagi hujah bahawa tangkapan ini bersifat politik kotor
dan zalim. Semata-mata bertujuan melemahkan Parti Keadilan Nasional
(keADILan)-Barisan Alternatif (BA) yang semakin berani membongkarkan rahsia
kepincangan sistem yang diterajui Barisan Nasional (BN).
Mengapa telah banyak laporan polis dibuat terhadap
penyelewangan pemimpin BN tidak diambil tindakan walaupun disertakan bukti
kukuh dan apabila tuduhan walaupun belum terbukti tetapi dikaitkan dengan
pembangkang tindakan segera pihak polis diambil ? Kami gusar satu masa nanti
rakyat tidak akan mempercayai PDRM dan menuduh PDRM menjadi alat untuk pihak
tertentu menutupi kepincangan sistem yang diterajuinya dan terus kekal
berkuasa. Ataupun adakah wujud layanan undang-undang berdasarkan status
dilaksanakan di negara ini ?
Kami dengan ini menyatakan pendirian mengutuk
sekeras-kerasnya tangkapan zalim ini dan mendesak pembebasan segera demi
membuktikan ketulusan PDRM-KDN. Jika benar mereka bersalah dan bukti yang dikatakan
KPN itu benar-benar wujud dakwa segera mereka di mahkamah.
SHAM SHAHARIN
ANGKATAN PEMUDA INSAF NEGERI SEMBILAN (APIns)
justiceman@catcha.com
kumpulkan teman-teman untuk membuat lapuran polis di tempat sdr-sdr