Saya telah menjalankan survey ke atas seratus orang. Terdapat beberapa jawapan tertinggi di atas skrin (komputer anda sekarang). Soalan saya berbunyi:
Di dalam Barisan Alternatif, terdapat percanggahan sokongan terhadap isu tuntutan Suqiu. Berikut ialah antara beberapa petikan yang harus di ambil kira dalam membuat survey ini.
---------------------------------------------------------------------------------
1. Dato Haji Fadzil Mohd. Noor
"PAS dan BA ingin memberi jaminan kepada rakyat seandainya kita kekal dengan kewajaran dan mendukung keadilan dan keluhuran perundangan maka dengan izin Allah, kita akan dapat mengelakkan episod dan tragedi konflik perkauman yang dikatakan sengaja dirancang dan ditaja oleh Umno/BN. Saya menyeru seluruh warga PAS dan BA khususnya dan rakyat amnya supaya tidak terjebak dengan panggilan samada atas nama bangsa Melayu atau Cina untuk keluar berdemonstrasi bagi menuntut hak dan pembelaan kaum masing-masing. Negara tercinta ini memerlukan formula politik baru dan falsafah perhubungan kaum yang baru seperti yang ditampilkan oleh Barisan Alternatif untuk mendukung tinggi cita-cita untuk mengembalikan Keadilan dan Kesejahteraan di bumi Malaysia ini seperti yang termaktub dalam Manifesto Bersama BA: Ke Arah Malaysia Yang Adil
---
2. Manifesto Bersama BA
Masyarakat adil dan demokratik yang kita hasratkan itu mestilah dibina atas asas nilai-nilai rohani dan akhlak yang tersimpul dalam ajaran Islam dan ajaran-ajaran agama lainnya. Pengamalan Islam sebagai ad-deen dan penghayatan nilai-nilai baik pada tahap individu maupun pada tahap adalah benteng yang melindungi kita daripada korupsi, tamak haloba dan keruntuhan moral. Janji Kami
Dalam memperjuangkan cita-cita melahirkan negara Malaysia yang adil dengan nilai-nilai akhlak yang luhur, kita menghormati prinsip-prinsip asasi Perlembagaan Malaysia, iaitu:
Kedaulatan perlembagaan;
Raja berperlembagaan;
Demokrasi berparlimen;
Hak-hak kebebasan asasi;
Keluhuran undang-undang;
Kebebasan kehakiman;
Hak dan tanggungjawab kewarganegaraaan;
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan prinsip kebebasan beragama;
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rasmi,
dan hak menggunakan dan mempelajari bahasa-bahasa lain;
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta
kepentingan-kepentingan sah, kaum-kaum lain; dan
Sistem pemerintahan persekutuan yang memenuhi tanggungjawabnya, di mana
kedudukan istimewa negeri Sabah dan Sarawak dilindungi dan dihormati.
Maka, kami berikrar akan:
melindungi dan mempertahankan hak dan martabat semua rakyat serta menjamin keadilan untuk semua;
mewujudkan kemudahan sosial yang bermutu dan persekitaran fisikal yang bersih dan selesa; memantapkan mutu pendidikan, kesihatan serta perkhidmatan sosial lainnya; membina masjid dan tempat-tempat ibadah; membina taman-taman dan perpustakaan-perpustakaan awam; membina pusat-pusat kegiatan budaya dan seni; dan membuka kesempatan seluas-luasnya untuk memanfaatkan komputer, teknologi maklumat dan cara komunikasi lainnya; dan
mewujudkan suasana yang melalui penyediaan prasarana, pendidikan dan ke arah penghayatan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh (ad-deen) di kalangan umat Islam, di samping memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin.
---
3. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Pakatan pembangkang tolak tuntutan Suqiu - Wan Azizah
Dari Utusan Malaysia, Ahad
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Pakatan pembangkang menolak tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang bertentangan dengan asas perlembagaan negara khususnya pemansuhan status bumiputera dan bukan bumiputera serta sistem kuota.
Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, konsep perlindungan kepada kedudukan istimewa bumiputera telah termaktub dalam perlembagaan negara.
''Bagi kami, (konsep itu) bermakna membantu secara adil bumiputera yang miskin dan yang tertinggal dari arus pembangunan negara,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang difakskan ke sini, hari ini.
Menurut beliau, pakatan pembangkang mempunyai pendirian yang jelas dan jitu dalam menolak tuntutan-tuntutan yang sensitif itu.
---
4. Kenyataan Bersama aktivis reformasi - Lokman Adam
Kenyataan mereka boleh di dapati di laman Mahafiraun2020. Antara isi kandugan kenyataan mereka ialah:
Berdasarkan pendirian ini maka kami mendukung hasrat Suqiu atau Rayuan Pilihanraya Masyarakat Cina secara menyeluruh.
Dengan ini kami mengistiharkan solidariti kami dengan pemimpin-pemimpin Suqiu dan menganggap perjuangan mereka sebagai perjuangan kami.
Kami juga mengistiharkan bahawa kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh beberapa laman web yang mendakwa diri mereka sebagai pro-reformasi yang mengatakan bahawa Suqiu harus ditolak dan menarik balik tuntutan yang melibatkan hak Bumiputera (Melayu) adalah TIDAK MEWAKILI FIKRAH REFORMASI.
---
5. Kenyataan En. Lim Kit Siang
DAP had declared its support for the 17-point Suqiu Demands because they do not violate the entrenched constitutional sensitive positions and are in line with Vision 2020 and Bangsa Malaysia concept."
---
6. Kenyataan Khas pengurus-pengurus laman pro-reformasi
Kami, pengurus-pengurus laman Pro-Reformasi dengan ini sebulat suara MENOLAK TUNTUTAN/RAYUAN SUQIU dalam membicarakan hak-hak keistimewaan Melayu dalam resolusi/rayuan yang mereka kemukakan. Suqiu gagal melihat/menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dalam mereka mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu (Bumiputera) yang juga terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Kegagalan mereka ini menjadi asas penolakan kami.
---------------------------------------------------------------------------------
Demikianlah antara isi kandungan yang jelas bertentang antara satu sama lain. Yang paling jelas ialah kenyataan bersama aktivis reformasi serta kenyataan En. Lim Kit Siang yang begitu kontradiksi dengan Manifesto Bersama BA. Di saat Kak Wan menolak beberapa tuntutan Suqiu, aktivis reformasi ini mengistiharkan solidariti mereka dengan pemimpin suqiu dan Lim Kit Siang pula menyokong penuh 17 tuntutan Suqiu.
Ingin saya sebutkan juga di sini, di dalam Manifesto Bersama BA tersebut, kesemua komponen parti di dalam BA telah bersetuju bahawa massyarakat adil dan demokratik yang BA hasratkan mestilah di bina atas asas-asas nilai rohani dan akhlak yang tersimpul dalam ajaran Islam dan ajaran-ajaran agama lainnya. Menurut Manifesto Bersama BA lagi, Pengamalan Islam sebagai ad-deen dan penghayatan nilai-nilai baik pada tahap individu maupun pada tahap adalah benteng yang melindungi kita daripada korupsi, tamak haloba dan keruntuhan moral.
Juga di dalam Manifesto Bersama BA, kesemua komponen parti BA bersetuju menghormati prinsip-prinsip asasi Perlembagaan Malaysia iaitu, Kedaulatan perlembagaan; Raja berperlembagaan; Demokrasi berparlimen; Hak-hak kebebasan asasi; Keluhuran undang-undang; Kebebasan kehakiman; Hak dan tanggungjawab kewarganegaraaan; Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan prinsip kebebasan beragama; Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rasmi, dan hak menggunakan dan mempelajari bahasa-bahasa lain; Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah, kaum-kaum lain; dan Sistem pemerintahan persekutuan yang memenuhi tanggungjawabnya, di mana kedudukan istimewa negeri Sabah dan Sarawak dilindungi dan dihormati.
Seterusnya di dalam Manifesto Bersama BA, kesemua parti komponen BA bersetuju melindungi dan mempertahankan hak dan martabat semua rakyat serta menjamin keadilan untuk semua dan mewujudkan suasana yang melalui penyediaan prasarana, pendidikan dan ke arah penghayatan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh (ad-deen) di kalangan umat Islam, di samping memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin.
Lalu jelaslah di sini bahawa kesemua parti komponen BA tidak akan mencabar kedaulatan Islam dan tidak akan memcabar kedudukan istimewa orang Melayu. Tetapi kenapa pula terdapat percanggahan di dalam kenyataan En. Lim Kit Siang dan kenyataan aktivis reformasi?
Saya bukanlah berniat untuk melaga-lagakan antara pemimpin BA, bahkan sayalah salah seorang penyokong dan pendokong BA selama ini. Namun saya pasti rakyat akan mengetawakan BA jika Manifesto Bersama yang di tandatangani di langgar begitu sahaja.
Tuntutan Suqiu adalah sangat jelas. Menurut Ungku Aziz, seorang yang saya kenali sebagai liberal dan malah beliau pula adalah pilihan PAS dalam mengendalikan perdebatan antara Mahfuz dan Hishamuddin. Ungku Aziz menyebut bahawa tuntutan suqiu itu adalah sangat JELAS. Semua orang CELIK HURUF dan dapat memahami tuntutan Suqiu itu.
Antara tuntutan suqiu, suqiu jelas menuntut agar layanan yang adil di berikan kepada semua agama - "layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media rasmi." Ini jelas mencabar kedaulatan Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan (juga jelas mencabar Manifesto Bersama BA).
Saya tidak ingin tulis banyak-banyak sangat kali ini.
Cukuplah saya akhiri tulisan saya ini dengan satu soalan terhadap pembaca yang membaca tulisan saya ini.
Soalan saya berbunyi: Apa kata survey???
Sumber20Lerrrrrr
ramli@freeanwar.com