Sdr-sdr, tidak payah Komentar membebel akan keraguan tuduhan keatas Anwar Ibrahim. Andai dosanya pada Mahathir adalah dosa politik tetapi dosa Mahathir pada dirinya adalah sehina-hina dosa yang mampu dilakukan oleh seorang hamba ALLAH khusus di bumi Malaysia ini. Apakah kita akan terus mengiakan tuduhan itu sungguhpun di hati kita tahu dan sedar ianya amat meragukan? Apakah kita mahu melibatkan diri kita pada dosa memfitnah Sdr Anwar Ibrahim? Biarkan Dr Mahathir seorangan. Jangan pula kamu turut serta mengiakan fitnahnya biar secara langsung atau tidak. Ingatlah andai kita mengelar Sdr Anwar itu banduan atas kesalahan yang kita sendiri tidak pasti, serupalah kita menuduh beliau melakukan dosa itu walaupun kenyataan sdr-sdr itu mungkin kenyataan politik. Ingatlah kemenangan
kita di dunia ini tidak akan kemana. Kita pasti akan menemui pencipta
dan disana kita akan dibebankan dengan dosa Dr Mahahtir Mohamed. Sdr-sdr, kita sedar keraguan atas tuduhan keatas Sdr Anwar Ibrahim. Kita sedar ianya membolehkan kita melakukan salah satu dosa benar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita sedar tetapi kita akur dan terus mendokong fitnah yang dilemparkan oleh Dr Mahathir. Dimana agaknya kita? Apakah kita masih boleh mencermin diri dan mengatakan bahawa kita adalah hamba ALLAH yang bernama manusia sedangkan perbuatan kita menjauhi kita dari keperibadian manusia yang dicipta oleh ALLAH SWT. Sdr-sdr hentikanlah fitnah tersebut. Jangan layani Dr Mahathir dan biarkan beliau terjerit-jerit mencerca Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara tetapi masih menjadi nama ketakutannya. Berdiamlah dan kalau mahu menghampiri diri untuk bergelar manusia usahakan agar Anwar Ibrahim tidak lagi difitnah dan dicerca. Jangan jauhi diri kita dari bergelar manusia. Komentar |