KOMENTAR
09.08.2000
Bumi
Malaysia berlinangan , menangis sekali lagi
Bersama
air mata kami,
Berderai
membasahi pipi,
Kerna
sekali lagi kami dizalimi,
Kerna
sekali lagi mengiringi keadilan yang sudah mati,
Sekali
lagi kami iringi,
Tangisan
dipagi ini,
Mengenangkan
nasib Bumi Malaysia ini,
Dibunuh
dan terus dinodai,
Oleh
mereka yang rakus mahu menggengam kuasa,
Dan
mereka yang membela kezaliman ini,
Kerna
takut bersuara, takut hilang harta benda,
Bumi
Malaysia di banjiri,
Airmata
sepi rakyatnya yang tahu,
Bahawa
negara ini semakin cedera,
Kerana
mereka menutup mata,
Tidak
nampak kemungkaran dokongan mereka,
Aku
lanjutkan doa pada Yang Maha Kuasa,
Berikanlah
kekuatan pada hamba mu ini,
Agar
diterangi jalan membela nasib bangsa,
Agar
yang dinista, dihina dan difitnah dapat dibela,
Airmata
ini berderai lagi,
Mengenang
nasib bumi Malaysia ini,
Dikelilingi
mereka yang buta dan jahil pada kebenaran,
Kerna
kebenaran, keikhlasan, kesucuian kini bahan belian,
Oleh
mereka yang lupa pada diri,
Oleh
mereka yang turut mendalangi,
Memuja
kemungkaran,
Memuja
kezaliman,
AIR MATA INI TERUS MERATAPI, APALAGI DAYA INI.