KOMENTAR
16.10.2000
Salam Reformasi
Kerajaan nampak terlalu gugup apabila perkataan ISLAM mahu di gunakan dalam mana-mana persatuan khususnya di peringkat Universiti.
Persatuan-persatuan di UiTM sudah mula di halang dari
menggunakan perkataan Islam dalam persatuan mereka.
Satu surat dari PERSATUAN AMALAN DAN ASAS ISLAM
atau singkatannya ADASI (persatuan dalaman dalam UiTM) kepada Datuk Prof.Dr. Ir
Hj Ahmad Zaidee Laidin selaku Naib Canselor telah meminta penjelasan secara
jujur mengenai kedudukan ADASI yang seolah-olah dihalang daripada menggerakkan
persatuan untuk melaksanakan program bagi meningkatkan kefahaman fardu ain
mahasiswa UiTM.
Dimaklumkan oleh ADASI mereka akan terus
mempertahankan nama Islam dan dasar Islam pada persatuan.
Kerajaan BN khususnya UMNO seolah-olah takut dengan
perkataan ISLAM sekarang ini. Apakah mereka ini tidak mahu melihat Islam itu
sendiri berkembang atau ketakutan menggunakan perkataan Islam adalah kerana mereka
takut penerapan nilai-nilai Islam akan menghancurkan agenda beberapa kepimpinan
yang tidak Islamic.
Komentar