Oleh Ummu Natasya

 

Ali Abul Hassan pula dapat habuan

 

AKHIRNYA,Dr. Mahathir Mohamad tidak dapat menyembunyikan kawan baiknya dari duduk di sampingnya sebagai Penasihat Ekonomi selepas diselamatkan dari siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana memiliki RM100,000 dalam laci di pejabatnya.

Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman disahkan menjadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri setelah Dr. Mahathir tidak lagi bergantung kepada nasihat-nasihat dari Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Apakah rakyat sudah lupa bahawa Ali Abul Hassan pernah ditahan kerana memiliki RM100,000 di laci pejabatnya dan sumber wang itu disangsikan. Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Shafie Yahya mendedahkan perkara ini ketika menjadi saksi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan Datuk Shafie itu tidak dicabar oleh Pasukan Pendakwa yang diketuai Tan Sri Mohtar Abdullah.

Report polis secara besar-besaran dibuat oleh banyak pihak terhadap kenyataan Datuk Shafie ini kerana ia didakwa mengaitkan Perdana Menteri yang dikatakan menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Bagaimanapun, polis tidak berbuat apa-apa dan siasatan tidak dijalankan kerana yang terlibat adalah Dr. Mahathir dan Ali Abul Hassan Sulaiman, seorang kawan baik dan mamak seperti Dr. Mahathir.

Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau dituduh kerana menghalang polis menjalankan siasatan terhadap aduan Ummi Hafilda menyebabkan Hakim Augustin Paul menjatuhkan hukuman enam tahun perjara kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selepas Mohtar Abdullah tidak menyiasat aduan polis terhadap Ali Abul Hassan Sulaiman, Mohtar dinaikkan pangkat dari Peguam Negara kepada Hakim Mahkamah Persekutuan.

Kini Ali Abul Hassan yang baru bersara sebagai Gabenor Bank Negara dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri pula.

Dr. Mahathir mengemudikan negara ini sesuka hatinya. Para penyokongnya yang terlibat memerangkap Anwar dinaikkan pangkat seorang demi seorang manakala yang antinya, akan diberikan tekanan.

Bapak rasuah sekarang dikelilingi perasuah-perasuah yang tidak bermoral. Kes Datuk Seri Rafidah Aziz masih segar dalam ingatan rakyat dan kisah bail-out syarikat-syarikat anak Dr. Mahathir juga merupakan “usaha memunggah kekayaan” yang tidak henti-henti.

Ingat! Sebagai rakyat disebuah negara yang berdaulat, mari kita ajar mereka dalam pilihan raya akan dating. Jangan beri mereka peluang dan apabila bertukar kerajaan nanti, kita cungkil segala penyelewengan yang mereka lakukan. Harta rakyat mereka telan. Duit rakyat mereka makan. Tunggu… pilihan raya umum 2004.