Oleh Ummu Natasya
ALOR SETAR : Bekas Ahli Parlimen
Pokok Sena, Wan Hanafiah Wan Mat Saman semakin meracau dan nyata sudah gila
talak semenjak kalah di tangan Haji Mahfudz Omar dalam pilihan raya umum ke 10,
29 November 1999 yang lalu.
Sebagai Naib Ketua Umno Bahagian
Pokok Sena yang sudah tidak dicalonkan lagi oleh cawangan-cawangan, mendakwa
dia diarahkan oleh Perdana Menteri untuk menjaga pelajar-pelajar universiti
supaya terus bersama-sama Umno.
Tidak ramai yang tahu bahawa Wan
Hanafiah yang merupakan seorang kaki judi dan kaki perempuan ini terus mendakwa
“kita beri keistimewaan kepada Anwar Ibrahim di penjara kerana tidak mahu Anwar
menjadi gila.”
Sabtu, 7 April 2001 bertempat di
Tingkat 6, Bangunan Umno Negeri Kedah, Wan Hanafiah melepaskan geramnya kepada
ahli-ahli Umno Bahagian Pokok Sena di Majlis Taklimat Pemilihan Umno Bahagian
bersama-sama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Sheikh Alias Sheikh Mustaffa.
“Kamu semua pembelot. Itulah
sebabnya saya kalah. Saya tidak kesal saya kalah kerana kini saya senang
lenang. Banyak kerja-kerja yang Dr. Mahathir Mohamad serahkan kepada saya
kerana PM tahu saya seorang yang hebat dan berakhlak mulia. Anwar Ibrahim
seorang yang rendah moral tapi saya seorang yang mulia, tidak rendah moral dan
layak menjadi Menteri jika dibandingkan dengan Anwar.”
Dia menuduh ahli-ahli Umno di
Bahagian Pokok Sena sebagai pembelot hingga menyebabkan dia tewas dalam pilihan
raya yang lalu. Katanya lagi, “Saya kerap ke luar negara sekarang kerana Dr. Mahathir
arahkan saya jaga pelajar supaya bermoral tinggi seperti saya. Tidak rasuah dan
tidak kaki judi. Saya hanya carikan perempuan dan kaki-kaki judi untuk Datuk
Megat Junid tetapi saya orang alim, baik dan warak. Percayalah saya kerana saya
sentiasa memakai songkok walaupun saya tidak sembahyang.”
Dia juga mendakwa dirinya miskin
dan masih menggunakan kereta proton saga sedangkan Ahli-Ahli Parlimen yang lain
menggunakan Mercedes.
Wan Hanafiah ketika menjadi
Setiausaha Sulit Datuk Megat Junid Megat Ayub di Kementerian Dalam Negeri
sebenarnya agen untuk mencari perempuan bagi kepuasan Megat Junid.
Dia juga ambil duit dari
tauke-tauke Cina yang memohon lessen pistol, tauke judi haram yang dikenakan
hukuman dibuang daerah dan menyambung visa pelacur-pelacur dari Taiwan dan
Negara Cina.
Dialah satu-satunya Ahli
Parlimen (ketika menang dahulu) yang sering bersongkok tetapi tidak pernah
sembahyang apabila sampai waktu.
Wan Hanafiah adalah seorang kaki
judi dan kaki perempuan selain menjadi orang tengah kepada Megat Junid.
Bila dia dan Megat Junid kalah
dalam pilihan raya, kedua-duanya menyangka Dr. Mahathir akan beri mereka
“peranan penting” untuk membelasah Anwar tetapi malangnya tiada siapa yang
hendak mendengar ceramah mereka.
Itulah sebabnya, bekas Ahli
Parlimen yang tiada kelulusan “masters” ini benar-benar kecewa kerana PM tidak
lantik menjadi Senator. Dia melobi hendak menjadi Timbalan Menteri Pendidikan
tetapi tiada siapa pedulikannya.
Dulu, ketika Megat Junid jadi
Menteri dan Timbalan Menteri, dialah tukang kumpul kaki-kaki judi untuk berjudi
di pejabat Megat Junid.
Bertanyalah dengan orang-orang
di Pokok Sena, inilah satu-satunya Ahli Parlimen yang tidak memberikan khidmat
di kawasannya kecuali menjaga perempuan-perempuan yang hendak disediakan untuk
Megat Junid. Kalau bertanya dengannya siapa nama ketua-ketua cawangan pun dia
tak tahu tetapi kalau Tanya harga perempuan pelacur, dia tahu. Inilah Wan
Hanafiah sebenarnya.
……lagi
(Akan ada sambungan berita
ini…tunggu laporan terus dari Umno Bahagian Pokok Sena).