KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF – OPS PD
Orang Kampung & Dato’-Dato’ Polis yang
dihormati,
1. Leftenan
KLUANGMAN dan Skuad OPS PD telah
terbang kembali ke tempat asalnya. Tahniah,
anda sudah berani menyuarakan hasrat sebenar sanubari menyokong perjuangan
BARISAN ALTERNATIF pada Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang yang telah selamat
diadakan pada 10 Jun 2000 yang lalu. Buat
kali pertama dalam sejarah Malaysia moden, undi pos telah tidak memihak
kepada BARISAN NASIONAL.
2. Pengajaran dan iktibar yang perlu anda ambil berat apabila
menghadapi siri-siri pilihanraya akan datang terutamanya Pilihanraya Umum Ke 11
– Tahun 2004 kelak adalah:
a. Jangan sekali-kali mengundi secara
konvensional. Selagi BN/UMNO tidak menghapuskan amalan Undi Pos yang terbukti menipu, anda jangan sekali-kali
membuang undi di pasukan masing-masing sebaliknya selepas menerima kertas Undi Pos anda, simpan dan serahkan kertas undi
kalian di pusat-pusat pembuangan undi
awam di kawasan pilihanraya tempat
anda mengundi pada hari pilihanraya
sebelum jam 1700 petang. Tiada sesiapa yang berhak menghalang anda dari berbuat demikian kerana amalam
ini dibenarkan oleh Seksyen 12 & 13 Akta Pilihanraya, 1958 [Peraturan
Pilihanraya (Undi Pos),
1959] yang dengan jelas menyebut bahawa:
“dibenarkan seseorang pengundi pos
menyerahkan sendiri kertas undi mereka
beserta Borang 3/Peraturan 8 (Pengakuan Pengenalan) dalam sampul surat yang
bertutup kepada mana-mana Pengurus Pilihanraya di dalam kawasan pengundiannya
pada hari mengundi sebelum jam 5.00 petang.’’
b. Bagi
Warga ATM anda jangan takut bermain politik kerana Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 11/74 dengan jelas menyebut bahawa:
“Anggota Tentera adalah dibenarkan untuk
menyertai atau menghadiri mana-mana aktiviti parti politik dengan syarat: Tidak
berpakaian Rejimental Mufti (Unifom) dan..,
Di luar waktu bertugas.”
c. Jangan tertipu dengan arahan
yang menyatakan bahawa hanya pegawai pasukan sahaja yang dibenarkan menandatangani Borang 2/Peraturan 8
(Pengakuan Pengenalan) kerana prosedur perundangan dengan jelas membenarkan sesiapa
sahaja Warganegara Persekutuan yang cukup umur dan tidak hilang kelayakan kesaksian
menjadi saksi. Tiada pegawai pasukan yang berhak untuk mengetahui undi kita.
Skot undi anda adalah RAHSIA. Jangan percaya pada sesiapa walaupun pegawai
sendiri kerana mereka mungkin akan mengkhianati dan menjual undi anda kepada
orang-orang BN/ UMNO. Sebab itu dari awal lagi KLUANGMAN memberikan
pertanggungjawapan kepada setiap pengundi pos menyerahkan kertas undi kalian sendiri.
3. Keputusan Pilihanraya P119 Telok Kemang tempohari jelas
menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil kalian mempunyai keberanian menentang
sistem zalim tajaan BN/UMNO itu. Berikut dinyatakan keputusan penuh Undi Pos
kalian:
a. |
Jumlah Undi Pos
keseluruhan |
- |
5,048.
Bukannya 5,005 sebagaimana yang diwar-warkan oleh media kroni BN/ UMNO dan
SPR. |
|
|
|
|
b. |
Jumlah undi yang dikembalikan |
- |
3,688
undi. |
|
|
|
|
c. |
Undi rosak |
- |
320
undi (Kesemuanya gagal melengkapkan maklumat saksi). |
|
|
|
|
d. |
Undi BA |
- |
1,743
undi. 100% jumlah undi yang
diserahkan pada 10 Jun 2000 sebelum 1700 petang. Tahniah 2 Armor, POP TD,
IPDA dan segelintir dari Orang Kampung & Dato’-Dato’ Polis yang ada
maruah dan harga diri, anda adalah PAHLAWAN. |
|
|
|
|
e. |
Undi BN |
- |
1,625
undi. 100% jumlah undi yang
diserahkan pada 5,6,7,8 & 9 Jun 2000 melalui beg-beg Undi Pos di pasukan
masing-masing. Agen Pengundian BA punyai rekod penerimaan harian Undi Pos
dari pasukan-pasukan yang dihantar ke Pejabat Daerah PD. |
|
|
|
Siapa
di antara Skot yang tergamak
memangkah Parti RAFIDAH AZIZ itu lagi ?.
Kami tahu majoriti Askar & Polis memangkah BA. Tapi oleh
kerana anda terus-terusan mengikut prosedur pengundian pos yang jelas menipu,
hasilnya undi anda kena kencing lagi. |
|
|
|
Sebab
itulah dari awal lagi kita anjurkan agar anda hantar Undi Pos kalian sendiri
ikut Seksyen 12 & 13 Akta Pilihanraya, 1958. Kenapa Skot tak mahu ikut atau takut
?. |
|
|
|
|
f. |
Kertas Undi yang tidak
dikembalikan |
- |
1,360
undi. Kita tahu dari pasukan mana
jumlah undi ini. Pada
pagi hari pilihanraya lalu, kita telah menerima laporan mengenai orang-orang
BN/UMNO diketuai ADUN Pasir Panjang mengunjungi pasukan-pasukan terbabit. |
|
|
|
Pegawai
yang bertanggungjawab menjual amanah menjaga kertas undi pasukan akan kita
dedahkan maklumatnya kemudian. Kalian hidup senang hasil sabotaj amanah undi
Skot sendiri. Skuad OPS PD tidak akan berdiam diri. Kita dah bocorkan rahsia
seorang Mejar dari Markas Staf Stesen PD dan sorang lagi Mejar dari PUSARTI
yang menjadi pengkhianat Skot sendiri dalam Pilihanraya Umum Ke 10 lalu (Lihat
Laman Web Telok Kemang untuk maklumat selanjutnya).
Pegawai yang terlibat kali ini jangan fikir kalian boleh ‘senang diri’. |
|
|
|
|
g. |
Majoriti |
- |
118
undi. Cuba bayangkan kalau anda semua sekali mengikut saranan kita. Pasti
bergegar Dewan Rakyat bila usul Gaji Minimum dibangkitkan oleh pimpinan BA
nanti. Nak harap RAFIDAH AZIZ bangkitkan usul Gaji Minimum – kirim salam Skot. |
4. Jangan gusar, ini adalah experiment pertama kita. Dalam
jangkamasa terhampir, Pimpinan BA/KeADILan
akan mengadakan promosi besar-besaran menyedarkan Warga ATM & PDRM
akan hak mereka menyertai Sistem Demokrasi negara kita ini. Kita akan terus
berjuang sampai suatu hari nanti BN/ UMNO akan miang sendiri dan memansuhkan
Undi Pos yang telah jelas menipu kita selama ini. Ingat Askar dan Polis ni
Robot ke … batu ke … boleh dikencing sewenang-wenangnya. Boleh dicampakkan
sedikit gula-gula di saat-saat akhir pimpinan BN/ UMNO mengharap Undi Pos kita.
5. Skot wajib yakin “Sesungguhnya
Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka merobah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah ArRad Ayat 11). Kita Warga ATM wajib memperjuangkan
perubahan nasib kita sendiri dan jangan harap RAFIDAH AZIZ atau MAHAFIRAUN
memperjuangkannya. Masa tak akan menunggu kita. Ayuh jangan banyak bicara,
mulakan perjuangan kita bersama sehingga suatu hari nanti ATM & PDRM akan
disegani oleh semua. Tunggulah saat di mana kita berbangga menyarung unifom
Tentera/Polis keluar ke mana-mana dan menjadi idola semua. BARISAN
ALTERNATIF adalah wadah perjuangan cita-cita kita. Dan, perjuangan kita ini
amat mahal harganya. Setiap dari kita wajib membayar harga perjuangan tersebut.
6. Akhirkata Skot, KALAU TAKUT PADA
RISIKO, USAH BICARA SOAL PERJUANGAN – (pesanan Dato’Seri Anwar Ibrahim). Kalau
takut kena charge, kena posting, kena sportlight dan kena ugut –
Berhenti jadi Tentera atau Polis, kalian lahir samada di PUSASDA, PUSWATAN,
PULAPOL atau MTD sebagai PAHLAWAN dan
bukan sebagai MAKNYAH. Anda lahir sebagai pejuang dan bukan bacul. Antara
ARAHAN dengan UNDANG-UNDANG, Skot perlu ikut UNDANG-UNDANG. PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN No. 1, UNDANG-UNDANG No. 2 dan ARAHAN No. 3. MAHAFIRAUN bukan suka askar dan polis tahu
akta-akta ini.
7. Keep
in touch, Emelkan pandangan dan
komen anda kepada: lt.kluangman38@mailcity.com.