PERINTAH BAHAGIAN 38
CETUSAN
MINDA WARGA A.T.M
& P.D.R.M
Ahad 29 Rabiul Awal
1421H Bersamaan 2
Julai 2000 |
SIRI
11/2000
|
Harga: RM PERCUMA Dengan SYARAT DAPAT 1 FOTOSTAT 10 |
EDITOR:
Leftenan KLUANGMAN
Ketua
Pegawai Eksekutif OPS 2004
|
Orang
kampung & Dato’-Dato’ Polis yang yang dikasihi,
Setelah
fakta mengenai Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 11/74 diwar-warkan
kepada Warga ATM ketika Kempen Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang lalu, buat
kali pertama dalam sejarah Malaysia moden, Warga ATM yang selama ini
dimomok-momokkan dengan arahan pengharaman mereka menyertai aktiviti politik
telah turun beramai-ramai secara ikhlas (Lillahi Taala) menyertai Jentera
Pilihanraya BARISAN ALTERNATIF. Dari mengantung poster, ascord VIP-VIP BA, Anggota
Skuad OPS PD hinggalah kepada Perayu Undi. Sama-sama bergembira mengecapi makna
Kebebsan DEMOKRASI tanpa melanggar apa yang tersurat dan tersirat di dalam PMAT
11/74 itu.. Mereka tak pakai Uniform dan bukan dalam masa bertugas pula, dakwa
Pranita SITI NURHALIZA yang turut sama dalam Jentera BA baru-baru ini.
Soal
samada ingin menyokong BA atau BN adalah hak individu Skot sekelian. Namun
kisah yang PERBAH 38 ingin utarakan
nanti bersangkut-paut dengan imej serta kedudukan seorang USTAZ KAGAT
berpangkat Kapten dari IPDA yang menyertai Jentera Pilihanraya BN/UMNO semasa
Kempen Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang lalu.
Atas
dasar BN/UMNO khususnya MAHATHIR sendiri telah melencong jauh dari
melaksanakan amanah rakyat, agama diperlecehkan – sekadar berkokok lebih
daripada membuat (amal), ulama’ yang bercakap benar dipandang rendah dan
dihina. Sunnah yang bersumberkan AlHadis diperolok-olokkan. Hak
rakyat dirampas. harta kekayaan negara dikongsi di kalangan keluarga dan
kroni-kroni serta rakyat ditipu, diperdaya dan dibohongi. Maka tidak hairanlah 98% Ustaz-Ustaz KAGAT memilih
untuk memberikan sokongan mereka kepada perjuangan BARISAN ALTERNATIF dan
menolak BARISAN NASIONAL secara total.
“Rejimen
Elit No. 1 dalam ATM hari ini bukan lagi
RGK tetapi KAGAT”.,
kata Tuan KRAFTMAN. Buktinya Ustaz-Ustaz KAGAT telah berjaya menundukkan arahan
dari 2 orang Menteri Pertahanan: SYED
HAMID & NAJIB agar
mereka menghentikan program-program berunsurkan pembentukan siasah ke arah
terlaksananya ISLAH/REFORMASI/Pembaharuan di dalam Organisasi ATM sesuai dengan
kehendak Islam. (Maklumat dari Auditorium KEMENTAH membuktikan bagaimana SYED
HAMID semasa menjadi Menteri Pertahanan dan kemudiannya NAJIB terpaksa keluar 1
jam lebih awal dari jadual asal Sessi Penerangan Bersama Ustaz-Ustaz KAGAT
setelah gagal meyakinkan mereka mengenai tuduhan salahlaku sexs SAUDARA ANWAR
IBRAHIM dan mengubah istiqomah mereka daripada perjuangan sebenar seorang
pendakwah Islam). Dakwa Abang MEJAR.
Namun
tidak pula bagi seorang Ustaz berpangkat Kapten dari Cawangan KAGAT IPDA.
Dia lebih redha memilih untuk bersama-sama BN/UMNO menempatkan dirinya
bersama Rejim MAHAFIRAUN. Sejarahnya begini:
pada 10 Jun 2000 (Hari Pilihanraya) lebih kurang jam 1030 pagi.
Ustaz yang dimaksudkan kelihatan berpakaian segak ala YB UMNO lengkap
bertatahkan lencana BN & RAIS YATIM telah menyertai Jentera Pilihanraya BN
bertugas sebagai Perayu Undi BN di Sekolah Tinggi Port Dickson. (1
kontena bukti menanti untuk didedahkan).
Kebebasan
memilih dalam Sistem Demokrasi adalah hak setiap Warganegara termasuk kita
Warga ATM. Namun sebagai seorang Muslim apatah lagi dengan kedudukannya sebagai
Ustaz KAGAT, adalah salah sekiranya beliau menyokong BN/UMNO yang jelas
melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip agama dan kemanusiaan
sejagat. Tidakkah dia sedar akan hakikat ini atau dia agenda lain, tambah Tuan
KRAFTMAN lagi.
Difahamkan
dia memang penyokong BN/UMNO yang setia. ‘Buddy-buddy’ RAIS YATIM semenjak dari Kolej lagi dan
pernah bersama-sama dalam PARTI MELAYU SEMANGAT 46. Menurut sumber terdekat dia
pernah ditawarkan untuk jadi orang JAKIM jika RAIS YATIM dapat jadi MB Negeri
Sembilan. Apa boleh buat ISA JE masih kekal jadi MB dan tak jadi posting ke Pusat, menurut Abang MEJAR.
Berbalik
kepada tuduhan pemimpin BN/UMNO confirm munafik. Bersama-sama ini disertakan
Keratan Akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 12 Mei 2000 yang dengan jelas
melaporkan petikan ucapan MAHATHIR dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000 dengan
jelas mengesahkan tuduhan ini. (Ini laporan akhbar rasmi UMNO – kalau HARAKAH
mungkin fitnah). Wahai Kapten Ustaz Syamsuddin Bin Munir, baliklah ke
pangkal jalan. PERBAH 38 turut ingin menyeru kalau ada di antara kita yang masih
di atas pagar, buatlah pendirian kalian sekarang. Sokong BA tolak BN.
Mengenai
Kapten Ustaz Syamsuddin ni, PERBAH 38 ingin
mencabar pimpinan tertinggi ATM mengenakan hukuman yang serupa sebagaimana
dikenakan ke atas seorang Pegawai dari IJED (Rujuk SIRI 10).
Tolong jangan amalkan sikap double
standard dalam hal sebegini. Perbuatannya sebagai Perayu Undi BN jauh
lebih melampau kerana dilakukan di khalayak ramai, jika dibandingkan dengan
perbuatan hanya menunjukkan jalan ke kediaman KOMANDAN PULAMOR.
Persoalan: Kenapa KOMANDAN PULAMOR yang beriya-iya
sangat nak main politik tak buat laporan pada Panglima Markas Latihan TD – Mej
Jen Dato’ Wahid mengadukan isu ini. Bukannya dia tak tahu, tapi sengaja
buat-buat tak tahu. Semua anggota IPDA bahkan Askar-Askar & Polis yang ada
di PD ini dah tahu yang Kapten Ustaz Syamsuddin Bin Munir adalah orang BN/UMNO
[Dulu … Kini … & Selamanya].
Mengapa
ada 2 set undang-undang diamalkan di negara ini. Satu untuk penyokong BN, satu
lagi untuk penyokong BA. Komandan PULAMOR pastinya ada agenda politik tertentu.
Difahamkan Komandan PULAMOR memang penyokong setia RAFIDAH AZIZ, dakwa Pranita
SITI NURHALIZA. Kalau tak masakan dia beria-ia menggatal nak buat laporan pada
Dato’ Wahid., tambahnya lagi. (Ini bukan fitnah sebab kita ada bukti).
Akhirkata Abang MEJAR menambah, Dato’ Wahid yang dah charge pegawai IJED tu mesti jugak dakwa dan charge Ustaz “atas kertas ini”. Kalau tidak dengan Dato’ Wahid pun kita orang dah tak hormat lagi. Susah tu. Oh ya, Mej Khairuddin Ibrahim dari IJED tidak dilupakan. Dia ni lagi dahsyat sampai bawak ISA JE, Sotinathan, Cikgu Saini dan orang-orang UMNO masuk bersantap di Mess IJED. Kerana apa ?. Nak lobby peruntukan RM10,000.00 untuk Kompleks Sukan IJED. Kenapa Komandan IJED tak buat laporan pada Dato’ Wahid mengenai hal ini ?. tambah Abang MEJAR sebelum mengakhiri perbualannya dengan KLUANGMAN.