CETUSAN MINDA WARGA A.T.M & P.D.R.M
Ahad 22 Rabiul Awal
1421H Bersamaan 25 Jun
2000 |
SIRI 10/2000
|
Harga: RM PERCUMA Dengan SYARAT DAPAT 1 FOTOSTAT 10 |
EDITOR: Leftenan KLUANGMAN
Ketua
Pegawai Eksekutif OPS 2004
|
PERBAH 38 kali ini ingin mengetengahkan isu penglibatan Warga
ATM dalam pertubuhan siasah atau parti politik. Bagi Warga ATM isu ini hangat
diperdebatkan seawal Rikrut hinggalah ke peringkat para Panglima. Situasi
menjadi semangkin hangat selepas 2 September 1998, tarikh pemecatan mantan TPM
– Saudara Anwar Ibrahim. Seorang pejuang yang terbukti komitmennya dalam
membela nasib serta kebajikan Warga ATM (digelarnya Orang Kampung), PDRM
(digelarnya Dato’-Dato’ Polis) dan
keseluruhan Kakitangan Awam berpangkat rendah serta rakyat termiskin seluruh
negara.
Telah sekian lama kita khususnya Warga ATM
dimomok-momokkan dengan arahan yang menyatakan bahawa anggota Tentera
‘diharamkan’ dari menyertai/menghadiri mana-mana aktiviti parti-parti politik.
Adalah tidak benar arahan sedemikian kerana Perintah Majlis Angkatan Tentera
(PMAT) Bilangan 11/74 dengan jelas menyebut bahawa “ anggota Tentera dibenarkan menyertai atau
menghadiri mana-mana aktiviti parti politik dengan syarat: tidak berpakaian
Rejimental Mufti (Uniform) dan di luar waktu bertugas “.
Persoalan yang mungkin timbul hari ini
adalah mengapa masih kedengaran beberapa Warga ATM yang disenarai-hitam dan
dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak-pihak tertentu kerana kononnya melanggar
arahan berpolitik. Menurut sumber yang dipetik dari Markas Latihan Tentera
Darat, hukuman yang dikenakan terhadap seorang Pegawai dari IJED sebagai
contoh, adalah bertentangan sama sekali dengan semangat yang tersirat dalam
PMAT di atas.
Hukuman yang dijatuhkan biar seringan mana
sekalipun disifatkan oleh sumber
berkenaan sebagai primitif, zalim dan tidak menghormati hak asasi Warga ATM.
Adakah dengan hanya membantu menunjukkan jalan kepada seorang pemimpin
BA/KeADILan yang ingin berkunjung ke kediaman Komandan PULAMOR semasa Kempen
Pilihanraya Kecil Telok Kemang baru lalu disabitkan dengan kesalahan sebegitu
berat sehingga hilang ‘seniority’ selama 6 bulan. Walhal semasa insiden
berlaku Pegawai terbabit tidak beruniform dan di luar waktu bertugas. Adakah
adil hukuman ini atau para pimpinan
atasan ATM punyai agenda politik tertentu.
Begitu juga dengan nasib yang menimpa 49
orang Skot-Skot kita (dari
LLP hinggalah ke Pegawai) yang dikenakan 2 hukuman, pertama oleh mahkamah awam
dan kedua oleh Court Marshall kerana
disabitkan kesalahan menyertai REFORMASI. Hakikatnya, bahawa REFORMASI
bukanlah siri keganasan sebagaimana yang diwar-warkan oleh media Rejim
MAHAFIRAUN sebaliknya hanyalah protes jalanan secara aman menuntut perubahan
sosial secara total terlaksana di negara ini setelah segenap ruang perbincangan
tertutup sama sekali. (Di negara ini orang yang ingin duduk semeja dengan
MAHATHIR mestilah sekepala dengannya. Mesti ‘angguk sokmo’ maknanya mesti
sokong UMNO/MCA/MIC. Penyokong
PAS/ADIL/DAP/PRM kirim salam sajalah).
Malangnya orang yang berhimpun secara aman
ini (termasuk 49 orang Skot-Skot kita) dianggap seperti komunis oleh Rejim
MAHAFIRAUN. Dengan memperkudakan
sahabat-sahabat kita dari PDRM, Rejim MAHAFIRAUN telah mengerah mereka melakukan
perkara-perkara luar batasan kemanusiaan seperti membelasah jemaah di dalam
Masjid Negara, Masjid Jamek KL & Masjid Kampung Bahru, menyembur gas
pemedih mata/memancut air asid ke arah orang awam, menahan tanpa bicara serta
mereka-reka pertuduhan yang bukan-bukan mengenai kegiatan subversif.
Lebih malang apabila pemerintah sendiri
menjatuhkan hukuman ke atas 49 orang Skot-Skot kita selepas mereka dibebaskan.
Tanpa prajudis sumber menyebut, pimpinan atasan ATM kini ‘dipegang telurnya’
oleh Rejim BN/UMNO. Hukuman yang dijatuhkan jelas telah membunuh jatidiri,
keberanian serta kesanggupan berkorban dan semangat setiakawan yang ditanam ke
dalam setiap insan bergelar Tentera seawal mereka menjejakkan kaki ke PUSASDA,
PUSWATAN atau MTD. Bila ke Port Dickson cuba lihat cogankata PUSASDA, (PUSAT
LATIHAN ASAS TENTERA DARAT – TEMPAT LAHIRNYA PAHLAWAN) bukan Mak Nyah. Kenapa
para Panglima menjadi begitu bacul berdepan dengan politikus murahan BN/UMNO
ini ?.
Sumber menambah, PAT sendiri pada
Pilihanraya Umum Ke 10 – 1999 lalu
jelas confirm menyokong perjuangan BARISAN ALTERNATIF.
Namun apa dah jadi bila keseluruhan Undi Pos dari Kem KEMENTAH di Parlimen
Wangsa Maju dimanipulasi oleh SPR atas titah perintah MAHAFIRAUN ?. Ke manakah
keberanian PAT dalam mempertahankan amanah anak-anak buahnya yang majoriti
memangkah BA dalam Pilihanraya itu ?. Tidakkah ini pembelotan semangat
kepanglimaan dan kepahlawanan namanya.
Apa pula respons PAT bila RAFIDAH AZIZ
bila buat kali kedua menghina maruah Warga ATM melalui kenyataannya di Dewan
Rakyat semasa Kak Wan Azizah membentangkan Usul GAJI MINIMUM bulan Mac lalu. “Tentera & Polis tidak produktif
kepada negara”. Masih ingatkah PAT
pada hinaan pertamanya dahulu iaitu: “Macam mana Kerajaan nak luluskan
permohonan gaji lebih Askar & Polis. Mereka tu bukannya pandai sangat –
setakat Darjah 6 aje. Askar & Polis ini kerja menghabiskan beras aje”.
(Kenyataan paling bangsat pernah RAFIDAH AZIZ keluarkan semasa Perhimpunan
Agung UMNO 1985).
Artikel ini bukan bertujuan membakar PAT
atau mana-mana individu melakukan sesuatu di luar jangkaan akal, ambil contoh
melakukan REVOLUSI. Hanya satu ingatan ikhlas bahawa ATM hari ini telah reput
maruah dan hilang harga dirinya. “Come on PAT lakukan sesuatu. Saudara dilihat masih
punya semangat kepanglimaan. Kami bukanlah sampai membuat permintaan yang
bukan-bukan. Jauh sekali menuntut perwakilan Tentera di Parlimen. Hanya yang
kami perlu adalah sedikit keberanian Saudara dalam membina semula imej
serta maruah ATM. Politik perlu bagi Warga ATM (sebab tu PMAT 11/74
membenarkan) kerana Parti RAFIDAH AZIZ tak mungkin memperjuangkan nasib
Warga ATM. Siapa lagi nak merobah kalau bulan kita sendiri. (Surah ArRad Ayat
11). Saudara perlu berani menyatakan yang hak dan menentang kezaliman walaupun
ianya amatlah berat. Perkara itu ada pada Saudara dan tolonglah lakukannya
untuk kami.
“BN/UMNO khususnya NAJIB yang dah ‘miang’ dengan keputusan Undi Pos di Telok Kemang
diingatkan jangan cuba membuat pindaan atau menarik balik PMAT 11/74. Jangan sampai desas-desus terdapatnya
beberapa kumpulan dalam ATM merancang untuk melakukan apa yang disebut sebagai
REVOLUSI menjadi realiti. Kalau tidak masakan RANCON (2 hari sebelum
Pilihanraya Kecil Sanggang) keluar
isyarat di kaca TV, Pelik Bin Ajaib tak pernah berlaku sebelum ini. PAT wajib
bertanggungjawab sekiranya pindaan terhadap PMAT ini terjadi.” tambah sumber
berkenaan sebelum mengakhiri perbualannya dengan KLUANGMAN. Wallahualam.