DAP usah bermain api!

    Isu 17 tuntutan Suqiu yang mengandungi 83 perkara kini semakin panas. Darjah kepanasan isu ini menjadi bertambah tinggi apabila GPMS memberikan amaran kepada Suqiu untuk menarik kembali tuntutan mereka dalam tempoh sebulan. Jika tidak GPMS akan mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat Melayu yang pastinya akan mengegarkan persada politik tanahair. Bertambah-tambah panas pula apabila DAP menyokong tuntutan suqiu.

    Ironisnya bagi BA, tanpa di sedari ataupun dalam separuh sedar kita dapat melihat DAP mengambil langkah menyokong seratus-peratus tuntutan suqiu ini. Menerusi satu kenyataan media semalam, Lim Kit Siang menyebut - "DAP had declared its support for the 17-point Suqiu Demands because they do not violate the entrenched constitutional sensitive positions and are in line with Vision 2020 and Bangsa Malaysia concept."

    Langkah DAP menyokong tuntutan suqiu ini sebenarnya amat mengguris perasaan setiap jiwa yang bergelar Melayu. Dengan kata lain DAP sebenarnya sedang cuba bermain api dengan Melayu. DAP seolah-olah sengaja melupakan sejarah bahawa tanah tumpah darah ini adalah tanah orang-orang Melayu. Kaum cina hanyalah bertaraf "pendatang asing" yang datang merempat ke Tanah Melayu pada kurun ke-19.

    Dan bagi penyokong dan pendokong BA, langkah songsang DAP ini jelas amat bercanggah dengan manifesto bersama yang telahpun di persetujui dan telahpun di tandatangani oleh parti-parti komponen BA.

    Biar saya turunkan kembali antara isi kandungan manifesto bersama tersebut:

    ---
    Janji Kami

    Dalam memperjuangkan cita-cita melahirkan negara Malaysia yang adil dengan nilai-nilai akhlak yang luhur, kita menghormati prinsip-prinsip asasi Perlembagaan Malaysia, iaitu:

    • Kedaulatan perlembagaan;
    • Raja berperlembagaan;
    • Demokrasi berparlimen;
    • Hak-hak kebebasan asasi;
    • Keluhuran undang-undang;
    • Kebebasan kehakiman;
    • Hak dan tanggungjawab kewarganegaraaan;
    • Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan prinsip kebebasan beragama;
    • Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rasmi, dan hak menggunakan dan mempelajari bahasa-bahasa lain;
    • Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah, kaum-kaum lain; dan
    • Sistem pemerintahan persekutuan yang memenuhi tanggungjawabnya, di mana kedudukan istimewa negeri Sabah dan Sarawak dilindungi dan dihormati.
    ---

    Demikianlah janji yang telah di persetujui oleh DAP di dalam manifesto tersebut. Malangnya DAP telah melanggar janji yang di perbuat di dalam manifesto bersama tersebut dengan menyokong tuntutan suqiu. Kenapa saya katakan DAP melanggar janji?

    Mari kita lihat antara beberapa tuntutan suqiu yang langsung tidak menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia. Sokongan DAP terhadap tuntutan suqiu ini jelas memperlihatkan kontradiksi dengan janji yang di persetujui oleh DAP di dalam manifesto bersama tersebut:

    ---
    Tuntutan 1. Menggalakkan Perpaduan Negara

    • Mengambil langkah untuk memansuhkan pembezaan antara "bumiputera / bukan bumiputera" dalam semua bidang.

    Tuntutan 7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang Progresif dan Liberal

    • Hapuskan sistem kuota untuk kemasukkan universiti.

    Tuntutan 8. Galakkan Perkembangan Pelbagai Kebudayaan

    • Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam hal penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media rasmi.

    ---
    Saya percaya ramai sebenarnya ahli DAP yang tidak seberapa mengambil tahu ataupun mungkin juga sengaja purak-purak tidak tahu sejarah tuntutan Suqiu ini. Lalu akibatnya DAP terperangkap di celah-celah tekanan dari BN dan BA. Jika DAP sengaja purak-purak tidak tahu lalu dengan sengaja pula melanggar janji yang telah mereka meterai di dalam manifesto bersama, maka tunggulah penghakiman yang akan di buat oleh rakyat. Kelak DAP hanya akan di anggap mengeluarkan manifesto apabila tiba pilihanraya sahaja. Tetapi sesudah pilihanraya DAP akan melanggar manifesto mereka.

    Ingin saya memperingatkan DAP bahawa orang-orang Melayu yang partisan mahupun non-partisan tetap akan mempertahankan bumi pertiwi ini dari sebarang anasir-anasir kerenah "pendatang asing" kurun ke-19.

    Orang-orang Melayu baik dari keturunan Banjar, Jawa, Bugis, dan lain-lain sanggup bermandi darah jika terdapat anasir yang cuba mengganggu gugat agama Islam dan ketuanan Melayu di bumi pertiwi ini. Demi mempertahankan kedaulatan agama Islam serta ketuanan Melayu, orang-orang Melayu akan bangkit bersatu biarpun nyawa bercerai badan.

    Justeru usahlah DAP cuba bermain dengan api. Tinggalkan cita-cita untuk memperkotak-katikkan kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu di bumi Melayu ini.