No. Rujukan                :           HEP-100(BPK/AA/01)

Tarikh                          :           12 April 2001

 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  

Timbalan Perdana Menteri merangkap

Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Dato’ Onn,
50546 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2309344
Fax : 03-26936122
E-mail : irg@kdn.gov.my

 

Datuk Seri

MAHASISWA UiTM MENGUTUK PENGUNAAN ISA

 

Sukacitanya perkara di atas dirujuk.

 

Mahasiswa UiTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan diluar kebiasaan pihak polis yang menahan beberapa pemimpin parti politik Malaysia dan aktivis reformasi mulai 10 April 2001 dibawah akta drakonian  ISA yang juga turut dipraktikkan di negara Israel dan Singapura.

 

Fenomena terkini ini memperlihatkan sikap desprado pemimpin kerajaan yang gementar dengan kemaraan kebangkitan rakyat yang mahukan reformasi tulen terhadap kepimpinan negara yang dipercayai sedang rakus merompak dana rakyat dan kami yakin ISA bagi mereka adalah alat yang paling efektif dalam usaha  menahan kemaraan gelombang mega ini.

 

Justeru itu, kami mahasiswa UiTM yang cintakan kemuliaan maruah insan mendesak kepada Menteri Dalam Negeri agar :

 

1.      Bertanggungjawab terhadap sebarang keselamatan tahanan semasa mereka berada dalam tahanan ISA.

2.      Segera membebaskan mereka yang ditahan atau dakwa mereka ke mahkamah yang telus sekiranya mempunyai bukti ancamannya kepada keselamatan negara.

3.      Mengizinkan keluarga, peguam dan pegawai perubatan berurusan dengan tahanan selari dengan kebenaran hak asasi dunia.

4.      Menghentikan penggunaan ISA dengan objektif untuk melumpuhkan musuh politik daripada parti yang tidak selari dengan parti pemerintah.

 

 

Akhir sekali mahsiswa UiTM yang mendukung nilai demokrasi bertekad akan memastikan perjuangan rakyat untuk menikmati hak asasi manusia tetap diteruskan walaupun dihadiahkan dengan bahana ISA yang amat kejam dan zalim. Dalam persoalan ini mahasiswa UiTM tidak akan berganjak untuk bersama-sama dengan rakyat menuntut kebebasan sejati.

 

Sekian, salam kebebasan untuk rakyat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang benar

 

 

 


AZARIZAL AHMAD

Pengerusi

Biro Kemudahan dan Penempatan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Universiti Teknologi MARA

 

Tel       :           03-55164037

E-Mail :           alrazi7@yahoo.com

 

 

s.k                    Perdana Menteri Malaysia

 

                        Menteri Pendidikan Malaysia

 

                        Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 1

 

                        Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

 

                        Pengerusi SUHAKAM

 

                        Naib Canselor UiTM

 

Timbalan Naib Canselor

                                    Hal Ehwal Pelajar

 

Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Akademik

 

Timbalan Naib Canselor HEP

Perancangan dan Pembangunan

 

Penolong Naib Canselor

Hal Ehwal Pelajar

 

Exco-Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

 

Presiden Persatuan Dalaman UiTM

 

Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej

 

Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Cawangan-cawangan UiTM

 

                        Fail