Salam reformasi semua rakyat Malaysia.
Pada hari ini saya dapat menengok suatu perubahan positif pada sedikit sebanyak orang Melayu. Saya merasa terpanggil diri saya untuk menulis satu artikel setelah membaca beberapa comments dari banyak pihak.
Isu tuntutan suqiu ini saya tengok sudah di bahaskan oleh banyak pihak. Kerajaan membahaskannya dan pembangkang juga membahaskannya. Baguslah kalau ada perbahasan.
Saya merasa hairanlah bila ada orang menolak tuntutan suqiu. Cuba baca betul-betul apa yang suqiu tuntut. Suqiu mahukan rasuah, cronisme, kezaliman di hapuskan. Tuntutan suqiu ini tally dengan reformasi yang di sokong oleh orang Melayu. Jadi kenapa masih ada orang tolak suqiu?
Orang yang menolak tuntutan suqiu mesti kena membaca balik apa yang suqiu tuntut. Kalau orang Melayu yang baca mungkin mereka kecewa dengan beberapa tuntutan suqiu yang Melayu rasa tidak adil. Tetapi marilah kita bahas isu tuntutan ini.
Memanglah benar sudut keadilan itu mesti di tengok dari persamaan hak sama rata antara semua kaum. Apabila kaum bumiputera dan kaum non-bumiputera di berikan hak yang sama adil dan samarata barulah itu namanya keadilan. Tidak macam sekarang ini di mana kuota ke university habis di monopoli oleh kaum bumiputera terutamanya Melayu sahaja. Pada pandangan peribadi saya pula kota ke university sepatutnya tidak wujud. Yang sepatutnya ialah siapa yang pandai dialah yang dapat masuk university tanpa mengira kaum apa dia itu.
Di dalam sector kerajaan pula saya juga bersetuju jika di mansuhkan peratus kakitangan kerajaan yang mestilah bumiputera. Sebenarnya orang Cina juga pandai mengurus. Cuba lihat dengan teliti bagaimana orang Cina menguruskan company mereka. Jadi jangan fikir orang Cina tidak pandai mengurus kerajaan.
Mengenai tuntutan Suqiu mengenai hak sama rata di dalam penyebaran agama menerusi media itu pula saya tidak berani comments. Saya tahu orang islam di negara ini sensitif dengan perkara ini. Lihat sahaja bila ada orang mengajar agama mereka kepada orang islam tentu orang islam akan mengamuk. Tetapi yang di tuntut oleh Suqiu itu sebenarnya bukannya penyebaran agama kepada individu tertentu.
Tetapi pihak Suqiu menuntut supaya semua agama di berikan peluang yang sama rata agar mereka boleh menyebarkan agama mereka menerusi media seperti telivision, paper. Sebenarnya tidak adil jika hanya ajaran agama islam sahaja yang boleh keluar telivision. Sebab itu pihak suqiu menuntut perkara ini.
Mengenai tuntutan suqiu mengenai bahasa pula saya rasa suqiu tidak perlu sangat menuntut perkara ini. Sebab saya tengok di negara ini bahasa Melayu memang tidak berapa di gunakan di dalam mana-mana event. Jadi saya minta suqiu tarik baliklah tuntutan mengenai bahasa. Kalau tak percaya boleh pergi tengok hotel. Cuba tengok event di sana semuanya menggunakan bahasa inggeris. Cuba juga tengok di mahkamah. Mana ada guna bahasa melayu. Tetapi ini pandangan peribadi saya sahaja. Kalau suqiu mahu menuntut isu bahasa juga itu adalah hak mereka.
Saya rasa itu sahajalah yang saya bahaskan.
Swee Seng Yap
yapss@lovemail.com