KOMENTAR
8.50pm 5 Nov 2000
SUMBER TIDAK RESMI MENGATAKAN HAMPIR 100 ORANG DI TAHAN SEMASA PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT
Maklumat belum di sahkan lagi mengatakan angka
tangkapan atau penahanan polis hampir menjejaki 100 orang. Wakil Komentar
sedang berusaha untuk mendapatkan nama-nama mereka yang di tahan. Turut
dimaklumkan bahawa kekejaman FRU/PGA dan POLIS juga dilapurkan. Pemukulan
setelah ditangkap masih berlaku dan yang paling nyata hampir 300 orang yang
berada di jejantas TOL KEMUNING nampak bagaiman 5 orang anggota PGA membelasah
1 orang rakyat walaupun rakyat tersebut sudah ditangkap.
Kekejaman ini berlarutan seolah-olah mereka tidak
langsung mempunyai nilai kemanusian. Mereka bukan penjenayah dan tidak
sekalipun REFORMASI bertindak ganas pada POLI /FRU dan PGA.
Komentar di maklumkan bahawa senarai nama mereka yang
ditahan akan dapat diketahui pada sekitar jam 11.00 malan nanti. Sila layari
Komentar untuk keterangan lanjut.
Komentar