Salam Reformasi,

 

ZAINUR ZAKARIA DAN SAYA

 

Terlebih dahulu Komentar mengucapkan tahniah atas perlantikkan Sdr Zainur Zakaria ke jawatan Naib Presiden bagi menggantikan Pn Marina Yusoff. Perlantikkan Zainur Zakaria walau bagaimana pun bagi Komentar bukanlah satu perlantikkan yang berpandukan kepada kecemerlangan kepimpinan beliau sebagai Ketua Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan. Perlantikkan beliau lebih berpandukan kepada perkhidmatan beliau serta sokongan beliau dalam barisan peguam Sdr Anwar Ibrahim. Kepimpinan Zainur Zakaria di Kuala Lumpur lebih dibayangi oleh Sdr Anuar Tahir  Senario perpecahan keADILan Wilayah Persekutuan juga menjadi sejarah catatan kepimpinan Zainur Zakaria. Sungguhpun begitu Komentar percaya ketiadaan unsur atau bayangan Anuar Tahir mungkin dapat memberi senario kepimpinan yang berbeza. Andainya tidak maka sekali lagi kita akan berhadapan dengan pengaruh dan mainan politik lebihan dalam keADILan. Komentar percaya bahawa artikel seperti ini akan menyebabkan beberapa kemarahan dari mereka yang tidak mengetahui senario sebenarnya dalam parti. Walau apa pun peluang harus diberi kepada Sdr Zainur Zakaria. Andai beliau masih dibawah bayangan beberapa kerat mereka yang beragenda politik melebihi agenda perjuangan.

 

Komentar