Oleh Ummu Natasya

 

Yahaya Ismail di Alor Setar

 

SEHARI dua ini, ada kawan-kawan yang pro reformasi ternampak kelibat Yahaya Ismail di Alor Setar.

Dia sentiasa ditemani budak Kahar yang pernah menjadi stringers Warta Perdana.

Khabarnya, dia ke Alor Setar kerana menghantar naskhah Akhbar Bebas yang sudah menyiarkan tulisannya dengan pelbagai nama samaran memuji, memuja dan menyanjung kehebatan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain.

Di pejabat Menteri Besar, Yahaya khabarnya dilayan cukup mesra oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Abd Wahab Din yang terlalu berkeyakinan tulisan Yahaya mampu memperbetulkan cerita-cerita buruk mengenai Syed Razak seperti yang tertulis dalam beberapa siri surat layang.

Cukup seronok Yahaya bila dia menerima upah RM20 ribu dari Syed Razak dan khabarnya ada lagi pembayaran akan dibuat jika Yahaya sanggup menulis, menyintuk limau dan perasap kemenyan untuk mengharumkan nama Syed Razak di mata Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zaindudin.

Syed Razak dan kakitangan pejabat Menteri Besar kononnya terpegun dengan cerita Yahaya kononnya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan merupakan pembaca tetap akhbar Bebas.

Maknanya, mesej yang hendak disampaikan oleh Syed Razak sampai kepada Dr. Mahathir dan Daim melalui tulisan Yahaya yang tersiar dalam akhbar Bebas.

Dalam masa yang sama, Yahaya menyusun kata-kata indah untuk meminta wang upah dari Syed Razak dan kroni-kroni Menteri Besar yang sudah mula bimbang kerana serangan surat layang.

Cerita Syed Razak sering melayan rakyat kebanyakkan diperbesar-besarkan tetapi kesan daripada layanannya itu tidak langsung mendatangkan apa-apa faedah kepada pembangunan material dan pembangunan ummah di Kedah.

Umno menjadi semakin lemah di tangan Syed Razak tetapi Syed Razak ingin mencipta rekod sebagai Menteri Besar paling mudah dihubungi dan ditemui.

Dilema yang Syed Razak dakap sekarang ialah soal dia tidak mampu menjadi pentadbir dan perancang yang baik.

Maka, dia perlu melakukan sesuatu yang dapat mengalih perhatian umum terhadap kelemahannya itu.

Maka, Yahaya digunakan untuk menyintuk limau tubuh badan dan politik Syed Razak tetapi mereka (Syed Razak dan kroni-kroninya) tidak sedar siapa sebenarnya Yahaya Ismail.

Tengku Razaleigh Hamzah, Dato’ Ibrahim Ali, Hajah Marina Yusoff dan beberapa bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 sudah tahu benar siapa Yahaya dan cara mana dia hidup dengan dunia penulisannya.

Dia akan mulakan dengan menghentam seseorang dan kemudiannya dia akan mencari jalan untuk bertemu dengan orang itu, secara terus atau melalui wakil. Kemudiannya dia akan meletakkan harga berapa harus dibayar untuk ditulis semula “dengan semangat menyintuk limau” orang-orang politik itu.

Penulis upahan seperti Yahaya ini tidak bermoral dan dia betul-betul kenyang dengan upah yang diterima dari Tun Daim, Dato’ Mustapa Mohamed dan seorang dua lagi bagi menulis buku-buku membelasah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bukunya tidak laku tetapi dia “ada wang” dari sumber sponsor.

Sesiapa yang ada buku-buku tulisan Yahaya, bolehlah buka da baca balik. Yahaya boleh dikenali dengan meneliti tulisan-tulisannya tetapi usah beli akhbar terbitannya kerana penuh dengan fitnah, laga melaga dan omongan kosong yang bertujuan “meminta wang upah” dari seseorang.

Setakat ini, Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad menjadi sasarannya. Tengok selepas ini, apakah Najib dan Isa akan dipujinya pula? Jika itu berlaku bermakna “sudah ada kira-kira lah tu.”