Oleh Ummu Natasya

 

Yahaya Ismail Penulis Upahan

 

PENULIS upahan terkemuka tanahair, Yahaya Ismail sudah menampakkan belangnya. Dalam akhbar Bebas terbitan terbaru syarikatnya, Usaha Teguh Sdn. Bhd. Yahaya memuji-muji Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain.

Kononnya, Syed Razak ini cukup bagus dilantik menjadi Menteri Besar kerana dia lebih baik dari Tan Sri Osman Aroff dan Tan Sri Sanusi Junid.

Dulu, Yahaya juga yang menulis buku memuji-muji Dr. Mahathir dan Osman Aroff dan meminta-minta supaya Exco-exco Kedah membelinya dalam bentuk pukal. Bila Sanusi jemput dia makan bersama dan dapat habuan, dia puji Sanusi bagi nak rak. Dia kata Sanusi seorang Menteri Besar yang mempunyai idea luar biasa dengan kepalanya yang berkilat dalam kilau.

Berapa pula Syed Razak ‘kena’ dengan Yahaya kali ini. Mustahil Yahaya boleh memuji Syed Razak tanpa sebab. Di samping puji Syed Razak, Yahaya membelasah Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin, bekas Exco yang tewas di DUN Anak Bukit.

Inilah Yahaya Ismail. Dia menulis kerana diupah. Dulu, dia memuji-muja Tengku Razaleigh Hamzah dan membelasah Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bila Dato’ Mustapa Mohamed dan Tun Daim bagi dia duit, dia mula puji Dr. Mahathir dan membelasah Tengku Razaleigh.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga merupakan tokoh yang menjadi sasarannya. Sebabnya mudah kerana Dato’ Seri Anwar tidak mahu melayan manusia opoturnis seperti Yahaya ini. Dia menadah tangan dengan ugutan. Dia menulis kerana upah dan tidak peduli dosa atau pahala.

Sama-sama kita tunggu, selepas habis duit yang Syed Razak bagi, Yahaya nak puji siapa pula. Kali ini ada juga nampak dia membelasah Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kalau tiba-tiba dia berubah dari membelasah kepada memuji Najib bermakna “sudah ada kira-kiralah tu”.

Semua penulis dan pemimpin yang pernah berkawan dengan Yahaya tahu perangai manusia ini. Dia akan gunakan kawan-kawan yang rapat dengan mana-mana Menteri Besar untuk melobi bagi pihak dirinya. Dia akan menyusun kata-kata “sintuk limau dan super dahsyat” untuk menyakinkan seseorang supaya memberi dia upah untuk menulis sesuatu yang memuji-muji dan menjilat-jilat.

Kawan-kawan yang pro reformasi di Pejabat Menteri Besar Kedah harap dapat bantu beri maklumat, berapakah jumpah wang yang Syed Razak sudah habiskan untuk mengupah Yahaya. Beritahu kepada semua laman reformasi untuk pengetahuan umum. Sekat langkah Yahaya Ismail ini dari terus menerus menabur fitnah. Orang seperti Yahaya ini suka buat fitnah dan menabur fitnah seperti makan kacing goreng (bagi orang yang ada gigi).

Bertanyalah dengan sesiapa yang pernah kena belasah dengan Yahaya, tentu ada wakil Yahaya datang meminta “upah” untuk memujinya balik. Nanti Yahaya akan tulis dalam bukunya (atau suratkhabarnya) bahawa “sebagai penulis kenalah berubah mengikut keadaan. Penulis tidak boleh beku dan tidak boleh kaku. Kena berubah” mengikut upah… ya upah.

Dengar-dengar khabar, Yahaya sedang berusaha menyambung perbincangan menemui Dato’ Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Dulu, bila dia nak jumpa Ghani, Ghani hantar dia berunding dengan Dr. Latiff… yang kini jadi Timbalan Menteri Sumber Manusia. Yahaya kecewa kerana Dr. Latiff tidak “positif” dalam bab upah dan menyebabkan Yahaya cuba ikut “pintu belakang” nak jumpa Ghani sendiri. Kawan-kawan di pejabat Menteri Besar Johor perlu pasang telinga dan dengar-dengar kalau ada temujanji antara Yahaya dengan Dato’ Ghani. Beritahulah…. Laman Reformasi tentunya memerlukan maklumat itu. (4)