Saya dan rakan rakan di WR sempat membuat tinjauan sekitar Kuala Lumpur untuk melihat apa yang berlaku sekitar program Demo Petang Sabtu (DPS) yang di anjur dan di hebahkan di laman laman web reformasi. Ternyata bukan tiada sambutan malah ramai reformis yang hadir tetapi gerak geri mereka terbatas dengan kehadiran ANJING ANJING KURAP yang tidak kurang ramai yang menyertai DPS ini.

Saya dan rakan menaiki sebuah kereta menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman KL. Beberapa kami kami bergerak perlahan melalui jalan jalan sekitar itu. Nampaknya tidak ada yang berani memulakan demo ini padahal ramai rakan rakan kita yang sering kelihatan selalu menghadiri demo demo lain.

Kereta kereta yang menampal sticker sticker reformasi dan bendera bendera Barisan Alternatif di kenderaan masing masing tidak kurang banyaknya. Kami hanya boleh berpandangan sesama sendiri selain mengangkat lampu tinggi. Mereka yang hadir hanya mampu tersenyum dan memikirkan adakah akan berlakunya DPS petang ini?

Kemudian saya memasuki Jalan Dangwangi dan meletakkan kereta di tempat parking berhadapan Cambel. Kami keluar dari kereta untuk melihat dari dekat di sekitar kawasan itu. Keluar dari kereta sahaja sebuah kereta kancil yang penuh sticker reformasi lalu dan saya mengangkat tangan sahaja. Mereka di dalam kereta hanya melemparkan senyuman perjuangan kepada kami. Kami melintas menuju ke Cambel.

Ternyata kami tidak bersendirian. Sepupu rakan saya di WR sudah menanti di hadapan Cambel. Kami berteguran dan hanya menunggu di situ untuk beberapa ketika. Kelihatan ramai polis dan SB berkeliaran seperti ANJING ANJING KURAP yang kelaparan di lorong lorong kecil.

Kami berbual bual tentang masa depan DPS ini. Adakah DPS ini akan di sambut setiap minggu sehingga 14 April ini? (Black 14) yang kebetulan jatuh pada hari Sabtu juga. Saya sempat berhubung dengan saudara Lokman melalui telefon. Setelah berborak panjang dengannya malam tadi. Rupa rupanya Lokman dan rakan rakan sudah berada di JB untuk kempen selamatkan wang rakyat peringkat negeri Johor. Kami hanya bertanya suasana di kedua dua kawasan ini. Di KL saya beritahu ramai reformis yang hadir tetapi tidak ada yang berani memulakan laungan keramat ini.

Sedang kami berborak, rakan yang duduk di sebelah saya bertanyakan sesuatu kepada saya. "Petang ini ada reformasi ke?" Saya pura pura tidak tahu apa apa. Saya bertanya kembali kepadanya. "Ya ke? Mana kamu tahu?" Dia katakan dia pergi ke Shah Alam semalam semasa laporan polis di buat bersama Sdr Ezam dan katanya lagi beliau mendapat maklumat di Taman Melewar semasa ceramah ceramah di adakan. Reformis juga dia ini rupanya.

Kemudian saya dan rakan berpecah. Saya dan rakan memulakan perjalanan melalui pasar malam TAR dan pusing melalui jalan besar. Ramai kenalan reformis yang kelihatan. Termasuklah unit unit amal yang sering kami lihat di Taman Melewar. Tidak kurang juga ANJING ANJING KURAP mahathir turut ramai berkeliaran dari yang memakai uniform sehinggalah yang memakai baju biasa. Memang ternyata petang itu ramai orang di Jalan TAR.

Mungkin tak seramai hari Sabtu biasa. Mungkin juga mereka ingin membeli belah untuk menghadapi sambutan hari raya Aidil Adha minggu depan. Mungkin juga reformis reformis yang sengaja mengabui mata ANJING ANJING KURAP yang ternyata bodoh mengikut arahan tuannya yang hanya mahu memenuhkan poket mereka dengan wang rakyat.

Rasanya setakat ini sahaja sedikit catatan yang dapat saya tulis untuk tatapan reformis reformis cyber. Semoga kita jumpa lagi di DPS DPS yang akan datang sehinggalah mahathir dapat di jatuhkan dan DSAI dapat di bebaskan. Dan saya menyeru reformis reformis marilah kita jayakan DPS ini sehingga kezaliman dapat kita tentang habis habisan.

Kami di laman WebReformis juga menjemput pimpinan muda kita turut serta dalam DPS ini. Turun sebagai rakyat biasa. Sudah tentu reformis reformis kita akan lebih bersemangat. Pedulikan ANJING ANJING KURAP ini. Suatu hari nanti mereka akan tahu dan Allah akan menunjukkan kebenarannya. Jangan marah kerana panggilan ANJING KURAP ini kami gunakan untuk kamu wahai ANJING ANJING KURAP. Selagi kamu membuat kami seperti BINATANG, selagi itu kami akan menggelarkan kamu ANJING ANJING suruhan mahathir. Faham?

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh reformis yang menyambutnya. Kami juga ingin memberitahu laman WebReformis ( www.webreformis.cjb.net ) akan di kemaskini seperti biasa menjelang perayaan hari raya korban ini. Kami sentiasa menyalurkan terkini terus kepada anda para reformis cyber.

Kami di WR juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban ini kepada pimpinan pimpinan Barisan Alternatif kita terutamanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga. Teruskan perjuangan ini. Kami reformis tetap setia di belakang kamu wahai pimpinan BA. Lawan tetap lawan! Lawan sampai menang.

ze elias Sabtu 3/3/2001 10.30 pm

Hidup Mahasiswa!