SAH PUTRAJAYA SEBAGAI WP KE3

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEDANG BERLANGSUNG


Saat ini 10.40 pagi, 7 hb Nov 2000, sedang berlangsung upacara menandatangani perjanjian penyerahan
Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Rakyat sedang memerhatikan dan menyaksikan peristiwa bersejarah ini dengan berbagai tandatanya dan
persoalan bagaimana proses penyerahan ini berlaku dengan begitu mudah dan tanpa diketahui atau
diumum kepada rakyat khususnya rakyat negeri Selangor sebelumnya. Dengan ertikata pengumuman itu
seharusnya terlebih dahulu melalui satu perbahasan di sidang DUN Negeri kemudian dihebahkan melalui
wakil-wakil DUN masing-masing dan juga media masa.

Apa yang diperhatikan bagaimana proses perjanjian ini berlaku adalah di antara YDP Agong Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah mewakili Kerajaan Persekutuan bersama anakanda beliau sendiri YTM
Tengku Idris Shah, Pemangku Sultan Negeri Selangor. Manakala perjanjian ini disaksikan oleh Mahathir
bagi pihak Kerajaan Persekutuan bersama Mohd Khir Toyo  bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Apa yang menjadi persoalannya adalah, apakah tidak mungkin proses perjanjian yang sedemikian rupa
merupakan stratergi politik licik UMNO/BN dengan bertujuan untuk mengelak tekanan dan protes terbuka
rakyat Negeri Selangor??? Dengan itu rakyat Negeri Selangor yang mempertikai penyerahan Putrajaya ini
dianggap dan di dakwa sebagai 'derhaka' atau 'engkar' kepada YDP Agong dan Sultan Negeri sendiri???
Tahniah! Kerajaan UMNO/BN Selangor pimpinan Mohd Khir Toyo kerana telah berjaya 'membohongi'
rakyat sendiri dengan berselindungkan kuasa Istana untuk 'membuktikan' kesetiaan tanpa berbelah
baginya kepada Si Mahathir yang angkuh dan zalim itu!!!!

Kita tunggu reaksi wakil-wakil rakyat DUN Selangor dan Wakil-wakil Parlimen di Dewan Rakyat yang
dijangka bersidang buat masa terdekat ini bagi membahaskannya??? TAPI, RAKYAT TERFIKIR
SEJENAK...APALAH ERTI SEBUAH PERBAHASAN , SEDANG PERJANJIAN TELAH DIPERSETUJUI DAN
DIMETRAI??????

Sunan Kalijogo
7 Nov 2000