Kejayaan Lef.Jen. Datuk Seri Zaini Mohd Said membolot anugerah aktor terbaik di dalam filem Sauk The Legend sekaligus mengenepikan calon favourite, Tan Sri Norian Mai telah mengejutkan ramai pihak.

Aksi hebat beliau ketika bertempur tanpa senjata dengan ketua kumpulan Al Ma'unah, Mohd Amin Mohd Razali dan para pengikutnya selama 10 minit lebih mencuri tumpuan dan sehingga kini masih lagi menjadi misteri. Persoalan berkisar kepada jurus apakah yang telah digunakan oleh beliau dan mengapa tiada seorangpun  anggota kumpulan Al Ma'unah yang cuba membantu Mohd Amin sedangkan mereka lengkap bersenjata.

Hakikatnya Lef. Jen. Zaini telah dijulang sebagai wira Sauk dan serta merta kehidupan bintang celebriti ini telah berubah.Beliau telah dianugerahkan anugerah kebesaran Datuk oleh Sultan Johor dan Datuk Seri oleh Sultan Perak.Maka bertambah glamourlah kehidupannya melebihi status seorang Perdana Menteri dan VIP yang lain.

Namun begitu, publisiti yang berlebihan yang telah diberikan kepada beliau telah menyebabkannya besar kepala dan semakin angkuh.Selaku seorang ahli politik terulung,Lef.Jen.Zaini bertindak mengecam pihak pembangkang kerana menuduh insiden di Sauk adalah sandiwara UMNO.Adalah relevan bagi beliau untuk menutup mulutnya dahulu dan menunggu sehingga Suruhanjaya Bebas yang telah ditubuhkan mengemukakan laporan hasil siasatan krisis rampasan senjata di Sauk.

Kesilapan beliau ini telah menjejaskan imejnya sebagai seorang panglima tentera darat yang berwibawa kerana akan timbul persepsi bahawa beliau sengaja membiarkan dirinya dijadikan lauk bagi menyelamatkan kedudukan para pemimpin UMNO yang pada mulanya semakin tertekan dan nyawa-nyawa ikan.Apakah beliau cuba mengukur pengaruhnya di arena politik tanahair?

Jika benar, lebih baik Lef. Jen. Zaini menanggalkan uniformnya dan menceburkan diri ke dalam arena politik sekiranya berminat untuk memerintah negara. Siapa tahu wira Sauk lebih hebat daripada Wira Dunia ke 3.