WIRA ATAU PENDERHAKA NEGARA ……..???

Dalam negara yang berbilang kaum dan keturunan….kita sebagai rakyat dan bangsa Malaysia yang berbagai anutan agama, patut merasa berbangga kerana memiliki seorang pemimpin yang ditabalkan sebagai wira dunia ke 3. Sesungguhnya tiada pemimpin sehebat dan seunggul Mahathir@Mahafiraun yang sentiasa berfikiran terbuka serta mempunyai wawasan yang berpaksikan fahaman Yahudi dan Komunis. Tidak pernah negara kita Malaysia melahirkan pemimpin sebegini sebelum Mahathir@Mahafiraun terima semula sebagai Ahli Parti Patung Berhala UMNO@BN serta dilantik sebagai Menteri dalam kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan….???

Beginilah senario kepimpinan dan percaturan politik negara Malaysia sejak seorang mahluk perosak bernama Mahathir@Mahafiraun berada didalamnya…..dan tiada seorangpun tokoh politik dan pemimpin dalam negara ini mampu menandingi kehebatan dan kekuasaan beliau. Sebagai seorang yang berkuasa terhadap semua kuasa dalam negara ini, Mahathir@Mahafiraun benar-benar merasa dirinya bak seorang MAHARAJA dan MAHABERKUASA keatas semua perkara dan hal dimuka bumi Malaysia ini.

Sebagai seorang yang berkuasa penuh…. Mahathir@Mahafiraun tentu ingin menandingi kehebatan rakan-rakan seperjuanganya seperti :- Suharto (Indonesia), Marcos (Filipina), Kamal Ataturk (Turki), Hitler (Jerman), Emperor Hirihito (Jepun), Kim II Sung (Korea Utara) Sarjan Doe (Liberia), Adi Amin (Uganda), Jaffar Nyerere (Sudan), Shah Iran (Iran), Mobuto (Congo), Siad Bari (Somalia), Mogistu Mariam (Ethiopia), Arshad Husin (Bangladesh), Pol Pot (Cambodia), Fidel Castro (Cuba), George Bush (USA), Anuar Sadat (Mesir), Lee Kuan Yuew (Singapura) dan lain-lain pemimpin dunia yang berfahaman Yahudi dan Komunis serta jahiliah. Yang pastinya jika Mahahthir@Mahafiraun berjaya menandingi mereka-mereka ini….. Mahathir@Mahafiraun adalah yang terbaik dikalangan mereka…..itulah yang impikan olehnya selama ini….the best of the best.

Kita boleh bertanya dengan Pak Menteri….Penguasa Undang-Undang…Pakar Ekonomi….Pakar Komputer…..Pakar Perubatan….Orang Awam…..rakyat miskin atau kaya…bahkan kanak-kanak….pasti akan mengatakan Mahathir@Mahafiraun adalah mahluk yang terhebat dimuka bumi ini sekarang…tiada suatupun mahluk atau kuasa yang mampu menandinginya…..itulah kelebihan dan kekuatan yang ada pada Mahathir@Mahafiraun …dan tak mungkin akan dapat dicabar dan dirampas oleh mana-mana mahluk yang ada dimuka bumi ini sekarang….walaupun ANWAR IBRAHIM, AMIEN RAIS, FADIL NOR, WAN AZIZAH, SADDAM HUSIN, RAJA BRUNEI, RAJA ENGLAND diberi kuasa dan peluang seperti Mahathir@Mahafiraun pasti tidak mampu untuk menandinginya atau melebihi apa yang mampu dilakukanya kepada rakyat dan bangsanya sendiri.

Itulah Mahathir@Mahafiraun penguasa yang bermaharajalela ditanah air sendiri…..kini rakyat dan bangsa Malaysia benar-benar dijajah dan diperkotak-katek oleh mahluk pemusnah ini…….??? Tiada yang terlepas olehnya. Apa sehaja titah perintahnya pasti sukar nak disanggah oleh pemimpin UMNO@BN mahupun dari kompenan Barisan Najisnya….!!!! Kuasa mutlak ditangan Mahathir@Mahafiraun amat sukar dinafikan oleh rakyat sehingga hari ini. Walau bagaimanapun masa untuk Mahathir@Mahafiraun jatuh tersungkur makin hampir … itulah yang saat yang paling ditakuti olehnya.

Didalam dunia ini … dan sejarah membuktikan tiada seorangpun Diktator akan jatuh melalui pilihanraya…..tapi mereka jatuh dijalanan … ia bukti sahih .. gerakan REFORMASI rakyat atau " PEOPLE POWER " telah membuktikan segala-galanya sejak akhir-akhir ini.

Di Filipina , Indonesia , Peru dan negara yang sewaktu denganya …. " PEOPLE POWER " telah menjadikan pemimpin yang diktator itu jatuh tersungkur menyembah bumi serta meraung kesakitan dan merayu simpati rakyat marhaen …. dan jika ia berlaku di Malaysia ini … tidak mustahil Mahathir@Mahafiraun sanggup minta nyawa serta merayu kepada rakyat marhaen agar ia dikasihani serta diberi pertimbangan yang sewajarnya. Itulah sikap yang akan dilakukan oleh Mahathir@Mahafiraun jika ia tidak berkuasa lagi.

1. Kita boleh melihat senario terkini ….. Mahathir@Mahafiraun telah benar-benar tersepit apabila GERAKAN REFORMASI begitu menekan dan mengancam kedudukanya …. kerana telahan beliau telah tersasar jauh … apabila meletakan GERAKAN REFORMASI ini hanya mampu bertahan tidak lebih 3 bulan sejak Sept.1998 … tapi kini ia telah berlarutan sehingga 29 bulan … ini benar-benar menyeksakan dan menyesakan nafas Mahathir@Mahafiraun .

2. BBM@UMNO .. walaupun ia adalah proxy Mahathir@Mahafiraun telah menjadi duri dalam daging baginya … kerana apa yang dirancang telah menjadi senjata makan tuan …. perkara mustahil sudah jadi tidak mustahil… ini juga amat menghairankan Mahathir@Mahafiraun ….. apa sudah jadi dengan Ibrahim Ali dan juak-juaknya …. " Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia " telah menjadi " UMNO AKAN HILANG DI DUNIA " …… satu tamparan hebat serta tusukan keris bogel BBM@UMNO benar-benar memedihkan hati Mahathir@Mahafiraun .

3. " ISU PERPADUAN MELAYU " …. Satu lagi proxy Mahathir@Mahafiraun ….. ia juga dijangkakan menjadi salah satu pukulan lipat maut kepadanya ….. apabila Parti " NYAMUK " yang diberikan gelaran oleh Mahathir@Mahafiraun kepada KeADILan … telah mengejutkanya … apa bila kepimpinan KeADILan menolak untuk duduk semeja dengan UMNO@BN dalam isu menyelamat kedudukan Mahathir@Mahafiraun dari tersungkur jatuh di jalanan.

4. Parti Islam Semalaysia … sebagai parti yang yang telah cukup matang untuk melayan kerenah si tua nyayuk UMNO@BN serta pemimpinya .. telah bertindak tepat pada waktunya apabila pelawaan UMNO@BN untuk berbincang " ISU PERPADUAN MELAYU " di terima atas dasar ISLAM SERTA PERPADUAN UMMAH ….. walaupun pihak UMNO@BN cuba memutar belitkan fakta sebenar persetujuan PAS ini. PAS sebagai sebuah parti politik yang pernah ditendang keluar oleh Mahathir@Mahafiraun dari PERIKATAN…sudah masak benar dengan sandiwara Mahathir@Mahafiraun yang dari jenis manusia yang suka lontar batu sorok tangan.

5. Kita yakin dengan ketegasan serta kematangan pemimpin PAS dalam isu " PERPADUAN MELAYU " ini ….. pemimpin PAS sedar akan kehendak lebih 1 juta ahlinya serta harapan 22 juta rakyat marhaen yang mahukan perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Malaysia .. kehendak ahli dan harapan rakyat marhean pasti akan direalisasikan oleh PAS bersama BA …….!!!! Apapun keputusan perbincangan pada 19hb.Feb.2001 ini akan mencatitkan satu sejarah baru di Malaysia ….. kerana UMNO@BN cuba bermain CINA BUTA dengan PAS .. agar ia kembali menjadi isteri ketiga selepas MCA@BN dan MIC@BN ……???? Kerana penceraian PAS dengan PERIKATAN dahulu adalah TALAK TIGA ……. Bukanya PAS yang ingkar dalam ikatan yang terdahulu tapi ia diceraikan oleh UMNO@BN sendiri…..!!!!!.

6. Mahathir@Mahafiraun kini sedang merancang sesuatu untuk menyelamatkan dirinya serta keluarga dan juak-juaknya …. Tapi ia lupa yang sebenarnya … rakyat marhaen bukan sehaja membencinya tapi seluruh pemimpin dalam kabinet Barisan Najis @ BN serta parti-parti yang bergabung denganya ….. itulah tekad rakyat marhaen …. Walaupun Mahathir@Mahafiraun berundur atau mampus … rakyat marhaen tidak akan membenarkan Barisan Najis @ BN terus berkuasa di Malaysia …. Kerana setiap orang yang berada dalam Barisan Najis @ BN ini adalah manusia sama yang jenis dengan Mahathir@Mahafiraun … mungkin lebih teruk darinya.

7. Rakyat marhaen sendiri telah melebelkan Barisan Najis @ BN … lebih-lebih lagi UMNO@BN sebagai PENDERHAKA kepada rakyat dan bangsa Malaysia …..apa pun alasan yang diberikan oleh PEMIMPIN DARI KUMPULAN PENDERHAKA ini, tidak akan diterima pakai oleh rakyat dan bangsa Malaysia …..oleh kerana itu riwayat Barisan Najis @ BN pun turut pendek bersama-sama riwayat Mahathir@Mahafiraun .

8. Rakyat dan bangsa Malaysia telah memutuskan bahawa peluang yang diberikan pada Barisan Najis @ BN pada pemilu ke 10 yang lalu tidak di hargai serta di hormati oleh Kerajaan Barisan Najis @ BN ….. jadi oleh kerana itu … masanya telah tiba buat rakyat dan bangsa Malaysia mengusir kumpulan penderhaka ini dari terus duduk di singgah-sana di Putra Jaya atau pun dimana jua …. Tekad dan hasrat rakyat marhaen ini tegas serta telus … tiada kompromi serta pujuk rayu yang akan diberikan kepada penderhaka ini…..!!!! Barisan Alternatif dan GERAKAN REFORMASI akan menjadi WIRA buat rakyat dan bangsa Malaysia.

9. Dalam senario politik di Malaysia sekarang … rakyat marhaen telah matang dan bijak untuk mengamanahkan tampuk pemerintahan negara kepada yang layak dan yang hak …. ??? rakyat marhaen sedar pada pemilu ke 10 yang lalu mereka telah tertipu dan di perbodohkan oleh penderhaka negara ini … tapi kali ini rakyat marhaen tidak akan memberi peluang sekali kepada Barisan Najis @ BN serta juak-juaknya menodai hak serta kuasa rakyat dan bangsa Malaysia.

10. Saat kejatuhan Barisan Najis @ BN serta Mahathir@Mahafiraun benar-benar hampir kini …. Oleh itu kita sebagai rakyat dan bangsa Malaysia yang cintakan negara ini dan perpaduan ummah yang dari berbilang kaum …. Wajib bersedia serta memperkuatkan jati diri untuk menghadapi cabaran globalisasi alaf baru ini …. Apabila tampuk pemerintahan bertukar tangan dari Barisan Najis @ BN kepada Barisan Alternatif …. Kita semua akan menghadapi saat getir dan perit .. sebagai bagaimana yang berlaku di Terengganu dan Kelantan …. Tapi kesusahan ini akan menjadi sementara sehaja jika kita semua bersatu padu di atas dasar rakyat dan bangsa Malaysia yang bersatu… Insya Allah. Barisan Najis @ BN akan meninggalkan hutang yang bertrilion serta masalah pengurusan yang korup serta tidak bersistematik …. Ini yang akan menjadi negara kita hampir lumpuh jika ia di tidak selesaikan segera …. Bagi pakar-pakar ekonomi , perubatan , sains , teknologi, keselamatan serta tokoh perniagaan … peranan anda semua adalah dituntut serta di tagih oleh rakyat marhaen … lupakan seketika kuasa, pangkat, kekayaan serta ego anda .. sama-samalah kita berganding bahu mencerna negara kearah Malaysia yang adil…. Tanpa dokongan serta sokongan para professional dan pakar-pakar yang dimaksudkan ….. Pemimpin dari Barisan Alternatif pasti menemui jalan buntu dalam mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditinggalkan oleh kumpulan penderhaka dari Barisan Najis @ BN.

Percayalah POLITIK ALAF BARU YANG DICERNAKAN OLEH BARISAN ALTERNATIF mampu memberikan hak dan kuasa rakyat seadil-adilanya kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia tanpa mengugat hak istimewa Bumiputra dan hak bukan Bumiputra …. Ini lah yang kita cari selama ini … duduk sama rendah … berdiri sama tinggi …. Al-Quran dan As-Sunnah menjadi paksi rakyat dan bangsa Malaysia tanpa mengugat hak lain-lain agama yang dianuti oleh rakyatnya.

" SEMARAKKAN API REFORMASI " " KEMBALIKAN HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA " " PEMIMPIN YANG ADIL PEMIMPIN YANG DIHORMATI…. PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KORUP AKAN HILANG DI DUNIA INI "

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN " - 12hb.Feb.2001

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL