Dengan ini kami mengistiharkan solidariti kami dengan pemimpin-pemimpin Suqiu dan menganggap perjuangan mereka sebagai perjuangan kami.”

Penyataan Lokman Noor Adam dan beberapa aktivis lain

 

Tulisan Pendokong Reformasi

 

Terlebih dahulu buat web master , jangan ketepikan tulisan ini. Terima Kasih.

 

Selaku mereka yang taat pada tuntutan reformasi saya ingin menyokong kenyataan Lokman Noor Adam & Friends.

 

Saya yakin kenyataan Web Master tersebut bertentangan dengan semangat reformasi. Saya tidak mahu menuduh web Master tersimpang dari tuntutan reformasi Anwar Ibrahim tetapi mungkin tersalah tafsir atau tersalah komunikasi.

 

Saya lihat kenyataan Wan Azizah pada Utusan Malaysia bertarikh 17 Disember 2000. Saya percaya kenyataan beliau telah di putar belitkan oleh Utusan Malaysia.  Saya percaya Utusan Malaysia telah sengaja meletakkan  kenyataan sebegini untuk mempengaruhi kita para reformasi.

Kenyataan Wan Azizah Di Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Pakatan pembangkang menolak tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang bertentangan dengan asas perlembagaan negara khususnya pemansuhan status bumiputera dan bukan bumiputera serta sistem kuota.

Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, konsep perlindungan kepada kedudukan istimewa bumiputera telah termaktub dalam perlembagaan negara.

''Bagi kami, (konsep itu) bermakna membantu secara adil bumiputera yang miskin dan yang tertinggal dari arus pembangunan negara,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang difakskan ke sini, hari ini.”

Mungkin keghairahan Web Master mendokong Wan Azizah dan tidak meneliti penipuan Utusan Malaysia menyebabkan mereka terus menolak penyataan Suqiu. Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan hakikat Utusan Malaysia adalah surat kabar pembelit hasil mainan BN.

Saya setuju dengan Lokman Noor Adam dalam kenyataannya bahawa perjuangan Suqiu adalah perjuangan kami. Saya juga meneliti perkara-perkara yang dikatakan sensitive tersebut. Saya dapati semua tuntutan Suqiu berasas dan tidak nampak sedikit pun sebab kenapa Web Master menolak beberapa perkara dalam Suqiu.

Saya kemukakan beberapa perkara yang menjadi sentimen penolakkan Web Master ( sungguhpun tidak di tulis oleh mereka tetapi saya percaya inilah yang membuat mereka tersalah anggap)

Dipetik dari terjemahan resmi Rayuan  Suqiu

Mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara 'bumiputera /
bukan bumiputera' dalam semua bidang.

Hapuskan sistem kuota untuk kemasukkan universiti.

Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah dilayani secara saksama oleh
media dan badan-badan kebudayaan rasmi.

Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam
hal penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta
dilayani dengan saksama oleh media rasmi.

 

Saya sependapat dengan Sdr Lokman yang mewakili reformis lain bahawa perkara di atas bukan menghapuskan hak keistimewaan orang melayu. Ianya adalah satu yang perlu di perjuangkan demi demokrasi dan keadilan.

Petikan dari Penyataan Bersama Lokman dan rakan beberapa rakan reformis

Kami menegaskan bahawa Gerakan Reformasi adalah gerakan pelbagai kaum yang berdasarkan prinsip kebenaran, keadilan dan prinsip sama rata. Kami juga menegaskan bahawa perjuangan reformasi adalah berteraskan ketuanan rakyat, iaitu rakyat pelbagai kaum secara kolektif dan bukannya ketuanan mana-mana kaum tertentu.

Ini baru perjuangan yang adil. Reformasi menuntut keadilan dan bukan berteraskan ketuanan mana-mana kaum. Kita perlu mengambil ikhtibar dari tulisan Lokman dan rakan-rakan reformasi yang lain dan tidak seharusnya menolak reformasi yang di laungkan oleh Suqiu.

Kita harus menerima keseluruhan rayuan Suqiu kerana ini akan meletakkan kita ke tahap keadilan yang senantiasa kita tuntut. Kita percaya andai rayuan Suqiu tersebut di terima oleh kerajaan zalim Mahathir maka kita rakyat Malaysia akan hidup aman dan damai.

Saya percaya Suqiu adalah dokongan kaum Cina yang dapat menjanakan kejayaan kita di Lunas. Saya membaca perkara ini sebagai

“ Sunggguhpun Suqiu tidak pernah menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman ke atas Sdr Anwar Ibrahim (per say)  dan sokongan terbuka mereka terhadap Gerakan Reformasi tetapi 83 perkara tersebut JELAS BERJUANG BERSAMA-SAMA KITA GERAKAN REFORMASI  DAN KITA AKAN JUGA BERJUANG BERSAMA-SAMA MEREKA”

 

Saya juga membaca tuntutan Suqiu sebagai berikut :

“Saya yakin bahawa Perhimpunan Aman kita di dokong oleh mereka dan melalui 83 point mereka. Mereka mementang tangkapan dan keganasan polis ” Mereka juga tergolong dari mereka yang berani memperjuangkan reformasi bersama-sama kita baik di jalanan mahupun melalui desakan  memorandum dan rayuan”

Oleh itu saya menasihatkan Web Master yang bertindak menolak Suqiu untuk meneliti semula supaya jelas bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan kita. Saya tidak mahu menyalahkan Web Master, mungkin pembacaan politiknya tidak mendalam memandangkan kita sama-sama baru dalam politik (mungkin kot).

Oleh itu saya sarankan agar Web Master sebelum membuat satu perkara berhubung dengan Lokman Noor Adam yang sudah masak dalam politik.

Sekali lagi kepada Web Master, ssaya percaya perjuangan kamu juga suci untuk melihat Malaysia yang adil, pembebasan Anwar Ibrahim dan perjuangan reformasi.

Saya sudahi dengan ucapan terima kasih atas usaha Web Master semua laman termasuk yang baru-baru ini menolak Suqiu atas usaha mereka.

Sama-sama kita berlajar dari kesalahan dan kesilapan dan teruskan usaha menentang Mahathir.

Reformasi.