KOMENTAR

 

28.08.2000

Salam Reformasi

 

ANWAR MASIH TERPENJARA

 

Bukankah perjuangan itu masih jauh lagi? Bukankah usaha kita perlu dipertingkatkan baik dari segi pergerakan REFORMASI mahupun kekuatan parti khususnya Parti Keadilan Nasional. Bukankah 20hb September 1998 genap 2 tahun Sdr Anwar terpenjara? Bukankah ini menunjukkan bahawa sudah 2 tahun kita perjuangkan laungan REFORMASI tajaan Sdr Anwar Ibrahim? Kemana kita ? Dimana kita ? Kemanakah arah tuju kita dan sejauh mana kita berjaya? Soalan-soalan ini harus kita Tanya setiap hari sebagai tanda bahawa kita masih belum dapat membela nasib keadilan. Kita masih belum dapat menghapuskan kezaliman. Mahathir masih berkuasa dan kita terus ditindas dalam segala hal. Mampukan benteng kita yang hanya 2 tahun bertahan dengan serangan mereka? Apakah langkah kita meneguhkan benteng kita dan sewaktu yang sama berusaha memecah benteng mereka?

 

Sdr, hakikatnya Sdr Anwar Ibrahim masih terpenjara. Disebelah selnya adalah keadilan negara ini yang turut terpenjara, disebelah lain pula kosong. Kezaliman yang sepatutnya dipenjara bebas bermaharajalela diluar. Kita masih belum berjaya. Kita masih belum dapat membebaskan keadilan yang dipenjara oleh Dr Mahathir. Sdr Anwar Ibrahim terus disitu sebagai symbol bahawa negara ini masih bergelumang dengan kekotoran mainan mereka yang rakus menjaga kepentingan sendiri lantas memunggah hasil keringat rakyat.

 

Apakah langkah kita seterusnya. Apakah perancangan Parti dan kita sebagai reformis.

 

SEDARLAH HAKIKATNYA ANWAR MASIH TERPENJARA.  

 

Komentar