DATIN WAN AZIZAH DI SUHAKAM

Pada 03.01.2001

Pada 5.11.2000 lebih kurang jam 2.45 ptg Datin Seri Wan Azizah keluar dari rumah untuk menuju ke Plaza Tol Awan Besar dan seterusnya ke Jalan Kebun.

Lebih kurang 4 km dari Plaza tol Bkt Kemuning, kenderaan yang membawa beliau berhenti kerana jalan sesak dan Datin Presiden terpaksa turut dan memaiki kerusi roda untuk ke Plaza Tol tersebut. Datin Presiden Wan Azizah memaklumkan bahawa orang ramai nampak gembira dengan kehadiran beliau disana. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sekumpulan orang sedang menunaikan solat di tepi jalanraya. Beliau memaklumkan bahawa beliau terpaksa di tolak sepanjang 4 kilometer sebelum sampai ke Tol tersebut. Apabila di tanya oleh Tan Sri Anuar Zainal Abidin kenapa naik kerusi roda, Datin Seri memaklumkan bahawa tulang jari kaki sebelah kiri retak akibat terjatuh semasa berada di rumah. Datin Presiden seterusnya ditanya sekali lagi samada beliau tahu bahawa Perhimpunan di Jalan Kebun tidak mempunyai permit dan kenapa beliau hadir di sana:~ Wan Azizah lantas menjawab bahawa hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tidak menjadi satu kesalahan berada di sana.

Wan Azizah turut memaklumkan bahawa penyokong Barisan Alternatif menunggu mereka dan mereka mengambil keputusan untuk bertemu dengan penyokong-penyokong tersebut.

(Wan Azizah sewaktu sampai ke Lebuh Raya menunju ke Plaza Tol Awan Besar)

Datin Wan Azizah memaklumkan bahawa sesampai ke satu jejambat mereka mengambil keputusan untuk berhenti dan memberi ucapan disitu. Ini juga kerana mereka tidak boleh pergi ke Jalan Kebun kerana kesesakan jalan dan halangan Polis. Wan Azizah memaklumkan bahawa seramai 9 orang memberi ucapan. Wan Azizah juga memberi ucapan dan berdiri mengunakan tongkat.

(Kak Wan sesampai di kawasan alternatif untuk memberi ucapan memandangkan jalan menuju ke Jalan Kebun semua terhalang)

Selepas memberi ucapan oleh pemimpin, pengerusi Maljis mengumunkan bahawa kita akan bersurai dan akan menghantar 4 orang wakil untuk berunding dengan polis. Sebelim sempat perundingan berlaku, kekecuhan berlaku dan beberapa orang telah bertindak menjadikan diri mereka perisai dan mengelilingi saya. Saya kedengaran mereka berkata "jaga Kak Wan" dan "selamatkan Kak Wan". Saya terus ditolak dan selepas itu saya diangkat untuk melintasi pembahagi jalan. Apabila Tan Sri Anuar bertanya kenapa polis menyerang :~ Datin Presiden mengatakan bahawa beliau tidak tahu,kami sudah buat keputusan untuk berhenti tetapi mereka terus bertindak. Datin Presiden juga mengatakan kemungkinan polis menyerang kerana bagi mereka kami menyusahkan.

Selepas melintasi jalan Datin Presiden telah dimasukkan kedalam sebuah kereta Proton dan Saiful Khairi juga turut masuk. Kemudian beliau keluar untuk memberi ruang kepada Jamaliah untuk masuk kedalam kenderaan. Bila di tanya bila Datin Presiden sedar Saiful Khairi cedera :~ Beliau menjawab apabila sampai kerumah. Datin Presiden melawat Saiful Khairi 3 hari selepas itu dan beliau menceritakan insiden kecederaannya. Saiful Khari mengatakan , apabila beliau keluar dari kereta beliau telah duduk di boot kereta dan menghadap/menghala kearah FRU. Beliau nampak "missile" peluru pemedih mata datang menuju kearah beliau. Untuk mengelakkan diri dari kena tepat beliau tunduk tetapi malang iannya terkena kanan dahi "right temple". Walaupun kena sipi beliau rebah dan jatuh.

(Bayangkan caniter ini di tembak dan kena pada dahi dengan kelajuan yang amat laju, ini menyebabkan Saiful Khairi rebah dan jatuh)

Apabila ditanya oleh Prof Mehran Siraj :~sebagai seorang doktor apakah kesan keatas mereka yang terkena gas pemedih mata atau air kimia,:~ Datin menjawab mereka yang terkena akan mendapati gangguan pernafasan yakni sesak, tekak perit dan kulit rasa terbakar.

                    

 

Sekitar di Suhakam 3hb Januari 2001