KOMENTAR

 

03.09.2000

Salam Reformasi

 

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MAHATHIR SHAHIDAN MERANA

 

Shahidan Kassim cuba bermain api. Beliau mahu dikategorikan sebagai orang Mahathir. Manalah tahu untung-untung dapat tempias punggahan harta rakyat oleh anak-anak Mahathir kepada beliau. Beliau bangkit dengan garang kononnya membidas PAS. Untung-untung Mahathir dengar.  Kini beliau menyentuh Ahmad Lutfi, kononnya mahu menyaman Lutfi dengan nilai 30 juta. Beliau yakin mungkin setelah Ahmad Badawi mengharamkan DETIK maka beliau pula cuba membunuh Lutfi dengan saman 30 juta. Malang suara Lutfi didengari rakyat. Tulisan dan majalah beliau dibaca sebagai sumber informasi apabila media lain berat sebelah. Kini Shahidan dosa Shahidan akan memburu beliau. Dosa ini akan didedahkan oleh atas keghairahan beliau mendokong kezaliman perlakuan Mahathir.

 

Ceramah di Melewar telah mula membicarakan tentang kehadiran dosa Shahidan yang selama ini tersembunyi. Benarkah Shahidan mempunyai perempuan simpanan yang dibayar ? Benarkah wanita itu sekarang ini tinggal atas pembiayaan kamu. Dimaklumkan bahawa segala butiran tentang wang pembayaran dan pembiayaan kini tersimpan menanti pendedahan.

 

Di tambah pula dengan beberapa email yang minta kami mengeluarkan soalan seperti berikut:

 

1.      Mahukan aktiviti kamu Shahidan Kassim di Hotel Legend didedahkan?

2.      Mahukan kami menyertakan maklumat artis yang kamu heret ke luar negeri?

 

Semua ini akan didedahkan tidak berapa lama lagi, menurut email tersebut.

 

Shahidan perlu sedar setakat ini mana-mana Menteri yang membodek Mahathir tidak tentu akan mendapat sebarang habuan. Mahathir hanya nampak anak-anaknya sahaja.