KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

06.06.2000

 

SALAM REFORMASI

 

Merupakan satu pengkhianatan apabila keluar dari keADILan dan kemudian heboh menjerit mahukan perubahan. Mereka tidak berani lantang dalam parti tetapi apabila keluar parti dan terima puluhan ribuan barulah sebok menyuarakan ketidakpuasan. Mereka lupa pada derita Anwar Ibrahim hanya kerana wang sekitar RM30,000-50,000 ribu. Mereka lupa pada kezaliman dan pada tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Dr Mahathir dan kuncunya pada Sdr Anwar Ibrahim. Mereka mencelakai diri mereka kerana sanggup menerima semurah itu habuan. Komentar sedar akan masalah ekonomi mereka tetapi dengan penerimaan hanya 30,000-50,000 maka maruah dan harga diri digadai pada Dr Mahathir. Kini diberitakan bahawa Wan Indra dari Perhubungan Negeri Selangor pula berpaling tadah dengan habuan wang ringgit. Wan Indra diberitakan keluar kerana desakan ekonomi diri yang semakin meruncing. Komentar sedar beliau tersepit tetapi alasan yang dikemukakan punca beliau berpaling tadah hanyalah satu gambaran dan bukan kebenaran tindakan beliau. Kebenaran tidankan beliau adalah kerana BELIAU MAHU WANG. Itu saja. Gadai maruah kerana wang. Sungguh memalukan. Andai kepincangan dalam keADILan wujud perjuangkan ia didalam parti agar matlamat menuntut keadilan keadilan tidak diganggugugat.

 

Komentar