Respon Laporan Utusan Meloya

Minyak: Penjelasan Ku Li -- 'Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan'


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata,
kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan kerana wang
yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.

Rakyat : Apa kaitan KU LI dengan isu Royaliti dan N.Terengganu ini ?? Apakah dipercayai lagi penjelasan
seorang 'Gurkha' yang tidak pernah pertahankan prinsipnya sendiri??

Rakyat : Kenapa tidak boleh persoalkan?? Bukankah wang itu menjadi hak Kerajaan Negeri, meski pun
aktiviti carigali di luar pantai Terengganu, tidakkah pemperosesannya di lakukan di Negeri Terengganu??
Lagipun kenapakah baru kini (setelah PAS menguasai Terengganu) dipersoalkan samada ianya HAK atau
BUKAN??

Beliau yang menerajui syarikat minyak nasional itu semasa perjanjian dengan kerajaan
Terengganu dimeterai pada 1975 berkata, semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan
bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai
di kawasan yang berada di luar 'wilayah' mereka.

''Dulupun, wang ini diberi bukan atas dasar ia adalah hak negeri Terengganu kerana minyak
tersebut diperoleh di luar kawasan kekuasaan negeri itu.''Dari segi undang-undang pula, ikut
pandangan kita pada masa itu iaitu semasa Petronas ditubuhkan, memang negeri-negeri di
Semenajung tidak ada hak ke atas minyak ini,'' kata bekas Menteri Kewangan itu kepada
pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Rakyat: Kalau begitu, apa rasionalnya memberikan royaliti kepada Terengganu sebelum ini?? Kerana
Ehsan?? Kenapa tidak beri ihsan kepada lain-lain negeri di Malaysia?? Apakah Negeri-negeri lain sudah
cukup atau kaya, oleh kerana itu tak perlu diberi ihsan??

Rakyat : Kalau negeri-negeri Semenanjung tiada hak atas hasil minyak di luar wilayah mereka (seperti
kata KU LI), kenapa SI RAIS Nyanyok kelmarin (dalam media perdana mengenai laporan kawasan baru
minyak dijumpai diperairan Negeri Terengganu) mengatakan pula kesemua hasil petroleum samada di
luar atau di dalam wilayah negeri-negeri adalah milik pusat dan negeri-negeri tidak punyai hak ?? Yang
mana cakap Menteri Pusat yang kena terima?? Jelas kedua-duanya pemutar belit dan lidah bercabang!!

Rakyat : Dari konteks penggubalan Akta dan  undang-undang, siapakah yang lebih arif di antara
Pengerusi Petronas dengan orang yang mendrafkan Akta, Tun Salleh Abbas??

Rakyat : Satu kenyataan yang terpaksa dibuat akibat tekanan PM dan Menteri Pusat setelah lama
membisu tiada sebarang ulasan.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh menegaskan, soal pembayaran wang kepada Terengganu
sama ada atas nama wang ihsan atau royalti sepatutnya tidak menjadi isu.

Rakyat : Kalau KU LI sebagai MB Terengganu, apakah ianya bukan jadi isu?? Kalau bukan isu,
bagaimana harus kamu berhadapan dengan rakyat kamu?? Politik murahan!!!!!

Rakyat : KU LI sengaja keliru, bukan persoalan wang ihsan @ wang royaliti...tapi soal 'CARA
PEMBAYARAN' wang itu!! Sudahlah 'IHSAN' itu membawa maksud 'HARUS' dengan makna harus beri dan
harus tidak, cara membayarnya melalui JPP, apa maknanya Kerajaan Negeri yang diamanahkan oleh
rakyat mengurus dan mentadbir apa-apa urusan Negeri baik hasil negeri, perbelanjaan negeri,
pentadbiran dan pengurusan negeri dan apa jua di bawah bidangkuasa negeri??

Ini kerana wang tersebut tetap disalurkan kepada rakyat negeri itu.''Saya rasa yang
pentingnya bukan soal wang itu disalurkan menerusi negeri atau Pusat kerana yang
pentingnya terjejas atau tidak rakyat Terengganu dalam hal ini.

''Kalau wang itu disalurkan menerusi apa-apa saluran pun dan rakyat tidak mendapat
faedahnya serta menanggung kerugian, barulah perkara ini boleh dipersoalkan,'' katanya

Rakyat: Benar, bukan persoalan salur atau tidak kepada rakyat atau jejas tidak terjejasnya rakyat
Terengganu seperti yang didakwa!! Tapi persoalan pentingnya, wang itu adalah hak Kerajaan Negeri
untuk menguruskannya dan bukan JPP yang dilantik pusat  !! Bagaimana akibat dan risikonya kepada
rakyat apabila pemberian wang itu melibatkan orang-orang Politik UMNO/BN dan campurtangan
orang-orang berkepentingan yang berseteru politik dengan Kerajaan Negeri Terengganu???? Apakah
jaminan perkara ini tidak akan berlaku sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa akibat
campurtangan mereka itu, rakyat menjadi mangsanya??? Rujuk kembalilah kepada kes-kes yang telah
berlaku di Kelantan!! Sedangkan saluran wang tersebut meskipun melalui Kerajaan Negeri UMNO/BN
pimpinan Wan Mokhtar dahulupun, Kerajaan Negeri telah menanggung hutang sebanyak RM 700 juta.
Apakah itu maknanya rakyat Terengganu tidak terjejas?? Siapakah yang akan membayar hutang-hutang
itu, Wan Mokhtar dan UMNO/BN kah atau rakyat???

Rakyat : Justeru itulah Rakyat dan Kerajaan PAS persoalkan sebelum rakyat menanggung hutang
berjuta-juta atau berbilion-bilion lagi, adalah lebih baik persoalkan dan pertikai terlebih dahulu.
Perhatikanlah perbezaan prinsip pentadbiran PAS dengan pentadbiran UMNO/BN di mana PAS dalam
melaksanakan dasar, prinsip pencegahan lebih diutamakan dari mempertaruhkan kepentingan dan hak
rakyat !!

Sehubungan itu Tengku Razaleigh berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Kerajaan
Pusat dan menilai sama ada cara penyaluran wang ihsan itu menguntungkan atau tidak.

Rakyat: Apakah sekian lama diberi memerintah Terengganu sebelumnya bukan peluang?? Jangan
hairan, demikianlah halnya orang-orang yang sedikit kebajikan mereka di atas dunia, setelah tiba
waktunya di hisab amalan di akhirat, mereka memohon untuk dikembalikan di atas dunia dengan janji
bahawa mereka akan melaksanakan kebajikan sebanyak-banyaknya, namun sudah terlambat dan
terimalah azabnya , begitulah mafhum firman Allah SWT.

''Tetapi saya percaya cara ini sudah tentu akan memberi faedah dan menguntungkan rakyat.
Kalau menguntungkan rakyat, kenapa hendak persoalkan cara mana duit itu disalurkan,''
katanya.

Rakyat : Yang untung adalah mereka yang berkepentingan, samada UMNO/BN atau individu yang
menyalurkan wang itu dan bukan rakyat terbanyak. Terimalah hakikat ini!!! Sejarah telah membuktikan!!

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga tidak menolak kemungkinan, Kerajaan Pusat mengambil alih
peranan menyalurkan wang tersebut kerana kerajaan Pas Terengganu yang baru
memerintah belum lagi mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan projek.

Rakyat: Apalah ertinya demokrasi, apalah maknanya pilihanraya dan apakah maksudnya kerajaan pilihan
rakyat?? Apakah ukuran keupayaan dan kemampuan itu dengan banyaknya rasuah, penyelewengan wang
dan harta rakyat??? Kalaulah itu, maka logiklah bahawa UMNO/BN bukanlah menghargai pilihan rakyat
dan UMNO/BN amat bimbang tidak lagi mempu Rasuah, Menyeleweng dan Mengaut Keuntungan hasil titik
peluh rakyat!!!! Maka tidak salah kita katakan UMNO/BN adalah penyamun, perampok, pencopet, pengaut,
perabih, pengsonglap duit dan harta rakyat!! Mahukah terima hakikat ini??? Dan itulah persepsi rakyat
terhadap UMNO/BN...lalu tak perlulah mengharap simpati rakyat, tindakan sendiri yang menghasilkan
kebencian rakyat dan BUKAN Parti lain, orang lain, pihak lain yang menghasutnya...SALAH SENDIRI!!

Oleh itu, Tengku Razaleigh menambah biarlah rakyat menentukan sama ada langkah Kerajaan
Pusat itu menjejaskan mereka atau tidak.

Rakyat: Bukankah rakyat sudah bertekad menentukannya lalu UMNO/BN dinyah dari memerintah
Terengganu dahulu??

Bagaimanapun, beliau yakin cara baru itu tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat
Terengganu memandangkan Kerajaan Pusat adalah pihak yang mementingkan pembangunan
rakyat.

Rakyat : Seperti yang kita katakan, apa jaminannya??? Sedang Akta dan Undang-undang, Mahkamah
diperlakukan sewenang-wenangnya, apakah kualiti jaminan di atas kertas itu adil kepada rakyat??

'Takkan Kerajaan Pusat nak kurangkan wang itu atau melakukan sesuatu yang boleh
menimbulkan kemarahan rakyat Terengganu. Tak mungkin ini berlaku.

Rakyat: Habis, tidakkah mereka sedarlagi apa jua tindakan kerajaan selama ini bukan dimarahi rakyat??
Bermula dari kes DSAI dan berpuluh-puluh demonstrasi dan tunjuk perasaan sehinggakan respon BA di
Parlimen, bukankah itu maknanya kemarahan rakyat?? Kalau bukan, apa dia maknanya?? Lakonan, lawak
jenaka, opera, wayang kulit, sitcom, teater?? Kalau itulah maksudnya, memang benar bahawa UMNO/BN
lah penggiat, pengarah, pelakon, penulis skrip, tok dalangnya, lalu kerana itu mereka sanggup berlakon
apa sahaja bagi mengekalkan kekuasaan hasil tipuannya DAN sememangnya telinga-telinga mereka telah
'pekak' tidak mampu mendengar lagi aspirasi dan kemahuan rakyat tidak seperti apa yang mereka
laungkan , 'Berkhidmat Untuk Rakyat', 'Bersama Rakyat', 'Kerana Rakyat', 'Pejuang Rakyat', 'Pembela
Rakyat' dan semuanya rakyat!!! PELAKON MURAHAN!!

''Kerajaan Pusat adalah berorientasikan pembangunan tentu dia akan bagi segala
kemudahan dan projek yang dia boleh rancang dengan baik untuk dilaksanakan,'' katanya.

Rakyat: Skrip penipuan, kata-kata pembohongan, indah khabar dari rupa, putar belit, putar alam dan
penuh keraguan!! 'Boleh rancang dengan baik untuk dilaksanakan' tetapi akhirnya rakyat menanggung
hutang dan UMNO/BN kaut keuntungan!!! Jangan bohong lagi!!!

Ia akan dibayar melalui kaedah dikenali sebaga Program Pembiayaan Wang Ehsan yang akan
dikendalikan oleh satu Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan.

Rakyat: UMNO/BN, BUATLAH APA ALASAAN PUN, RAKYAT AMAT SEDAR PUTARBELIT KAMU! BILAPUN
DAN DI MANAPUN KAMU UMNO/BN TETAP BERHADAPAN DENGAN RAKYAT.

Sunan Kalijogo
1 Nov 2000