KOMENTAR

Komentar

10.05.2000

 

 

Datuk Aziz Sheikh Fadzil berjaya mengalahkan Zein Isma dalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia. Sehingga penulisan ini dibuat pada pengiraan pertama Ketua Wanita UMNO dimenangi oleh Datin Paduka Rafidah Aziz dengan kelebihan 15 undi. Sungguhpun begitu pengiraan semula telah dilaksanakan. Sekiranya kemenangan berpihak kepada Rafidah Aziz maka tekaan Komentar tepat dengan berita dari dalam UMNO yang mengatakan Mahathir telah membungakan kepada perwakilan untuk mengundi Rafidah Aziz. Ini adalah satu percaturan dan percaturan ini adalah untuk mengekalkan sokongan Ahli Majlis Tertinggi UMNO kepada keldai-keldai Mahathir.

 

Mahathir heboh kononnya tidak mahu campur tangan dengan pemilihan tetapi sempat mencaturkan mereka. Dimaklumkan kepada Komentar media tempatan dibawah naungan Dr Mahathir diarah sebelum ini mempopularkan Rafidah. Itulah sebabnya muka Rafidah bersepah dalam media mereka berbanding dengan Siti Zaharah.

 

Komentar