WAJAH-WAJAH UMNO
 
Seminggu dua ini UMNO telah memperlihatkan wajahnya yang sebenar. Dari
kenyataan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri tidak semestinya dari kalangan
bangsa Melayu memperjelaskan kepada kita LAUNGAN KOSONG UMNO yang kununnya
mempertahankan Kedaulatan Melayu. Berbeza dengan kata-kata Tok Guru Nik Aziz
bahawa BUKAN MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM diterima sebagai Perdana Menteri
jelas memperlihatkan PAS memperjuangkan ISLAM. Kesimpulannya UMNO
mempergunakan nama MELAYU untuk meraih simpati rakyat. HARAMkan perkataan
MELAYU dari UMNO.
 
Kemudian Muncul pula isu JAIS vs AZLINA ABBAS. Maka orang No.2 Negara dan
UMNO dengan lantang mengkritik tindakan JAIS membanteras kemungkaran kepada
ALLAH. Maka UMNO yang DOLLAH kata lebih ISLAM dari PAS telah memusuhi dan
menyerang pihak yang mempertahankan hukum ALLAH. Malah lidah-lidah syaitan
yang mendokong UMNO setiap hari menyiarkan pendapat rakyat yang mengkritik
tindakan JAIS yang hairannya tidak pula disiarkan pendapat yang menyokong
JAIS. Maka sesiapa yang beragama ISLAM dan telah mengundi Dacing adalah
bersubahat dan mempunyai saham yang sama dengan Bedollah. UMNO telah
memperalatkan ISLAM untuk menghancurkan ISLAM. Kalau anda masih mempunyai
sedikit IMAN, keluarlah UMNO setidak-tidaknya bencilah kepada UMNO.
 
Lepas tu Lidah Syaitan No. 1, Utusan Meloya memainkan pulak ISU Royalti
Minyak kepada kerajaan Terengganu. Maka orang No. 1 Negara dan UMNO,
Mahathir mengatakan Kerajaan akan mengkaji pemberian Royalti kepada
Terengganu. Secara jelasnya dia kata Terengganu tidak berhak mendapat
royalti Minyak. Maka topeng UMNO yang kononnya TRADISI MEMBELA RAKYAT
bertukarmenjadi TRADISI MEMBELA PARTI. Apabila UMNO karam di Terengganu maka
Royalti pun karam sama. Selama ini ROYALTI diberi kepada TERENGGANU bukan
untuk rakyat sebab itu rakyat Terengganu MISKIN walaupun negeri KAYA.
Royalti diberi untuk menyelamatkan UMNO dan kroni. Lagi sekali hak rakyat
jadi hak mak bapak dia. Maka jika UMNO mengisytiharkan secara rasmi
Terengganu tidak berhak dapat royalti, AKU pun akan isytihar PENDAPATAN aku
tidak akan kusalurkan lagi kepada LHDN. Setakat ini aku tidak merasakan
hasil cukai pendapatan yang aku beri pada kerajaan. Yang aku lihat Mahathir
Beli Jet dan Tinggal diMahligai. Aku dan Rakyat lain, nak beli rumah kos
rendah pun seksa.
 
Lagi, muncul pulak kisah Samseng sekolah. Boleh dikatakan hari-hari berlaku.
Tak bakar sekolah tikam orang. Kemudian Mahathir kata salah guru-guru sebab
menetang kerajaan. Aku nak bagitahu kat Mahathir, bebudak sekolah tu bukan
tiru perangai guru tetapi perangai UMNO. Tengok sajalah dalam mesyuarat
agong UMNO. Kalau tak mencarut baling kerusi, pecah pintu. Tambahan pulak
murid-murid tu mempelajari dari pengalaman. Mereka tiru Bapak Anjing RAHIM
Nor. Mereka kata Kalau ketua Polis Negara boleh belasah orang sampai hampir
mati lepas tu bebas mereka pun boleh buat. RAHIM NOR tu fasih undang-undang
tapi tak hormati undang-undang, maka bebudak sekolah yang baru nak kenal
undang-undang lagilah. Perdana Menteri pun mempertahankan orang RASUAH.
Bebudak sekolah kata  kalau polis nak tangkap, tangkaplah dulu Perdana
Menteri. Tangkaplah dulu Rahim Nor.
 
Mahathir, dalam perhimpunan agung UMNO yang lepas, menyalak-nyalak slogan
anti Rasuah. Maka baru-baru ini di Mahkamah Tinggi, Bekas Ketua Pengarah BPR
memberi keterangan bahawa Mahathir menghalang BPR dari menyiasat pegawai
kerajaan yang RASUAH. Tiadalah sepatah perkataan baik dari Mahathir atau
Bedollah sebagai Menteri dalam Negeri menafikan perkara tersebut sehinggalah
kini. Lihatlah wajah UMNO yang sebenarnya walaupun cuba disorok namun ibarat
kata pepatah Bangkai Gajah walau ditutup baunya akan keluar juga.
Kesimpulannya UMNO hanyalah sebuah Parti Munafik .Maka Bolehlah digantikan
Perkataan Melayu dengan Munafik, United Munafik Nations Organisation.
SELAMAT TINGGAL UMNO. Dan terjunlah Ahli UMNO dengan labu-labunya.
 
Jebat2000