WACANA MINDA - SIRI 14.

Sambungan dari siri 13:-

" TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA TAPI UMNO YANG HILANG DI DUNIA ".

Tiga pemimpin utama parti Melayu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan perpecahan di kalangan kaum itu, dakwa penyelaras Barisan Bertindak Melayu (BBM) Datuk Ibrahim Ali.

"Semua pemimpin bertanggungjawab menghancurkan bangsa kita," katanya, sambil menyebut nama Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PAS Datuk Fadzil Noor dan Presiden Parti Keadilan Nasional Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut disebut Menteri Besar Terengganu dan juga Timbalan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ibrahim mendakwa tokoh-tokoh ini membiarkan bangsa Melayu berpecah dalam krisis politik sekarang.

"Kalau nak berpolitik, berpolitiklah. Tetapi jangan sampai orang lain (kaum bukan Melayu) menconteng arang ke muka kita," katanya. "Orang Melayu sudah berada di hujung tanduk. Jangan sampai keris terhunus."

Bekas timbalan menteri itu juga berkata tuntutan jawatankuasa rayuan pilihanraya Suqiu masih wujud walau Pemuda Umno mendakwa perkara itu telah selesai. "83 tuntutan (Suqiu) ini jangan dibangkitkan lagi," katanya, sambil mengaku kebaikan beberapa tuntutan itu. Beliau juga mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan dengan berkata, "kali ini jika kamu (pemimpin kerajaan) buat silap lagi, orang Melayu akan bangkit."

Sumpah setia 'Tak Melayu Hilang di Dunia'

Kami umat Melayu beragama Islam berjanji mulai saat ini tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri kerana perbezaan fahaman politik, mazhab dan perguruan.

Kami berjanji akan menegakkan syiar Islam sebagai addin. Kami juga berjanji akan bekerja dengan kuat dan gigih untuk menyara diri dan keluarga kami.

Kami akan meneruskan perjuangan membangunkan agama, membela bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara.

Kami sedia bersaing sesama bangsa kami dan bangsa-bangsa lain secara jujur dan terhormat menurut hukum dan nilai-nilai agama dan batas-batas yang dituntut oleh undang-undang negara.

Kami umat Melayu berikrar dan bersumpah setia pada 10 Zulkaedah 1421 Hijrah bersamaan 4 Februari 2001 untuk:

- mempertahankan dan membela maruah, kepentingan dan martabat bangsa Melayu dan agama Islam.

- memperjuangkan kepentingan ekonomi bangsa Melayu dalam semua bidang sehingga seimbang dengan kaum-kaum lain.

- menyedarkan org Melayu beragama Islam agar meneruskan perjuangan yang belum selesai berdasarkan prinsip kebenaran, lurus dan jalan yang diredai Allah SWT.

- melindungi dan memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak. - melindungi dan mempertahankan maruah dan kepentingan negara daripada ancaman dari luar.

BADAN BERTINDAK MELAYU …. ATAU PENCACAI UMNO@BN YANG TERPINGGIR …… apa kan daya .. nasi dah jadi bubur kerana mulut badan binasa … segala ucap kata para juak-juak UMNO@BN di PWTC telah menunjukan mereka ini orang yang kecewa dan telah dilupakan oleh Mahathir@Mahafiraun …..dan BBM cuba menarik perhatian orang Melayu dan UMNO@BN …. Secara tidak lansung dan lansungnya BBM secara rasminya telah :-

1. Mengiktiraf gerakan REFORMASI itu dipihak benar. 2. Mengakui BA dipihak yang benar. 3. Mengakui PAS melaksanakan Dasar Islam dalam pemerintahanya. 4. Mengakui Pemimpin UMNO@BN korup dan gila kuasa. 5. Mengakui Mahathir@Mahafiraun lebih mementingkan diri sendiri serta kroninya dan tidak mengiktiraf suara hati rakyat bawahan. 6. Mengakui UMNO@BN (barua) telah menyimpang jauh dari dasar perjuangan UMNO yang sebenarnya. 7. Mengakui Pemimpin Kerajaan tidak berkualiti dan tidak melaksanakan amanah rakyat untuk memimpin serta memerintah negara. 8. Mengiktiraf segala dakwaan BA dan REFORMASI mengenai salah-laku pemimpin BARISAN NASIONAL adalah benar dan berasas. 9. Mengakui Islam adalah Addin dan al-quran serta as-sunnah sebagai paksi pemerintahan Islam yang benar dimuka bumi.

Melalui sumpah setia BBM .. mereka mengakui dan bersumpah bahawa Islam itu benar …. Kejujuran itu benar … ketelusan itu benar …mempertahankan hak ramai itu benar….membela maruah Islam dan Melayu itu benar …… tapi kenapakah mereka semua masih was-was dan takut dengan dasar perjuangan BARISAN ALTERNATIF yang meletakan Islam sebagai paksinya.

Dan kenapakah mereka mengatakan REFORMASI dan BARISAN ALTERNATIF itu sia-sia dan tidak mempertahankan Islam sebagai Addin .. sedangkan mereka mengakui bahawa UMNO@BN sendiri menolak Islam dan membenci rakyat marhaen.

BBM sendiri mengakui Biasiswa kini jadi pinjaman ….. BBM sendiri mengakui Bill-out MAS itu tidak mengambil kepentingan hak rakyat Malaysia … BBM sendiri mengakui pemimpin UMNO@BN itu korup …. BBM sendiri mengakui kabinet Mahathir@Mahafiraun itu tidak betul dan mengamalkan kronisme, nepostisme dan rasuah ….. BBM sendiri mengakui bahawa Mahathir@Mahafiraun berlaku zalim terhadap DSAI ….. BBM sendiri mengakui Mahathir@Mahafiraun tidak memperjuangkan dasar UMNO (tulen) yang mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

Jadi dimanakah letaknya UMNO@BN (barua) kini ….. kalau BBM sendiri terdiri dari orang-orang lama yang mengasaskan perjuangan UMNO (tulen) …. Yang dimaksudkan Ghafar Baba , Samad Idris, Haron Idris , Aisah Ghani , Ghazali Shafie, Awang Had Salleh dan ramai lagi … apa kah yang diperjuangkan oleh UMNO@BN (barua) kini … dan masihkah kita mahu membenarkan Mahathir@Mahafiraun mengunakan UMNO@BN (barua) sebagai proxy menghina dan menjatuhkan orang Melayu sendiri.

Apakah BBM sedar semua ini … atau hanya mereka pandai berkata-kata bak burung belatuk diketuk kepala …??? Dan yang anihnya sehingga hari ini … Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya bagaikan terkejut beruk dengan desakan BBM …. Sunyi sepi tanpa berita …. Kalau selalunya Mahathir@Mahafiraun mampu berhujah sehingga berpuluh jam untuk menangkis serangan terhadap keburukanya ….. tapi kini terkedu dan tanpa berita darinya …. Atau merancang sesuatu untuk membalas balik tekanan dari BBM ….. walau apapun tindakan Mahathir@Mahafiruan … kita usah ambil peduli … kerana kini UMNO@BN (barua) sendiri mendapat tentangan dari ahli UMNO (lama) yang mahukan dia undur serta membebaskan DSAI.

Apa pun alasan yang diberikan oleh Mahathir@Mahafiraun kini …. UMNO@BN kini telah berpecah dua dari dalam …. Satu kumpulan yang menyokong dia dan satu lagi kumpulan menentang serta mendesak dia meletakan jawatan dan membebaskan DSAI … itu lah yang nyata kini .. dan segala sandiwara PERPADUAN MELAYU akhirnya terbongkar .. apabila BBM sendiri memecahkan tembelang tipu muslihat yang dicanangkan oleh Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya.

Benarlah tindakan KeADILan menolak untuk duduk semeja dengan UMNO@BN dalam isu PERPADUAN MELAYU … kerana dalam UMNO@BN sendiri sudah tiada perpaduan kerana golongan lama telah menolak segala dasar yang dicipta oleh UMNO@BN (barua) .. dan kini perangkap UMNO@BN terhadap PAS … telah mula menjerat diri sendiri …. Bak kata pepatah tak de angin tiba-tiba pokok bergoyang …. Habis satu dunia UMNO@BN canangkan mereka bersetuju PAS sertai kompenan BN .. dan PAS telah bersetuju dengan segala syarat perbincangan isu PERPADUAN MELAYU ….???? Kini perangkap telah makan tuan …. Dan tiada jalan bagi UMNO@BN untuk melarikan diri …. Bak kata pepatah ditelan mati mak .. di luah mati bapak ….apa kan daya kerana mulut badan binasa.

BBM selamat datang ke alam nyata … pinggirkan segala mimpi anda kalian bersama Mahathir@Mahafiraun .. tinggalkan mimpi palsu tersebut .. berdirilah di muka bumi yang nyata ini ….. sedarlah kamu … bahawa UMNO@BN itu telah lama mengkianati orang Islam dan Melayu … ???? dan kembalilah kejalan yang benar lagi lurus .. lupakanlah cita-cita kamu nak membetulkan UMNO@BN dari lubang najis yang maha shit itu …. Jangan kamu korban diri seperti DSAI ….. cukuplah kami tak mahu DSAI yang kedua pula .. kerana DSAI itu seorang sehaja di atas muka bumi ini … tiada dua baginya.

Perlu diingat pada hari perhimpunan BBM di PWTC .. lebih 200 orang keluar dewan PWTC apabila kalian mula berucap menyalahkan Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya dalam isu Melayu ini …. Dan telah sah juak-juak Mahathir@Mahafiraun ini telah terperangkap dalam majlis BBM … dan lebih 200 orang ini tahu bahawa BBM sendiri menolak Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN (barua) . Dan kalian juga perlu sedar pada hari perhimpunan itu .. yang hadir adalah kanak-kanak , pelajar UiTM yang tak tahu apa-apa, Ahli UMNO@BN yang telah tua dan pemuda dan puteri UMNO@BN yang tidak tahu apakah itu perjuangan Melayu …. Dan secara totalnya 100% ahli UMNO@BN yang hadir ……???? Tapi yang paling memeranjatkan dalam perhimpunan ini …. Teriakan Hidup Melayu diselang-seli dengan takbir Allah Hu Akbar … mengalahkan ceramah PAS pulak dewan PWTC pada 4hb.Feb.2001 … punyalahlah gamat dengan teriakan 1000 lebih orang yang tak tahu apakah tujuan perhimpunan ini .. kerana datang dengan BAS FREE, T'Shirt FREE, Makan FREE dan segala-galanya free ….apa kesah sapu aje leee….???? Makan tanggung………berak cangkung….he…he..he….!!!!.

Percayalah BARISAN ALTERNATIF bersedia menerima mereka dari BBM …. Tapi dengan satu janji sumpah setia kepada Allah swt dan ikhlas memperjuangkan Islam …. Bukan sekadar sandiwara palsu seperti S46 dan jenis Ibrahim Katak …. Kalau kamu khianati perjuangan REFORMASI dan BA .. percayalah kami semua akan memburu kamu sehingga ke lubang cacing.

Hari hitam UMNO@BN adalah pada 4hb.Feb.2001 … tetapi kini ia telah menjadi hitam-legam apabila kezaliman keatas DSAI yang akan dihantar semula kepenjara, dengan arahkan oleh Dolah Badawi sendiri .. dengan meletakan DSAI ke bilik yang lebih kecil dan bersebelahan bilik mayat …..adalah satu perbuatan zalim .. dan masa UMNO@BN HILANG DI DUNIA INI TELAH SAMPAI …. Tak kemana hari tersebut…percaya lah.

Hidup Islah & Reformasi Islam Itu Cara Hidup Berjuanglah wahai rakyat dan bangsa Malaysia kearah Malaysia Yang Adil

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN

" 6hb.Feb.2001-bersambung ke siri 15.
REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL
REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL