WACANA MINDA - SIRI 12.

Sambungan dari siri 11:-

PERHIMPUNAN " TAK MELAYU HILANG DI DUNIA " ……. ?.

Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2000 telah mengistiharkan dan mengarahkan semua Ketua Polis Daerah tidak meluluskan sebarang permit melibatkan majlis yang bertemakan " PERHIMPUNAN " .. dan hari ini Ibrahim Al-Kataki berkata pihak POLIS TELAH MELULUSKAN PERMIT PERHIMPUNAN TAK MELAYU HILANG DI DUNIA … cakap tak serupa bikin KDN dan PDRM … dan sebagaimana juga Mahathir@Mahafiraun.

Kita harus melihat sejarah terdahulu mengenai PERHIMPUNAN YANG BERTEMAKAN ISU MELAYU telah mengundang perbalahan kaum dan ramai orang yang ditangkap dan dizalimi dibawah akta zalim ISA ….??? Dan perlu di ingat kalau perhimpunan ini berlaku juga .. maka telah 3 kali Kg.Baru dijadikan mangsa dan punca perpecahan serta perbalahan kaum, tapi yang tidak disedari oleh kita.... semua program ini di taja oleh UMNO@BN … ???

Kita renungi tiga fakta yang menjadikan orang Melayu itu dihina dan dibodohkah akibat mengikut nafsu-serakah seorang manusia yang bergelar pemimpin dunia ketiga….yang dari spesis biawak hidup lidah bercabang tiga.

1. Peristiwa Hitam 13hb.Mei.1969 …. Dimanakan bermulanya perisitiwa ini … bukankah di Kg.Baru dan siapakan memulakanya … bukankah UMNO@BN … dan siapakah dalang utamanya .. bukankah Mahathir@Mahafiraun tak puas hati pada Almarhum Tunku Abd Rahman serta PAS.

2. Peristiwa Hitam Operasi Lalang …. Dimanakan bermulanya perisitiwa ini … bukankah di Kg.Baru dan siapakan memulakanya … bukankah UMNO@BN … dan siapakah dalang utamanya .. bukankah Mahathir@Mahafiraun tak puas hati pada Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn serta PAS.

3. Perhimpunan Tak Melayu Hilang Di Dunia …. Dimanakan bermulanya perisitiwa ini … bukankah di Kg.Baru dan siapakan memulakanya … bukankah UMNO@BN … dan siapakah dalang utamanya .. bukankah Mahathir@Mahafiraun tak puas hati pada ANWAR IBRAHIM DAN BARISAN ALTERNATIF SERTA PAS.

Adakah kita semua rela kali ketiga orang yang sama menjadi dalang utama kepada ISU PERKAUMAN ini .. dan kita boleh melihat 100% jawatankuasa sambutan ini adalah ahli UMNO@BN dan … Ibrahim Al-Kataki memaklumkan majlis ini tidak ditaja oleh parti politik dan ia tidak akan dipolitikan ….????

Apa kah orang politik seperti Ibrahim Al-Kataki boleh tidak bercakap soal politik apa bila mikrofon berada dihadapanya …. Dan kalau jenis katak lompat mana boleh percaya .. dan mustahil orang seperti Rahim Thambi Chik , Suleiman Mohamad, Mazlan Haron, Suhaimi Ibrahim tidak akan bercakap politik apabila berucap dalam perhimpunan ini … serta logo dan konsep POSTER PERHIMPUNAN ini juga telah menunjukan sikap mereka mahu mengajak lain-lain kaum berbalah dengan orang Melayu .. kalau dah keris terhunus dengan berlatarkan warna merah .. apa kah makna ini …..????? kan keris dan warna merah ini adalah sinonim dengan UMNO@BN ….???

Dan yang lebih menarik lagi .. ketiga-tiga perisitiwa di Kg.Baru ini melibatkan keluarga Datuk Haron Idris ….!!! Kalau tahun 1969 … Datuk Haron Indris sendiri menjadi Pahlawan Melayu UMNO@BN .. dan dalam kes Operasi Lalang serta Perhimpunan Tak Melayu Di Dunia ini… Datuk Haron dan Mazlan Haron yang turut terlibat … apakah istimewanya keluarga Datuk Haron ini dengan Sejarah perhimpunan perkauman di Kg.Baru ….???? Dan apakah yang telah disumbangkan oleh mereka keatas dua sejarah hitam yang terdahulu .. dan mahukah kita melihat keluarga Datuk Haron Idris dijadikan bahan sejarah kemusnahan Bangsa Melayu Malaysia … dan relakah para pendokong Datuk Haron Idris ( yang mempertahankanya bila ia hendak didakwa atas kes pecah amanah wang GUSTI ) .. mahukah kita melihat Keluarga Datuk Haron Idris dipersalahkan oleh generasi akan datang, akibat dari ketiga-tiga Peristiwa Hitam ini….???

Dan siapakah akan ketawa besar sehingga bergegar satu dunia …. ????? bukankah para pendokong YAHUDI serta NASRANI .. yang berselindung disebalik Hak Ketuanan Melayu yang dinamakan PARTI UMNO@BN serta rakan-rakan yang sewaktu denganya …. ??? dan UMNO@BN jugaklah yang memulakan isu PERPECAHAN DAN KETUANAN MELAYU ini .. sehingga hari ini orang Melayu didakwa telah retak sejuta di Malaysia ini .. dan rumpun bangsa Melayu didunia ini telah hancur-mancur seperti UMNO@BN ……??? Apakah untungnya orang Melayu jika dapat menindas lain-lain kaum di Malaysia ini … dan apakah lain-lain kaum itu bukan anak jati Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah ini … dan tidak berhak kah mereka sebagai warga negara yang merdeka ….. ????

Dan apa lebihnya orang Melayu ini … darah mereka putih kah … darjat mereka sama taraf Rasullullah kah .. dan orang Melayu sebagai kaum mutlak di Malaysia kah .. sehinggakan semua teguran dan pandangan demia perpaduan ummah dan bangsa oleh lain kaum mengenai MELAYU dianggap penghinaan kepada bangsa Melayu itu …..??? Dan apakah sumbangan orang Melayu kepada Malaysia hari ini …. Tak lebih dari melukut ditepi gantang dan mengharapkan subsidi serta biasiswa (macam badut bagi gula-gula kat kanak-kanak… tak dapat menanggis sakan ) … kalau ada yang berjaya (yang glamour aje) … jadi tokoh perniagaan (tapi ditaja dan dapat proxy politik dalam perniagaan)…jadi artis glamour dedah sana dedah sini….kalau orang Melayu itu bijak jadi Professor atau Doktor Falsafah …. Mahathir@Mahafiraun kata IJAZAH YANG DIBERI ADALAH IJAZAH IHSAN SERTA SUBSIDI … apa punya Perdana Menteri boleh cakap begitu pada para cendiakawan Melayu ….??? Macam kes Tan Sri Ahmad Tajuddin (TNB) … punyalah bijak dan cekap dalam tugas serta jujur mempertahankan prinsip … akhirnya dipecat dan hina oleh UMNO@BN … ???? boleh kita kira dengan jari hari ini berapa ekor .. tokoh-tokoh perniagaan yang berjaya dari bawah … kebanyakanya terus menjadi jutawan segera .. dan kenapa ekonomi Malaysia 80% dikuasai orang Kaum Cina …. Bukankan mereka asalnya pendatang .. dan orang Melayu penduduk asal … kenapa orang yang mendatang lebih berjaya ….??? Dan apabila kaum Cina dan lain-lain kaum berjaya … kenapa kita orang MELAYU jadi cemburu serta iri-hati …. Sedangkan kita asyik berbalah nak berebut Proxy serta subsidi dari sang dewata Mahathir@Mahafiraun ….???

Apakah Islam dan budaya Melayu tidak mengajar kita untuk berusaha dan berdikari….!!!! Kerana politik di Malaysia yang berlandaskan buku " Delima Melayu " yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur serta terpinggir dari segala persaingan …. Dan orang Melayu sendiri menjadi orang yang bodoh akibat terlalu bergantung dengan subsidi dan momokan kosong si Mahathir@Mahafiraun ….????

Bak Pepatah Melayu " Biar Mati Anak … Jangan Mati Adat " … ini lah pepatah melayu yang sanggup mengorbankan satu nyawa kerana mempertahankan adat dan budaya songsang yang sentiasa dicanang oleh UMNO@BN dalam mempertahankan hak ketuanan Melayu jenis UMNO@BN….???.

Apakah kita mahu mengkastakan kaum-kaum di Malaysia ini …. Tak tak mustahil satu hari nanti .. lain-lain kaum pulak akan menganjurkan Perhimpunan dan dengan tegas menolak kaum Melayu sebagai bangsa dan rakyat Malaysia …. Adakah ini yang dimahukan oleh orang Melayu di Malaysia….. dan diwaktu itu kaum Melayu tiada hak serta kuasa nak menghalang mereka kerana orang Melayu sendiri telah membangkitkan ISU PERKAUMAN ini … dan dimanakan hilangnya ucapan yang berdegar-degar se antero dunia yang kita terdiri dari negara berbilang kaum dan mengalakkan perpaduan kaum…… serta yang paling uniknya …. Dalam DUNIA INI, MALAYSIA SATU-SATUNYA NEGARA YANG MEMPUNYAI KEMENTERIAN KHUSUS MENGENAI PERPADUAN KAUM INI .. " KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA " …. Tapi kalau kita melihat kenapa dan puncanya tertubuhnya kementerian ini …ialah kerana hubungan kaum-kaum di Malaysia adalah lebih gawat serta teruk dari negara lain di dunia ini … kerana puncanya adalah peristiwa hitam 13hb.Mei.1969 …. ??????

Dan kenapa pula peranan Kementerian Perpaduan ini tidak digembelingkan 100% untuk memastikan kaum-kaum di Malaysia ini bersatu dibawah satu TEMA .. RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU … kan itu yang lebih baik dan releven …. ???? pasti Kesatuan Cina, Kesatuan India, Kesatuan Kadazan, Kesatuan Iban dan lain-lain kesatuan yang melibatkan kaum-kaum di Malaysia bergembira serta berpuasa hati apabila hak mereka sebagai warga negara yang merdeka tidak dinafikan oleh UMNO@BN serta juak-juaknya…. Bukanya susah … hendak seribu daya .. kalau dah tak mahu .. berjuta daling boleh diberi .. macam mana sandiwara Mahathir@Mahafiraun dengan rayuan Suqiu pada pilihanraya umum ke 10 yang lepas …. Jenis biawak hidup lidah bercabang tiga …..!!! dan kita lihat ramai lagi pencacai UMNO@BN ini lebih banyak cabang lidahnya …. Kadang-kadang sampai tak tahu mana satu lidah asli mereka…..??? selalu sangat makan sup lidah kot….keh..keh..???.

Apakah kita masih mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai negara MELAYU sehaja .. dan lain-lain kaum boleh blah dari bumi bertuah seperti kehendak UMNO@BN ….???? Dan kita masih mahu melayan kerenah UMNO@BN yang semakin reput akibat perbuatan mereka sendiri yang memusuhi orang Melayu yang beragama Islam serta lain-lain kaum di Malaysia….!!!.

Apa yang ada pada kita kini, tidak lebih dari nafsu serakah dan perasaan hasad dengki yang berpaksikan " Delima Melayu " karangan Mahathir@Mahafiraun …. Apa kah orang Melayu lupa " ISLAM ITU SATU CARA KHIDUPAN " dan hak orang bukan Islam disisi Allah swt…..apa kah kita masih mahu menidakkan kata-kata Allah swt dalam Al-Quran dan masih mahukah fatwa dari mereka yang jahil serta mereka yang amat bencikan Islam …????

Dan peringatan buat UMNO@BN …. PERHIMPUNAN TAK MELAYU HILANG DI DUNIA INI AKAN MENINGGALKAN SEJARAH HITAM BUAT RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA … kami sendiri akan memastikan UMNO@BN serta juak-juaknya di hapuskan terus dari muka bumi Malaysia ini .. dan genarasi akan datang pasti mencela serta menghina seluruh pemimpin dan ahli UMNO@BN yang terdahulu termasuk diri kalian yang terbabit secara lansung dalam perhimpunan ini ……????

Percayalah wahai ahli UMNO@BN ….. kami dari BARISAN ALTERNATIF telah berjaya melahirkan rakyat dan bangsa Malaysia yang bersatu .. kami tidak meletakan kasta dan darjat di dalam kesatuan kami .. yang utama bagi kami adalah keikhlasan serta Islam itu menjadi asas kearah Malaysia yang adil .. dan orang bukan Islam serta kaum selain Melayu dalam BARISAN ALTERNATIF telah bersepakat serta bermufakat …. Bahawa UMNO@BN serta rakan-rakan yang sewaktu denganya tidak labih dari hanya mahukan kuasa serta wang ringgit tanpa memikirkan hak serta keadaan 22 juta rakyat dan bangsa kini menjadi penjamin kepada hutang negara sebanyak RM 200 billion dan hamba abdi kepada UMNO@BN selama mereka memerintah di bumi bertuah ini.

Akhirnya kami mahu anda sekelian berundur secara terhormat dan pergi jauh dari bumi Malaysia … biar kami hadapi kesusahan ini dengan cara kami … kami tidak mahu pencacai UMNO@BN campur tangan dengan urusan negara Malaysia … kami akan bangkit dari kesusahan ini .. itulah erti perjuangan yang sebenarnya .. dan ISLAH DAN REFORMASI TOTAL KEARAH MALAYSIA YANG ADIL PASTI DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA PEJUANG YANG IKHLAS DAN JUJUR., INSYA ALLAH.

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN " 1hb.Feb.2001-bersambung ke siri 13.

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL