KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

 

19hb Julai 2000

 

Esok akan dipertontonkan video bagi menunjukkan krisis atau pendapat sesetengah pihak sebagai sendiwara Sauk. Dr Mahathir akan menerajui pertunjukkan video tersebut sebagai langkah beliau untuk terus mengencam PAS dan Barisan Alternatif. Isu ini akan terus diperhambat oleh Dr Mahathir sebagai langkah dan wacana untuk terus menekan Barisan Alternatif khususnya PAS. Langkah ini terus dibuat bagi memastikan agar Barisan Alternatif TIDAK DISOKONG RAKYAT memandangkan UMNO sekarang sedang berada ditahap kritikal. Bayangkanlah krisis Sauf tidak diterima langsung oleh rakyat sungguhpun kerajaan dan media perdana terus menerus memberi liputan tentang ajaran sesat yang kemudiannya cuba di kaitkan dengan PAS.

 

Kenapa rakyat tidak ambil endah dan lantas lancang mengatakan bahawa ini sandiwara? Satu sahaja jawapan yang boleh disimpulkan dari insiden ini. Jawapan ianya ialah apa saja yang datang dari Mahathir atau suku-sakatnya nyata tidak dipercayai oleh rakyat. Bila rakyat tidak percaya pada Mahathir dan UMNO tetap membela beliau maka negara ini akan terus teraniya. Mahathir adalah liability dan harus disingkirkan.

 

Berbalik kepada isu viseo yang akan ditayangkan esok, rakyat diminta jangan terperangkap dengan olahan dan sandiwara Mahathir. Kita saksikan dan kita persoalkan bersama-sama. Andai insiden Sauk benar datang dari ajaran sesat maka ia tidak patut di sokong. Andai ini satu sandiwra Mahathir maka rakyat termasuk UMNO di GESA menolak mainan ini agar negara terhindar dari kemungkaran Dr Mahathir Mohamed.

 

Terus berjuang demi REFORMASI