VCD - KEBENARAN DAN KEADILAN ANWAR

VCD - SIASATAN POLIS TERHADAP KES DSAI MULA DI EDARKAN DI KAWASAN WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

Hari ini 9hb.Feb.2001…. puak-puak UMNO@BN sekali lagi mengedarkan bahan fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim …. VCD - KEBENARAN DAN KEADILAN ANWAR sekali lagi mula di edarkan kepada orang awam di kawasan Wangsa Maju …. Pada pagi ini sehaja lebih 1000 keping telah ditemui oleh penduduk Wangsa Maju di dalam peti surat mereka. VCD ini telah diedarkan pada pemilu Nov. 1999 dan pada Nov. 2000 … dengan perbuatan ini pihak Psarafhq berpendapat..orang yang sama menjadi dalang kepada pengeluaran dan pengedaran VCD ini … dan sehingga hari ini pihak polis masih tidak membuat tindakan yang sewajarnya terhadap laporan polis dan laporan media BA mengenai pengedaran VCD FITNAH ini.

Kandungan VCD ini adalah sebahagian kandungan VCD yang diedar sebelum pilihanraya umum 1999 dan telah di edit dengan menyertakan gambar terbaharu DSAI dimahkamah tinggi Kuala Lumpur serta gambar gerakan reformasi.

Pihak PSARAF HQ amatlah berharap semua rakyat dan bangsa Malaysia yang telah mendapat salinan VCD ini sila tampil kehadapan serta membuat laporan polis ditempat masing-masing.

Langkah-langkah yang perlu diambil

1. Sila bawa salinan VCD tersebut dan membuat laporan polis dan bantahan keatas pengedaran VCD ini. 2. Sila nyatakan tarikh dan masa anda menerima atau menemui VCD dipeti surat anda. 3. Sila nyatkan alamat penuh VCD ini ditemui. 4. Sila ambil gambar VCD ini sebelum ia diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti. 5. Sila buat salinan keatas Laporan Polis yang telah anda lakukan dan sila hubungi mana-mana Pejabat KeADILan yang terdekat dengan tempat anda untuk menyerahkan salinan Laporan Polis ini untuk tujuan pengumpulan data. 6. Kepada mereka yang tidak ingin membuat laporan Polis…. Anda boleh menyerahkan VCD ini kepada Pejabat KeADILan yang terdekat ditempat anda.

Dengan kerjasama orang ramai mengenai isu VCD ini ….. PSARAF HQ amat berharap dalang yang sebenarnya akan dapat dikenal pasti …… dan siapakah pengedar serta pembekalnya akan dapat diambil tindakkan yang sewajarnya.

Tindakkan dalang-dalang VCD ini secara lansung telah menampakkan pihak yang menentang BARISAN ALTERNATIF telah ketandusan modal dan idea dalam usaha untuk mempertahankan hujah serta dakwaan mereka, kerana rakyat dan bangsa Malaysia telah tidak percaya kepada kata-kata dan dakyah puak-puak yang memusuhi BARISAN ALTERNATIF.

VCD ini diedarkan bertepatan dengan masanya dan seiring dengan timbulnya ISU PENGHIANAT NEGARA seperti yang di dakwa oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN . Dan VCD ini juga dikatakan ada kaitan dengan isu seks dan pengkhianatan DSAI serta Parti KeADILan Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh media kroni UMNO@BN .

Akhirnya dengan kerjasama rakyat dan bangsa Malaysia membenteras pengedaran VCD ini, kita semua akan dapat membuktikan KES DSAI adalah SATU KONSPIRASI TERTINGGI UNTUK MENJATUHKAN ANWAR DAN SIAPAKAH DIA PENGKHIANAT UTAMA NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

Dengan kerjasama bersepadu semua pihak, PSARAF HQ amat berharap maklumat ini dapat diedarkan sebanyak mungkin oleh semua network BA dan Reformasi serta NGO kepada orang ramai.

" PSARAF HQ " 9HB.FEB.2001 - sila buat salinan dan edarkan.

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL