VCD - KEBENARAN DAN KEADILAN ANWAR

VCD - SIASATAN POLIS TERHADAP KES DSAI DIEDAR KESELURUH NEGARA

Dengan pendedahan seorang suri rumah dalam harakahdaily beberapa hari yang lalu,
unit PSARAF HQ telah membuat pemantauan keatas isu ini….hasilnya pihak PSARAF HQ
dapat mengesan kawasan sasaran pengedar VCD ini adalah kawasan rumah Flat,
Apartment, Kondo, Taman Perumahan yang di kenal pasti sebagai kawasan yang
memberi sokongan kepada BARISAN ALTERNATIF.

Dengan kerjasama orang ramai unit PSARAF HQ telah berjaya merampas beberapa
ratus keping VCD tersebut…..VCD ini diedarkan dalam sampul surat tanpa alamat
dan diletakkan didalam setiap peti surat. Setelah diselidiki VCD ini mengandungi
perbualan talipon dan temubual siasatan pihak polis terhadap mangsa konspirasi
kes DSAI serta rencana siapakah ANWAR dan Parti KeADILan Nasional yang dikatakan
bersekongkol dengan pemimpin negara asing dan penjajah….VCD ini menunjukkan
rencana lawatan DSAI diluar negara sewaktu menjadi TPM dan lawatan DSWA didalam
dan luar negara sebagai Presiden Parti KeADILan Nasional.

Kandungan VCD ini adalah sebahagian kandungan VCD yang diedar sebelum
pilihanraya umum 1999 dan telah di edit dengan menyertakan gambar terbaharu DSAI
dimahkamah tinggi Kuala Lumpur serta gambar gerakan reformasi.

Pihak PSARAF HQ amatlah berharap semua rakyat dan bangsa Malaysia yang telah
mendapat salinan VCD ini sila tampil kehadapan serta membuat laporan polis
ditempat masing-masing.

Langkah-langkah yang perlu diambil

1.	Sila bawa salinan VCD tersebut dan membuat laporan polis dan bantahan keatas
pengedaran VCD ini.
2.	Sila nyatakan tarikh dan masa anda menerima atau menemui VCD dipeti surat
anda.
3.	Sila nyatkan alamat penuh VCD ini ditemui.
4.	Sila ambil gambar VCD ini sebelum ia diserahkan kepada pihak polis sebagai
bahan bukti.
5.	Sila buat salinan keatas Laporan Polis yang telah anda lakukan dan sila
hubungi mana-mana Pejabat KeADILan yang terdekat dengan tempat anda untuk
menyerahkan salinan Laporan Polis ini untuk tujuan pengumpulan data.
6.	Kepada mereka yang tidak ingin membuat laporan Polis…. Anda boleh menyerahkan
VCD ini kepada Pejabat KeADILan yang terdekat ditempat anda.

	Dengan kerjasama orang ramai mengenai isu VCD ini ….. PSARAF HQ amat berharap
dalang yang sebenarnya 	akan dapat dikenal pasti …… dan siapakah pengedar serta
pembekalnya akan dapat diambil tindakkan yang 	sewajarnya.

	Tindakkan dalang-dalang VCD ini secara lansung telah menampakkan pihak yang
menentang BARISAN
	ALTERNATIF telah ketandusan modal dan idea dalam usaha untuk mempertahankan
hujah serta dakwaan 	mereka, kerana rakyat dan bangsa Malaysia telah tidak
percaya kepada kata-kata dan dakyah puak-puak yang 	memusuhi BARISAN ALTERNATIF.

	VCD ini diedarkan bertepatan dengan masanya dan seiring dengan timbulnya ISU
PENGHIANAT NEGARA 	seperti yang di dakwa oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN 
. Dan VCD ini juga dikatakan ada kaitan 	dengan isu seks dan pengkhianatan DSAI
serta Parti KeADILan Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh 	media kroni
UMNO@BN .

	Akhirnya dengan kerjasama rakyat dan bangsa Malaysia membenteras pengedaran VCD
ini, kita semua akan dapat 	membuktikan KES DSAI adalah  SATU KONSPIRASI
TERTINGGI UNTUK MENJATUHKAN ANWAR 	DAN SIAPAKAH DIA PENGKHIANAT UTAMA NEGARA
MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

	Dengan kerjasama bersepadu semua pihak, PSARAF HQ amat berharap maklumat ini
dapat diedarkan sebanyak 	mungkin oleh semua network BA dan Reformasi serta NGO
kepada orang ramai.

	" PSARAF HQ "
2HB.NOV.2000
- sila buat salinan dan edarkan.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL