KOMENTAR

Komentar 1

17.05.2000

 

Malaysia kini dalam Artikelnya “ keADILan,not DAP, to contest in Teluk Kemang” menyatakan bahawa turut terlibat dalam perletakkan calon di Teluk Kemang adalah “ Parti Reformasi Insan Malaysia” atau singkatannya PRIM.

 

Presiden protem Parti itu adalah P.Uthayakumar, salah seorang pendokong kuat Anwar Ibrahim sejak dari awal pemecatan beliau. Ini adalah tanda-tanda kecil perpecahan dalam keADILan tetapi tanda-tanda ini harus dibendung sebelum ianya merebak. P.Uthayakumar sebelum ini begitu aktif dengan parti secara tiba-tiba hilang dari pesada politik  kini  melonjak muncul dengan Parti Reformasi Insan Malaysia. Kenapa ini boleh berlaku ?.

 

Diberitakan bahawa  P.Uthayakumar turut menjadi mangsa beberapa kepimpinan parti,yang gagal membendung persefahaman dalam parti dan beragenda sendiri. Komentar akan terus mengulas perkara-perkara ini dalam usaha mengadakan kesedaran bagi kita untuk memantapkan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.

 

Komentar    .