AR1FFIN JAKA

ANTARA ARAHAN MAHATHIR DAN  ARAHAN ALLAH S.W.T

 

4hb.Ogos 2000 akan tercipta satu sejarah yang akan menjadi satu kenangan untuk kita semua rakyat Malaysia. Satu sejarah dalam peradapan melayu yang akan di baca oleh anak anak kita yang dicipta di alaf milineum ini.

 

Ariffin Jaka (AF) seorang peguam dan seorang (bekas mungkin) ahli PAS dan pernah menjadi calun PAS dalam Pilihan Raya UMUM di Negeri Sembilan akan menjadi tumpuan setiap umat manusia yang perihati di Malaysia mahupun di luar Malaysia akan membuat keputusan yang akan menjadi satu halatuju sejarah politik ,sistem perundangan dan kehidupan sosial rakyat Malaysia.

 

Bagi kita pencinta keadilan sesungguhnya kita telah lama mengetahui bahawa perjalanan perbicaraan DSAI telah tidak mengikut peraturan perundangan dan kita ketahui bahawa DSAI akan di jatuhkan hukuman bersalah,kerana sepatutnya kes ini telah lama di buang.

Tanyalah kepada sesiapa saja sama kepada pelajar sekolah apatah kepada pakar-pakar perundangan .Begitu juga kalau kita bertanya kepada ahli biasa UMNO, mereka akan berhujah bahawa DSAI tidak bersalah tetapi hukuman yang bakal di jatuhkan ialah bersalah seperti apa yang di kehendaki P*M*dan mereka menyokong kerana cari makan.

 

Sebagai selingan : Sewaktu saya sedang mengedarkan Artikel mengapa DSAI mesti dibebaskan saya berjunpa dengan seorang ahli UMNO yang seseolah terperanjat bila kita jelaskan isu ini bersama hujah-hujahnya.Ianya memberi gambar masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak dapat maklumat yang sebenarnya didalam zaman IT ciptaan

P*M* ini .Bermakna walaupun kita telah berjaya menghapuskan rakyat yang buta huruf dan rajin membaca tetapi kita masih gagal mencapai kepada masyarakat yang suka membaca dan berkemampuan menafsirkan apa yang di baca.Mungkin juga spesis yang saya jumpa ini adalah ahli UMNO totak yang menelan apa saja yang diberitahu oleh pemimpin mereka.

 

Berbalik kepada AF,kita sendiri tertanya adalahkah beliau ini seorang yang tidak mempunyai maruah. ? Apakah beliau tidak malu kepada pengamal perundangan di seluruh dunia,? Apakah beliau tidak mempunyai keluarga dan saudara mara yang akan bertanya apakah alasan keputusan beliau ini?. Dan yang lebih penting apakah yang bakal beliau jawab bila berhadapan dengan ALLAH s.w.t kelak. ? Apakah beliau yang mendakwa sembahyang 5x sehari tidak pernah mendengar kuliah agama yang menceritakan balasan ALLAH dan azab sengsara yang bakal diterima kepada mereka yang menyengutukan ALLAH.? Apakah beliau tidak pernah berfikir tentang hidup dan kehidupan selepas mati ?Ataupun mungkin  beliau salah seorang  seperti ahli UMNO diatas dengan kata-kata azimat apa boleh buat cari makan.Entahlah, kita pun tidak tahu kerana lembu dipadang rumput pun cari makan sama seperti semut di dalam batu cari makan juga.

 

Kepada AJ kita tertanya-tanya apakah alasan yang bakal di berikan jika keputusan bersalah dijatuhkan.Mungkin selepas itu beliau akan mendapat habuan dan go to hell apa kata orang.Selesai masalah didunia diakhirat bagaimana pula?

 

Meniti hari-hari sebelum 4HB. Ogos ini berbagai andaian yang dibuat dan bermacam cerita dan khabar angin boleh di dengari. Antaranya  keputusan tidak bersalah dan AJ akan keluar negara menyembunyikan diri dari squad pembunuh P*M*.Dan ada juga yang berharap keputusan bersalah agarDSAI kekal di dalam penjara bagi mengelak dari dibunuh jika berada diluar penjara dan bersedia untuk tahun 2004.

 

Kepada AJ(kalau tidak silap anak jati NS atau setidak-tidaknya mempuyai pejabat firma guaman Ariffin & Rakan yang popular di NS.) penulis sebagai anak NS amat berharap agar beliau dapat membuat keputusan yang tepat bersesuai dengan jawatan beliau sekarang dan juga pengetahuan agama yang tinggi kerana kita yakin sesungguhya beliau mempunyai pengetahuan agama yang tinggi kerana beliau pernah menjadi ahli PAS dan pernah menjadi calun PAS yakni pernah menganggotai satu jemaah islam yang telah jelas dasar islamnya.Ramai orang yang ingin berada ditempat beliau ini kerana.dengan kes yang beliau adili ini membuka peluang kepada pemiliknya untuk mendapatkan martabat yang tinggi disisi ALL s.w.t.

 

AJ, setelah di malukan dengan trageji JE berikan sesuatu kepada kami yang dapat kami banggakan sebagai anak NS.Sesunguhnya Perintah ALLAH s.w.t. itu lebih besar dan kesenangan dan kekayaan didunia ini hanya sementara sahaja.

 

Wa’Allahualam.

 

 

Kepada sesiapa yang dapat berhubung dengan AJ di harap dapat menyampaika e-mail ini kepada AJ.

 

 

CZACK