KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

POLIS PATUT MULA MENAHAN MAHATHIR

 

Apakah ini keadilan yang dilaungkan oleh mereka ? Ahli UMNO patut sedar sekarang Mahathir benar-benar menyusahkan parti dan merupakan libiliti terhadap UMNO umumnya dan MELAYU khasnya. Apakah ini tidak kamu nampak ? Sampai bila harus kamu yang kononnya memperjuangkan melayu harus diam, menutup mata dan bisu. Kepimpinan Pemuda Alternatif akan bertindak dan akan memastikan Mahathir dihumban ke  penjara atas salah laku dan perbuatan zalim nya.

 

Kalau benar-benar mahu keadilan dan memperjuangkan hak-hak melayu tunjukkan. Tumbangkan Mahathir. Mahathir sudah mula rakus dalam memegang kuasa. Hancurkan Mahathir, tumbangkan pemerintah zalim dan korup.

 

Lihat media TV lihat surat kabar , semua ini didiamkan, semua ini cuba disorokkan. Inikah dia negara yang kita kata adil dan negara yang mendaulatan undang-undang. Apakah kamu dari UMNO tidak nampak. Seharusnya demi keadilan demi Melayu, demi kedaulatan undang-undang dan demi negara ini, MAHATHIR HARUS UNDUR.

 

UNDUR MAHAHTIR UNDUR

 

Kami tidak teragak-agak untuk memulakan gerakan menuntut Jabatan Polis menangkap Mahathir. BPR jangan duduk diam dan kononnya mahu membebaskan negara dari rasuah. BPR kredibiliti kamu tercemar.