CHANDRA WAJIB UNDUR
Kiriman Pelayar Laman Komentar
 
 
Sedih, itulah sahaja perasaan saya apabila membaca surat dari Puan Marina
Yusof kepada Chandra Muzaffar yang boleh dibaca melalui Laman Web
Malaysiakini. Andainya benarlah isi surat tersebut saya merasa cukup kecewa
dengan Dr Chandra. Apakah Dr Chandra ini berjiwa UMNO? Atau adakah Dr
Chandra ini mempunyai pertalian darah dengan Dr Mahathir? Nampaknya cara Dr
Chandra sudah seiras cara Dr Mahathir.
 
    Adakah Dr Chandra yang saya lihat berucap berapi-api mempertahankan DSAI
sewaktu berucap dipentas di Jalan Setiamurni 1 pada bulan September 1998
hanya berlakon didepan DSAI? Adakah Dr Chandra akan menjadi "MAMAK' (maaf
kepada keturunan Mamak) kedua mengkhianati DSAI? Kepada Kak Wan,
berhati-hatilah ingatlah pengalaman pahit bersama Mamak Bendahara.
 
    Kepada Dr Chandra, LETAKLAH JAWATAN. Jangan berselindung lagi. Kami
tidak memerlukan khidmat anda lagi. Sepanjang ingatan saya dalam perjuangan
reformasi, saya tidak tahu di mana peranan Dr Chandra. Saya lihat Kak Wan
lebih menonjol dalam memperjuangkan Reformasi walaupun beliau seorang
perempuan yang lemah lembut.
 
    Kepada Datin Presiden, hati-hati. Kalau boleh berundinglah dengan MPT
supaya Dr Chandra dapat diundur dengan baik. Serahkan kembali Dr Chandra
kepada ALIRAN. Dan Dr Chandra sepatutnya berundur sebelum diundurkan.
Kenyataan anda mengenai KeADILan tidak akan kemana-mana kerana hanya PAS dan
UMNO sahaja yang berjaya adalah benar selagi ANDA berada dalam keADILan.
Jika anda ikhlas untuk melihat keADILan berjaya, sila tinggalkan keADILan
dengan kadar seberapa segera.
Orang seperti anda hanya boleh mentadbir pelajar Universiti bukan ahli
politik.
 
Jebat2000