Oleh Ummu Natasya

 

Gunakan Hak Mengundi Sewajarnya

 

SAYA baru balik dari Lunas. Antara kawasan yang sempat saya lawati ialah Taman Selasih. Alhamdulilah… jentera BN cukup kelam kabut kali ini. Itulah sebabnya Timbalan Perdana Menteri terpaksa berkampung di Dun Lunas, hanya kerana tidak mahu kalah dan takut malu.

Bagaimanapun, walau tinggal sehari sahaja lagi, semua jentera BA perlu terus bekerja sebelum menyerahkan kepada Allah menentukan siapa yang bakal menjadi Adun Lunas selepas 29hb. November 2000 ini.

Setiausaha Perhubungan Umno Pulau Pinang secara jelas memberitahu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato’ Aziz Sheikh Fadzil tidak dikehendaki oleh pengundi-pengundi keturunan Cina.

Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Dato’ Dr. Afiffudin Omar turut melahirkan rasa takutnya dengan serangan BA.

Ramai lagi yang risau tetapi tahulah BN mempunyai cukup wang untuk ditabur. Tidak hairanlah selain media massa, wang juga akan digunakan disaat-saat akhir bagi membeli pengundi.

Namun percayalah, tiada satu kuasa pun yang boleh mengatasi kuasa Allah. Jika kuasa wang cukup kuat, tiada siapa sanggup menentang BN.

Khabarnya Tan Sri Khalil Yaakob membawa wang yang cukup banyak. Selain untuk dibekalkan kepada petugas, wang itu juga untuk membeli pengundi yang disyaki atas pagar.

Paling mengejutkan ialah sokongan DAP dua tiga hari sebelum hari pengundian. Banyak poster roket terpasang dan nampak jelas masyarakat keturunan Cina memberikan kerjasama yang cukup baik buat BA. Ada satu banner terpanjang dipasang oleh masyarakat Cina dan khabanya keperibadian calon BA, Saifuddin Nasution Ismail juga antara sebab BA cukup tinggi gerafnya.

Satu perkara lagi yang masyakarat Cina perlu tahu ialah BN mempunyai seorang samseng bernama Zakaria Mat Derus yang menyifatkan Cina Babi dan menampar Adun Kelang ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat .

Jangan beri mereka peluang untuk terus menerus biadap dan jangan beri mereka peluang terus menerus membeli undi.

Ingat satu pepatah baru “antara rasuah dengan Umno ibarat aur dengan tebing. Tiada rasuah tanpa Umno dan tiada Umno tanpa rasuah”.

Mereka sudah tidak dapat memisahkan hidup mereka dengan rasuah. Satu sumber yang rapat dengan Khalil Yaakob memberitahu, hubungan Khalil dengan pelakon Kuza cukup rapat sekarang. Tetapi tiada pihak yang sanggup tampil memberikan bukti. Kalau boleh, supaya fitnah ini tidak berterusan, Khalil perlulah membuat penjelasan.

Pastikan para pengundi dapat menggunakan hak mereka dengan wajar dan tiada sebarang ugutan. Samy Vellu ini terkenal sebagai pakar samseng. Nanti mereka akan menggunakan khidmat samseng dan dituduh BA yang mengamalkannya.

Penduduk Taman Selasih tentunya terkejut kerana petang menyambut puasa, tidak kurang 30 lori membawa tar untuk ditambak di jalan-jalan taman itu. Tiada sebarang kerosakan di jalan-jalan dalam taman itu tetapi disebabkan hendak mengambil hati rakyat, jalan tidak rosak ditampal. Pelik betul.

Usah berubah hati. Tetapkan pendirian sejak dari rumah dan berilah sekali peluang buat BA dan nafikan suara 2/3 BN dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Abdullah Ahmad Badawi terpaksa menemui masyarakat Cina kerana Konsep Sekolah Wawasan memang jelas menakutkan masyarakat Cina.

Selamat mengundi dan gunakan hak untuk membuktikan suara rakyat itu suara keramat. BN tidak akan tumbang hanya kerana kalah kerusi Lunas tetapi jika BA menang, politik negara ini akan mengalami reformasi.

Kepala rasuah, Rafidah Aziz sudah mula menggugut sesiapa yang menuduhnya terlibat dengan rasuah dia akan membawa  orang itu ke mahkamah.

Disebabkan terlalu sibuk dengan politik wang dan mengaut kekayaan, kertas soalan SPM berlaku banyak kesilapan dan pelajar-pelajar terpaksa diquaritine. Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan yang juga kepala konspirator, Aziz Shamsuddin patut berhenti jika bermaruah.

 

habis